10 Sebab Kenapa Perlu Ada Diffuser Young Living Di Rumah


Macamana nak dapatkan kebaikan minyak pati / essential oil? Salah satu cara terbaik yang saya boleh cadangkan adalah melalui kaedah bauan. Sebab itu lah "aromaterapi" sangat sinonim dengan minyak pati. Untuk dapatkan kesan aromaterapi ini anda boleh hidu pada tapak tangan yang dititiskan campuran minyak pati , tarik nafas dalam-dalam (deep inhale) atau menggunakan diffuser.

Apa itu Diffuser?

Diffuser ada dalam pelbagai jenis, bentuk dan saiz. Tapi ianya bersaiz lebih kecil berbanding Humififier. Ia merupakan alat yang paling bagus digunakan untuk diffuse (baurkan) essential oil (minyak pati) ke dalam udara sebagai aromaterapi.

Campuran minyak pati bersama air di dalam tangki air diffuser dan tersebarlah minyak pati melalui kabus (mist). Ada 4 jenis diffuser minyak pati iaitu diffuser ultrasonik, diffuser nebulizer, diffuser haba dan diffuser penyejatan (evaporative). Untuk Young Living, mereka mengeluarkan produk diffuser dari jenis Ultrasonik.

Diffuser Young Living juga mempunyai Ultrasonic Metal Plate yang bertindak sebagai atomizer. Dengan atomizer inilah molekul essential oil dapat dipecahkan kepada zarah-zarah yang lebih kecil secara getaran yang sangat laju, di sebarkan dengan efektif dan dihidu oleh pengguna.

Diffuser ini direka untuk menguap kabus halus yang bercampur dengan minyak pati. Keutamaan fungsinya ialah untuk menyebarkan kebaikan kesihatan melalui minyak pati, selain daripada memberi kesan sejuk dan mengharumkan ruang bilik/rumah anda. Jadi, dapatlah anda merasai kelebihan essential oil.

Disini saya senaraikan 10 sebab kenapa perlu ada diffuser :

  • 1. Untuk relaxation & tidur yang lebih nyenyak
Antara sebab utama orang mencari essential oil adalah untuk relaxation. Nak kesihatan yang lebih baik, tidur kena cukup dan perut kena sihat. Pasangkan diffuser di tempat tidur untuk mendapatkan tidur yang lena. Kalau rasa nak relax di pejabat, dicadangkanuntuk letak satu diffuser di office. Sekarangni Young Living dah keluarkan pelbagai jenis diffuser dari pelbagai saiz mengikut keluasan ruangan . Jadi, pilih je yang mana sesuai ikut ruang yang korang nak letak. Nak yang kecil, portable dan mudah untuk dibawa travel pon ada.

Cadangan Essential Oil : Lavender, Cedarwood, Grounding

  • 2. Membangkitkan mood yang ceria
Sebagaimana essential oil boleh bantu memberi ketenangan pada penggunanya, ia juga boleh membantu memperbaiki mood. Mood yang baik dan stabil adalah sangat penting untuk kita lalui hari yang baik. Diffuse essential oil untuk memberi semangat sebelum memulakan bisnes atau meeting. Diffuse juga untuk suasana romantik. ehem..ehem

Cadangan Essential Oil : Jasmine, Joy, Gathering, Light Your Fire, Sensation, Motivation, Envision

  • 3. Melindungi diri dari penyakit.
Sesetengah essential oil telah digunakan berzaman-zaman untuk mencegah penyakit. Hospital di France masih diffuse Rosemary sejak zaman dahulu di dalam wad untuk mencegah jangkitan antara penghuninya.

Kita boleh pasangkan diffuser dengan essential oil yang mempunyai sifat / kelebihan untuk perlindungan ini. Disamping itu diffuser juga dapat membantu melembabkan udara dengan wap airnya.

Cadangan Essential Oil : Thieves, Thyme, Rosemary, Oregano

  • 4. Melancarkan pernafasan
Ada essential oil yang sifatnya ringan dan fresh. Bila dihidu, saluran pernafasan & dada kita akan rasa lebih lapang. Siapa yang ada masalah dengan sistem pernafasan seperti selesema / anti habuk, silalah pasang diffuser.

Cadangan Essential Oil : RC, Raven, Peppermint, Lemon, Eucalyptus

  • 5. Meningkatkan fungsi kognitif otak
Ada essential oil yang mempunyai kandungan sesquiterpenes yang tinggi. Sesquiterpenes ni merupakan molekul halus yang mampu membawa oksigen. Dan sebab dia halus sangat, dia mampu menembusi lapisan Blood Brain Barrier (BBB ni adalah gate ke otak. Strict. Dia akan tapis benda-benda yang tak perlu dari lepas masuk. So benda besar macam toxin dan heavy metal takleh masuk). Bila sesquiterpenes masuk, dan bawa oksigen, otak kita macam di beri nafas baru. ‘Analoginya’ satu bandar, tiba-tiba lampu sana sini bernyala nyala, ting ting ting. Jadi otak kita boleh berfungsi dengan lebih baik. Jadi diffuse dan sapu lah essential oil untuk kesan yang baik pada otak.

Cadangan Essential Oil : Frankincense, Cedarwood, Clarity, Scentwise

  • 6. Menjauhkan serangga.
Diffuser juga boleh double up menjadi ubat nyamuk yang wangi. Ubat nyamuk dan krim serangga, selalunya mempunyai bahan aktif yang merbahaya. Jadi jika gua essential oil, ianya adalah pilihan lebih selamat untuk anda dan keluarga.

Cadangan Essential Oil : Citronella, Lemongrass, Clove, Rosemary, Cedarwood

  • 7. Membersihkan udara
Masalah ruangan bilik tertutup yang cepat berbau juga boleh diatasi dengan memasang diffuser. Wap yang keluar dari diffuser ni boleh kurangkan bau yang tak best, ditambah pula dengan pilihan essential oils (EO) yang anda dah titiskan, dia berfungsi untuk menghapuskan bakteria yang bertebaran di udara. Jadi, kalau bilik anda lembab dan selalu berkulat, cuba diffuse essential oil. Bau wangi dapat, bilik bersih pun dapat. Bau pula boleh bantu tenangkan minda, kurangkan tekanan serta tingkatkan fokus.

Cadangan Essential Oil : Lemon, Lushious Lemon, Purification

  • 8. Memberi sensasi sejuk
Di hari yang panas berkuap, pasangkan diffuser untuk melembabkan udara, dan memberikan sensasi sejuk. Paling tidak ia sedikit membantu.

Cadangan Essential Oil : Peppermint, Spearmint, Eucalyptus

  • 9. Lebih selamat dari penggunaan lilin pewangi & dapur kemenyan
Jika anda mempunyai anak kecik & haiwan peliharaan, pasang diffuser adalah lagi selamat dari produk yang ada open fire . Risau kalau ada yang boleh ter tepis dan jatuh, menyebabkan kemalangan yang kita tak ingini. Minta dijauhkan.

  • 10. Menjimatkan wang
Selepas diambil kira semua kelebihan di atas, essential oil yang sama boleh digunakan dengan banyak fungsi. Kalau kita juga boleh menjaga kesihatan dengan essential oil, dah kurang perbelanjaan dalam merawat sakit. Tak salah nak ikhtiar dengan essential oil untuk jaga kesihatan keluarga. Mahal? Rasa mahal tu akan hilang bila kita mula tengok bil-bil hospital semasa kita sakit nanti. Nauzubillah.. minta dijauhkan.

Diffuser Dari Young Living


Best kan kalau kita sendiri pun ada diffuser ni, sebab ianya banyak fungsi (all in one). Young Living sendiri mempunyai banyak jenis diffuser yang menarik dengan pelbagai fungsi. Tapi, tidak semua jenis diffuser mereka ada di setiap negara. Di Young Living Malaysia, korang boleh beli beberapa jenis ultrasonic diffuser seperti, Sweet Aroma, Feather The Owl , Desert Mist, Lantern (white) dan Aria

Kelebihan diffuser Young Living pula dia mempunyai lampu yang boleh berfungsi sebagai lampu tidur. Bagi sesetengah orang yang perlukan sedikit cahaya semasa tidur ia sangatlah sesuai. Tapi bagaimana kalau orang yang hanya akan lena dalam keadaan gelap sahaja? Tak perlu risau kerana lampu tersebut boleh ditutup walaupun ketika diffuser dedang diffuse essential oil . 

Diffuser dari YL ni senyap dan tidak menghasilkan bunyi yang tidak menyenangkan. Kalau letak telinga betul-betul sebelah diffuser tu baru akan dengar bunyi humming. Lebih menarik dan sebagai contoh untuk Diffuser Feather The OWL dari Young Living ; ia mempunyai pilihan ‘White Noise Lullaby’ yang sangat sesuai bunyinya untuk saat-saat "bed time story" buat anak-anak seperti pilihan bunyi burung, ombak,hutan, hujan, dan irama yang sesuai untuk meditation.

Selain tu, ia mempunyai fungsi boleh auto off tau selepas 4 jam. Jadi masa tidur takde la nak kena bangun dan tutup diffuser pulak sebab takut panas ke, litar pintas ke. Air habis, atau essential oils dah habis diffuse, ia akan auto tutup sendiri. Insyaallah ianya selamat.

Kesimpulannya, sangat berbaloi untuk memiliki diffuser dari Young Living sebab fungsi dia all in one. Saiz pun kecil dan comel, mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Lebih berbaloi lagi kalau anda beli diffuser Young Living sebab ada setahun warranty dari tarikh pembelian. In case ada kerosakan boleh bawak HQ semula. Nak lagi best daftar sebagai ahli terus, diffuser dapat, EO pun korang dapat. Jimat. pun jimat . Memang berbaloi-baloi. 


Untuk beli Diffuser, Essential Oil atau berminat untuk mendaftar ahli Young Living, anda boleh klik link whatsapp berikut : https://wa.link/8qaj6x


Post a Comment

3 Comments

  1. Ada effect ke EO untuk kucing ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sesetengah eo toxic pada haiwan especially kucing. Tapi Young Living ada jual eo khas untuk pet.

      Delete
  2. Betul sangat.. semua sepuluh di atas memang Sis setuju..
    Paling suka, sebab tidur mudah dan lena setiap malam..

    ReplyDelete