Baru-baru ni sebelum puasa dan Kelantan diistiharkan PKP sekali lagi, sempat juga saya bercuti di Kota Bharu. Yela, nak rentas negeri tak boleh jadi kita bercuti dulu dalam negeri sendiri.
Memandangkan dah lama tak jamu selera di hotel dan teringin sangat nak makan dim sum, jadi aku buat keputusan untuk menginap di Grand Riverview Hotel Kota Bharu. Alang-alang nak makan dim sum tu, apasalahnya kita stay terus kat sana.
Dekat Grand Riverview Hotel ni memang terkenal dengan hidangan buffet dim sum tau di restoran mereka "Chao Yuan Restaurant". Bukan sahaja sedap, kalau untuk hari biasa pada hujung minggu diorang (jumaat & sabtu) diorang ada tawarkan hidangan buffet dimsum dengan harga RM36 per pax dimana berkonsepkan "Eat All You Can". Murah kan? Yang penting ianya HALAL.
Memandangkan saya pergi bukan hujung minggu, maka tak adalah buffet lunch dimsum tu. Tapi tak mengapalah sebab still boleh makan dimsum tu dengan oder ala carte. Macam-macam jugalah kami oder. Memang berbaloi-baloi. Harga untuk satu bekas tu dalam sekitar RM5.50 -RM6.50 macam tu. Apa yang best dan tak leh lupa Nasi Kerabu. Ya Nasi Kerabu pun ada dan korang boleh oder kat restoran ni. Jadi kami pilih satu dengan ayam goreng dan satu lagi dengan kambing bakar. Yummy.
Hotel ni boleh tahan best jugak, selain ada dim sum yang best ia juga merupakan sebuah hotel yang lengkap dengan kemudahan. Mempunyai bilik yang besar dan selesa, bilik mandi mempunyai bathtub, kemudahan gym dan kolam renang. Nak lebih best boleh la request bilik dengan view sungai. Boleh la cuci mata tengok orang jogging dan riadah di sepanjang track jogging tu. eh. hehe. Kalau ada rezeki dan cuaca baik boleh la nikmati keindahan sunset.
Paling saya suka mengenai hotel ni adalah ianya dekat dengan lokasi-lokasi attraction di sekitar Bandar Kota Bharu. Tak perlu gigih nak bawak kereta atau naik grab, sebab dengan hanya jalan kaki saja korang boleh akses ke banyak lokasi-lokasi attraction. Antara lokasi tersebut adalah seperti Dataran Warisan, Masjid Muhammadi, Istana Jahar, Bank Pitis, Pasar Siti Khadijah dan banyak lagi. Kedai makan pun banyak sekitar hotel ni, nak makan Nasi Ulam Cikgu yang famous tu pun boleh akses dengan jalan kaki je. Jadi tak payah la pening-pening nak fikir pasal parking kereta kan.
0 Comments