SENARAI CERITA MELAYU YANG BERBALOI DI TONTON DI VIU

SENARAI CERITA MELAYU YANG BERBALOI DI TONTON DI VIU

Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan sambungan Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita (Malaysia) telah disambung lagi menjadikan ianya PKP fasa 3. Mungkin ramai diantara kita sudah buntu dan tidak tahu untuk buat aktiviti apa lagi di rumah sendiri kan. Memandangkan kerajaan ada beri data internet percuma sebanyak 1GB sehari, apa kata korang gunakan sebaiknya untuk menonton pelbagai filem dan drama menarik diatas talian secara legal.

Berbicara mengenai platform tonton movie online, ada banyak platform yang legal dan berbayar yang boleh korang guna, antaranya seperti Netflix, iflix dan Viu. Platform-platform ini merupakan antara platform untuk menonton movie secara online paling popular di Malaysia. Setiap platform mempunyai kelebihan masing masing dengan yuran yang tersendiri. Bagi peminat K-Drama biasanya platform Viu adalah pilihan mereka.

Walaubagaimanapun, di platform viu bukan sahaja terhad kepada K-Drama sahaja, ada banyak lagi seleksi drama dan movie dalam pelbagai bahasa yang boleh korang tonton termasuk drama dan movie Melayu. Satu hal yang paling saya suka tentang Viu ni, yuran nya yang rendah. Sempena PKP ni, mereka menawarkan yuran hanya RM8 sahaja dan ianya lebih murah dari harga biasa.

Install aplikasi Viu sekarang dan nikmati 1 bulan akses PREMIUM secara PERCUMA dengan menekan link berikut 

Bagi peminat filem dan movie melayu, saya cadangkan korang untuk menonton semua movie yang saya senaraikan ni.


THE BRIDGE | Merupakan sebuah drama adaptasi dari filem Sweden berjudul The Bridge (Bron/Broen). Ia bermula dengan penemuan sekujur tubuh mayat dijumpai di garisan tengah-tengah jambatan sempadan antara Malaysia dan Singapura. Oleh sebab yang demikian, pihak polis dari kedua-dua negara telah menghantar seorang wakil pasukan penyiasat untuk menyiasat kematian tersebut berikutan identiti mayat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih parah, tubuh mayat itu pula telah dikerat dua dan bahagian badan serta kakinya yang disambungkan bukanlah berasal dari individu sama. Motif demi motif dirungkai untuk mencari penyelesaian dan siapa pelakunya. 

Drama sepuluh (10) episod ini telah dilakonkan oleh barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Rebecca Lim, Cheryl Samad dan Tony Eusoff. Drama ini disampaikan dalam campuran 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu , English dan Chinese.


JIBRIL | Sebuah drama yang mengisahkan perjalanan hidup seorang peguam yang memiliki kepintaran luar biasa dan kelebihan dalam melakukan tugasan. Urutan peristiwa membawa kepada beberapa kes kematian dan pembunuhan. Jibril dipanggil untuk membela seorang daripada suspek dan maka bermulalah pendedahan mengenai pertubuhan rahsia yang melakukan keganasan dan pemburuan terhadap ketuanya yang licik menyembunyikan diri.

Drama Jibril juga pernah ditayangkan di NTV7 bermula 22 Oktober 2018 yang lepas. Melalui platform VIU pula, ia membolehkan penonton menonton drama ini pada bila-bila masa yang mereka suka. Menarik lagi, dapat menonton edisi ‘director cut’ hanya di Viu.

Untuk pengetahuan korang, drama Jibril ini mempunyai sepuluh (10) episod kesemuanya.


BLACK (MALAYSIA) | Drama yang merupakan adaptasi format Korea terbitan CJ E&M dengan nama yang sama iaitu Black. Walaubagaimanapun, drama bersiri versi Malaysia ini telah diselitkan dengan elemen Mitologi Melayu yang bersesuaian dengan masyarakat tempatan.

Dalam siri asal Korea, Black merupakan kisah sebuah drama fantasi cinta dan seram yang mengikuti Grim Reaper yang telah memasuki dunia manusia dan telah jatuh cinta dengan seorang wanita yang boleh meramal kematian.

Adaptasi Viu untuk versi Malaysia pula menggantikan konsep grim reaper dengan bunian (makhluk ghaib dari dimensi lain) dan bermula dengan misi Black (dilakonkan oleh Rashidi Ishak) ke alam manusia untuk mencari rakannya yang sedang diburu. Melanggar peraturan orang bunian, Black menghuni badan Malik (dilakonkan oleh Kamal Adli) , seorang pegawai polis yang telah mati, dan menggunakan identiti Malik untuk memudahkan siasatannya. Walaupun membenci manusia kerana “cara primitif’ mereka, Black tertarik dengan Sofia (dilakonkan oleh Siti Saleha), seorang wanita yang berupaya meramalkan kematian dan menjadi kunci penting dalam misi Malik. Kecewa dengan dirinya, Malik mula jatuh cinta dengan Sofia (satu lagi peraturan yang dilanggar). Pada pertengahan cerita, mereka terperangkap dengan kes pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan lebih 20 tahun yang membawa mereka kembali kepada kisah silam yang dikongsi bersama.

Untuk pengetahuan korang, drama Black (Malaysia) ini mempunyai lapan (8) episod kesemuanya. Apa yang saya sedar, ada bahasa yang mereka gunakan dalam beberapa watak pada drama ini tidak ditapis dan menggunakan perkataan yang tidak patut didengan oleh golongan kanak-kanak.


KELUARGA BAHA DON | Drama arahan Syed Fariz ini mengisahkan tentang Jo Don (Remy Ishak) yang terpaksa mengambilalih perniagaan selepas kematian bapanya, dan menuruti wasiat untuk mengahwini seorang wanita yang tidak dikenali iaitu Suzi Faye (Melissa Campbell). Suzy merupakan merupakan anak kepada Little Kok (Alvin Wong), salah seorang sekutu sindiket mafia yang diketuai oleh ayahnya, Baha Don (Othman Hafsham).

Jo tersepit diantara wasiat dan kekasihnya iaitu Kesuma (Jihan Muse), dimana dia terpaksa menurut wasiat arwah ayahnya. Konflik berlaku apabila Mat Don (Khir Rahman) tidak berpuas hati dengan wasiat si arwah kerana dia tidak dipilih sebagai pengganti ketua keluarga sedangkan dia adalah anak yang paling sulung. Mat cuba berpakat dengan ibunya, Mama Don (Susan Lankester) agar Jo tidak menjadi ketua keluarga.

Namun segala-galanya seperti telah ditetapkan kerana Jo akhir terpaksa mengahwini Suzy dan menjadi ketua keluarga serta ketua baru kepada sekutu-sekutuh Baha Don. Bagaimanapun, Jo tidak mengentahui bahawa perniagaan bapanya sebenarnya lebih dari apa yang disangkakan dan membawanya terjebak dalam dunia mafia.

Untuk pengetahuan korang, drama tempatan Keluarga Baha Don mempunyai sepuluh (10) episod kesemuanya. Lihat pada barisan pelakonnya, ianya sudah semestinya akan menjadikan sebuah drama komidi yang penuh dengan adengan yang melucukan.

Install aplikasi Viu sekarang dan nikmati 1 bulan akses PREMIUM secara PERCUMA dengan menekan link berikut : https://viu.app.link/paATKgcrG5 .


Post a Comment

14 Comments

  1. Sis dah donlos lama dah VIU ni, tapi tak pernah lagi tengok cite Melayu hahahaha duk nengok Korea aje, ni tengah layan World of Marriage tu..hehehhe

    ReplyDelete
  2. terus download haha cite best2 gak kat viu ni rupanya. thanks sharing. baru bersemangat nak habiskan pkp haha

    ReplyDelete
  3. Boleh tahan juga senarai movie yang di cadangkan. Nanti Sis nak tengok Bridge la. Salam Ramadan dan Stay Safe.

    ReplyDelete
  4. Teringin pulak nak tengok Jibril tu. Pelakon nampak macam menarik. Jalan cerita pun nampak best je tu.

    ReplyDelete
  5. Blm pernah tengok movie melalui aplikasi online begini walau oun banyk platform yg ada termasuk Viu ini.. bagus la ada pilihan.

    ReplyDelete
  6. oic. aida br tau ni hah viu ni.
    selama ni kat rumah just ada android box & astro je.
    tu pun tak tertonton, mawardi.
    tapi tu la. berminat nak tgk bahadon tu. ada remi sahak :)
    mcm kelakar je citer nyer. pelakon pun not bad.

    ReplyDelete
  7. Pernah download satu masa dulu.Lepas tu dah jarang tengok.
    Langsung biar macam tu sahaja.

    ReplyDelete
  8. Tak download lagi viu tapi ada tengok kat youtube cerita keluarga baha don tu. Ingat nak download gak lah..sure byk lagi cite best2

    ReplyDelete
  9. Selalu tgk iklan je VIU ni. Menarik semua cerita kt situ. Tp belum bpeluang nk layan lg..hehe

    ReplyDelete
  10. Semua drama melayu berepisod ni memang saya nak tengok tapi tak berkesempatan. Yang jibril tu adaptasi novel RAM kan?

    ReplyDelete
  11. Wah.. lama baru saya berkunjung balik ke blog ini lagi.

    Dimasa pandemic ini, nonton film dari rumah saja.menjadi salahbsatu pilihan agar tak bosan tinggal di rumah. Oh ya, apa di app Viu bisa untuk nonton drama korea juga kah? Klo iya, ini pasti mengasikkan.

    ReplyDelete
  12. Akk pernah tgk black yang korea.. x tahu sama x dengan versi malaysia.. tapi minat dengan kamal adlinnanti nak tgkla

    ReplyDelete
  13. Aku baru tengok keluarga Baha Don je. Best, kelakar. Tapi ada bahasa yang tak sesuai utk kanak-kanak la. Tak sabar nak tunggu sambungan cite ni lagi.. hehe

    ReplyDelete
  14. Yes... Leya memang pengguna Viue dan layan drama-drama yang Madi senaraikan di atas tu.. Hehe.. Sambil2 tu tengah menghabiskan drama korea "Wanna A Taste". Memang terbaik dan berbaloi langgan..

    ReplyDelete