RAWAT BAYI KUNING DENGAN SEWA MESIN FOTOTERAPI KE RUMAH


Dijangkakan bahawa hampir 80 peratus dari bayi baru lahir akan menghadapi demam kuning dan 20 peratus daripada kes bayi kuning ini perlu dilakukan rawatan fototerapi dengan kadar yang segera serta berterusan. Hal ini bukan hal yang boleh dipandang remeh kerana kesan paling teruk demam kuning adalah boleh membawa kepada kematian, manakala kesan yang paling ditakuti adalah kenicterus iaitu kecacatan pada otak bayi jika bacaan kuning tinggi atau terlalu lama.

DEMAM KUNING adalah hal yang disebabkan oleh lebihan bilirubin (partikal bewarna kuning dalam saluran darah) yang tidak dapat diproses oleh bayi kerana hati yang belum matang dan berfungsi. Pada kelahiran bayi yang normal, bacaan bilirubin ini akan mula menurun antara umur tujuh hingga sembilan hari dan kemudian akan mencapai bacaan normal selepas sebulan.


Untuk pengetahuan jorang, bayi yang menghadapi kuning yang tinggi akan memulakan rawatan fototerapi pada umur empat atau lima hari selama dua hingga tiga malam. Bacaan bilirubin normal untuk bayi selepas rawatan fototerapi adalah dibawah 200 micro mol per liter pada umur bayi sudah melebihi seminggu. Rawatan fototerapi perlu dilakukan pada hari yang sama jika bacaan bilirubin melebihi 260 micro mol per liter. Kebiasaan rawatan fototerapi akan dilakukan di hospital. Ianya boleh dibuat dilakukan sama ada di hospital kerajaan atau hospital swasta. Selain dari itu, rawatan fototerapi juga boleh dibuat di rumah sendiri dengan menyewa mesin fototerapi tersebut dengan syarikat yang bertauliah.

RAWATAN FOTOTERAPI DI RUMAH | Masih ramai yang tidak tahu bahawa rawatan fototerapi dapat dilakukan dirumah dengan kos yang berpatutan. Sejak tahun 2001 lagi, ribuan ibu bapa di kawasan Lembah Klang telah memilih untuk melakukan rawatan fototerapi dirumah berdasarkan cadangan dan setelah berunding dengan pakar kanak-kanak mereka. Keputusan menunjukkan bahawa rawatan fototerapi rumah adalah sama berkesan seperti rawatan di hospital.

Home Phototherapy Services (HPS) Sdn Bhd telah beroperasi selama 18 tahun lamanya dan telah berjaya merawat lebih dari 10,000 bayi sakit kuning. Mesin fototerapi yang diberi nama Bluelite dan direka khas serta telah dipatenkan telah mendapatkan pengiktarafan keselamatan dari Sirim Berhad. Syarikat juga mempunyai lesen perniagaan dari Medical Devices Authority (MDA) dan telah dianugerahkan dengan sijil ISO13485.
SEWA MESIN FOTOTERAPI KE RUMAH

Telah terbukti ramai ibu bapa yang gembira dengan hasil rawatan fototerapi dari rumah dengan Bluelite. Kesihatan bayi mereka semakin pulih dan bebas dari jaundis. Berikut merupakan beberapa testimoni berjaya sewa mesin fototerapi ke rumah dari beberapa orang pengguna.

SEWA MESIN FOTOTERAPI KE RUMAH

SEWA MESIN FOTOTERAPI KE RUMAH

Nak tengok banyak lagi testimoni berjaya berkenaan sewa mesin fototerapi ke rumah Bluelite ni korang boleh ke facebook diorang. Klik pautan ini.

Kenapa perlu fototerapi di rumah dengan Bluelite Malaysia?
  • Anak tak perlu berjauhan dan tinggal di wad hospital
  • Tak perlu banyak berjalan dek luka belum sembuh
  • Boleh bergilir menjaga anak di rumah bersama suami
  • Menyusukan anak dengan lebih selesa
  • Jimat tak perlu bayar mahal bil hospital swasta
  • Tak perlu stress di hospital kerajaan
  • Mudah,selamat dan merupakan satu-satunya syarikat yang mempunyai lesen dalam pembuatan dan penyedia perkhidmatan sewa fototerapi dari Medical Device Authorities Malaysia.
  • Pengalaman sejak 2001 dalam memberi perkhidmatan sewa fototerapi dengan lebih 10,000 bayi telah berjaya dirawat

PAKEJ BERSAMA BLUELITE
💥 RM395 untuk 3H2M
💥 RM485 untuk 4H3M

Harga pakej termasuk kos penghantaran, pemasangan, penerangan dan pengambilan untuk kawasan lingkungan 30KM dari Kuantan / Alor Setar / Bandar Perda (Surcharge dikenakan bagi penghantaran ke pulau). Surcharge dikenakan bagi luar kawasan dan luar waktu pejabat.

DISKAUN SEHINGGA RM20 | Nak lebih DISKAUN? Pembaca blog mawardiyunus.com layak menerima special discount dengan Bluelite jika menyatakan kod BLMY semasa membuat tempahan. Kod BLMY hanya sah untuk tempahan Bluelite di kawasan PULAU PINANG sahaja ya!

Home Phototherapy Services Sdn Bhd
D513, Kelana Square, 
Jalan SS7/26, Kelana Jaya
47300 Selangor. 

Home Phototherapy Services Sdn Bhd
A-16-12 Kompleks BM City,
Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Penang

Telefon: 012 271 1894


Instagram: @bluelite_my

Anda telah membaca artikel berkenaan Rawat Bayi Kuning Dengan Sewa Mesin Fototerapi Ke Rumah .

Post a Comment

17 Comments

  1. Owh ad ye org buat service ni

    ReplyDelete
  2. bagus kemudahan ini..sbbnya kesian ke ibu2 yg trpksa ulang alik ke hospital bw ank chck kuning hmpir stiap hari. siapa yg brkemampuan boleh la sewa mesin ni..

    ReplyDelete
  3. Memang bagus ada servis sewa alat ni, Maknya tak payah susah payah turun naik spital kan..sebab biasanya kuning ni lama nak hilang..sian baby..

    ReplyDelete
  4. Lucky my two babies jaundice level was OK last time. I see babies jaundice and put into bluelite machine macam so kesian saje

    ReplyDelete
  5. Oh ada perkhidmatan begini ya... baguslah tak perlu ibu bapa jaga di hospital dan berulang alik..

    ReplyDelete
  6. Teknologi skrg dah maju ya dalam bidang perubatan.

    ReplyDelete
  7. First time dengar rawatan ni disediakan di rumah. bagus untuk mereka yang ada bayi demam kuning.

    ReplyDelete
  8. memang ada ni. di Melaka, ada klinik yg buat sewa mesin ni.
    aida x pernah la gunakan. alhamdulillah anak2 semua ok.
    tahu sebab pernah ke klinik berkenaan dan nampak la proses sewaan ni berlaku.
    aida sokong usaha gini. lebih byk. lebih memudahkan ibu & ayah baby tu.
    tak mudah if anak je kena dok spital. ibu kena berulang sebab susu badan, kan.
    aduhai. tak mudah bagi ibu tu.

    ReplyDelete
  9. Bagus ada sewaan lampu fototerapi untuk rawat masalah kuning baby.teringat pulak kenangan berulang alik klinik kesihatan-pusat rawatan harian-hospital gara gara anak bongsu punya bacaan jaundis tinggi. Kesian tengok dia duduk bawah lampu fototerapi tu. Bukan sebab panas tapi aircond kuat sangat sampai menggigil dia.

    ReplyDelete
  10. Wahh, dah alat untuk buat sewa ke rumah. Not bad, lepas ini takyah susah-susah ke hospital.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah ada yang buat service fototerapi untuk bayi jaundice. First time tahu ni. Lebih memudahkan ibubapa juga :)

    ReplyDelete
  12. Tengok ni teringat kat anak 2nd za kena tahan seminggu kt hospital pasal demam kuning. Kesian tgk dia berjemur dlm tu.. Bagus ada service ni atleast tak renyah nk duk hospital lama2

    ReplyDelete
  13. My first time knowing this too! That time anak Vee juga ada kuning sikit, but doctor say keep breast feed her will be alright. Indeed she is better. Thank God.

    ReplyDelete
  14. Bagus rawatan fototerapi ni utk baby kuning..tak perlu dok hospital lelama..kat rumah pn blh rawat.mujur ade servis sewa mesin ni :)

    ReplyDelete
  15. bagusnya zaman sekarang ada semua ni. Masa zaman akak dulu, akak minta tahan di hospital. limit 30 hari kuning lama, tu memang siksa tau nak turunkan bacaan. kalau peknen lg. bleh pinjam mesin ni.

    ReplyDelete
  16. Zaman masa akak dulu ada baby, belum ada lagi kemudahan ini. Anak akak dari yang sulung hinggalah anak yang bongsu. Semua ada jaundice.

    ReplyDelete
  17. Thanks for sharing this info, now only i know we can also rent this type of machine for home use.

    ReplyDelete