CARI LOKASI MAKAN BEST DI MELAKA


makanan menarik di melaka

Beberapa minggu yang lalu saya dan kawan-kawan telah ke Melaka untuk menghadiri majlis pertunangan sahabat kami. Alang-alang dah ada kat Melaka ni kami cari beberapa lokasi menarik untuk kami isi perut.


SARAPAN PAGI DI 8272 BARAKAH CORNER

Bagi korang yang ingin bersarapankan sesuatu yang lain dari yang lain, saya cadangkan korang untuk ke 8272 BARAKAH Corner. Gerai yang terletak di Kampung Lapan, Melaka ni ada menyediakan Roti Canai Merecik Special atau lebih dikenali juga sebagai 'Roti Canai Burrito'. Bagi korang yang belum tahu, roti canai ni ada inti di dalamnya seakan murtabak. Cuma bentuknya lain kerana digulung seperti "burrito".

makanan menarik di melaka

Jika anda mahukan sesuatu yang extra, anda juga boleh mendapatkan Roti Canai Cheese Merecik yang mempunyai tambahan keju sebagai inti dan juga topping.


Selain dari menu Roti Canai Cheese Merecik mereka juga ada banyak lagi pilihan menu untuk sarapan pagi seperti nasi lemak dan sebagainya.

makanan menarik di melaka

Alamat:
Jalan Pandan, Taman Kesidang Seksyen 1, 
Kampung Lapan, 75250 Melaka.
(Bersebelahan Klinik Kesihatan Tengkera)

Waktu Operasi:
7.30 pagi - 12.00 tengah hari (Rabu hingga Isnin)
Tutup setiap hari Selasa. 

Facebook : 8272 Barakah Corner

LUNCH DI MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

Mango Float Royale Melaka ni merupakan lokasi wajib untuk kami singgah jika ke Melaka. Beratur panjang tak jadi masalah untuk kami nikmati keenakan minuman Mango Float Royale Melaka ni. 


makanan menarik di melaka

Untuk pengetahuan korang, kat sini bukan hanya mempunyai gerai minuman mango float semata. Ada banyak lagi vendor-vendor makanan lain yang korang boleh dapat disekitarnya. Jadi tak rugilah kalau korang nak singgah untuk makan tengahari kat sini.

makanan menarik di melaka


makanan menarik di melaka

makanan menarik di melaka

Alamat:
Mango Float Royale Melaka,
Kampung Sungai Putat,
75350 Batu Berendam, Melaka

Waktu Operasi : 
Setiap hari
12.00 tengah hari-6.30 petang dan 8.30 malam-11.30malam (Isnin-Sabtu)
11.00 pagi - 6.00 petang (Ahad)

Facebook : Mango Float Royale Melaka
Instagram : @mangofloatroyalemelaka

MAKAN MALAM DI MAKAN AVENUE

Pilihan lokasi makan malam kami adalah di Makan Avenue. Ianya nampak seolah gudang yang mana di dalamnya mempunyai banyai vendor-vendor makanan yang sangat menarik dan popular. Apa yang lebih menarik ianya berada betul-betul ditepi sungai Melaka. Jadi jom kita tengok apa yang kami oder untuk makan malam kami di sini.

makanan menarik di melaka

Ramen Asam Laksa, baru sahaja tular di negeri Melaka. Jadi kamipun tak nak lepaskan peluang untuk cuba. Sesuai dimakan ketika masih panas. Kalau korang jenis tak makan pedas silalah hati-hati, mungkin boleh request kurangkan pedasnya tu. Rasanya not bad, next time boleh oder lagi.

makanan menarik di melaka

makanan menarik di melaka

makanan menarik di melaka
Sua Rong Hai \ Daging harimau menangis
makanan menarik di melaka

Dah sampai Melaka tak sah kalau tak makan Cendol Kampung Hulu ni. Walaupun kat Kuala Lumpur pun dah ada cawangan dia, tapi kat sini lain suasananya. Memang boleh dipuji berbakul-bakul rasa dia. Tak hairan orang sanggup beratur panjang untuk dapatkan pencuci mulut ni.


Semua makanan yang kami oder ni korang boleh dapat di bawah satu bumbung. Tempat makan disini pon besar dan selesa. Cuma kawasan ni agak crowded susah untuk dapat parking.

Alamat :
No. 26, Jalan Kampung Hulu, Melaka

Waktu Operasi :
Setiap hari
11.00 tengah hari- 11.30 malam

Facebook : Makan Avenue
Instagram : @makanavenue


Post a Comment

16 Comments

  1. Teringat2 laaa ramen asam pedas tu

    ReplyDelete
  2. Yang satu dan dua tu belum singgah, tapi yang no 3 tu menu avenue tu dah..memang power, sedap..Suami laa yang suka makan di situ, mesti order daging harimau menangis salai tu..

    ReplyDelete
  3. Wah memanh Mawardi kaki makan ni tau ke tempat menarik di Melaka tu... dah lama tak ke sana.. nanti klu pg nak cari yang Menggo tu la..

    ReplyDelete
  4. ramen asam pedas? wah lain mcm menu tu..menarik ni kalau nk try smua tu kalau ke melaka.

    ReplyDelete
  5. Wah. Makin banyak dah makanan best kat Melaka. Nampak gaya kena buat roadtrip ke Melaka dengan kengkawan nie - trip makan-makan namanya

    ReplyDelete
  6. The food looks so good 😭 im planning to go to Melaka so this gonna help a lot 😍 thanks for sharingg

    ReplyDelete
  7. Wah!!!!!! Craving saya baca your post. Tetiba tringin nak gie Melaka utk dine at these eateries you mentioned. Good food photography btw.

    ReplyDelete
  8. aduhai.. menyesal baca malam2 gini. lapar terus perut. kat melaka memang banyak makanan best2. berbaloi food hunting ke sana

    ReplyDelete
  9. Uish padu info dalam ni. Pernah pergi mango tu je. Yang lain belom sampai. Roti canai inti tu pun nice jugak

    ReplyDelete
  10. saya suka tengok presentation makanan dalam pinggan. ternyata kedai ni memberi persembahan tampak enak dan menarik. tiba2 lapar

    ReplyDelete
  11. Hari tu ada jugak jalan2 cari makan dekat melaka ni. Yg dalam senarai ni saya sempat pegi yang cendol kampung hulu tu je. Memang sedap and portion yg banyak :)

    ReplyDelete
  12. tu dia.. terliur terus nampak semua menu ni.. sedap sedapnya hai.. kalau gi Melaka memang kena cari ni.. thank you sharing :D

    ReplyDelete
  13. Macammana lah rasa roti canai cheese merecik tu. Mcm sedap. Ramen Asam Laksa tu pun menarik minat sis. Jom pegi nanti.

    ReplyDelete
  14. Macammana la rasa roti canai cheese merecik tu..asm laksa ramen tu pun menarik minat sis nak cuba. Jom pegi nanti.

    ReplyDelete
  15. Wahhhh kalau pergi Melaka boleh singgah ni, sebab ada tempat makan yang belum sempat singgah. Anyway thank you for sharing. Oh yang Cendol Kampung Hulu tu is the best, kalau pergi sana memang nak repeat la hehe

    ReplyDelete
  16. Benci laaa bila nampak makanan sedap2 ni. Kte ni konon nak diet tapi tak leh nak stop nafsu makan yg membuak ni hahah pulak2 tgk gambar makanan sedap2 camni. Nanti repeat lg jom

    ReplyDelete