ٱلْـحَـمْـدُ للهِ !! Pada awal bulan oktober yang lepas, saya bersama mek (ibu) saya telah berpeluang untuk menunaikan umrah bersama beberapa kumpulan jemaah yang lain. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan pengalaman dan peluang saya mengerjakan umrah buat pertama kali dalam hidup. Walaupun dalam keadaan tidak mempunyai kerja tetap semenjak saya pulang ke kampung untuk tinggal bersama ibu selepas ketiadaan Ayahnda, dengan izin-NYA saya dibuka pintu rezeki untuk ke Madinah menziarahi makam Rasulullah SAW dan ke Kota Makkah untuk menunaikan umrah pertama saya. ٱلْـحَـمْـدُ للهِ !! Yakinlah bahawa rezeki itu datangnya dari ALLAH SWT. Banyakkan berdoa, berusaha dan redha kearahnya.
Pada mulanya rasa kurang bersedia dari segi keyakinan, ilmu dan sebagainya. Tetapi saya bersyukur kerana Allah SWT telah memilih dan membuka pintu rezeki saya untuk menjadi tetamu-Nya. Saya juga yakin bahawa ini adalah peluang yang diberikan kepada saya oleh Allah SWT untuk memperbetulkan diri saya untuk kembali kepada fitrahNya.
Kami menggunakan khidmat Emraz Travel selaku agen ziarah umrah kali ini. Alhamdulillah, segala proses amat mudah dan segalanya diuruskan oleh pihak Emraz. Semuanya berlaku terlalu cepat, segala urusan passport, visa, suntikan vaksin antarabangsa dan kursus umrah dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Trip kami merupakan antara trip terawal yang dikenakan charge keatas visa. Jadi kami perlu membuat penambahan sebanyak RM350 untuk urusan visa umrah kami. Semua jemaah akan berkumpul di KLIA pada hari keberangkatan kami ke sana.
Saya difahamkan bahawa terdapat tiga cara utama bagaimana rakyat Malaysia boleh pergi menunaikan umrah di tanah suci.
- Dari Malaysia menuju ke Jeddah dan terus ke Mekah
- Dari Malaysia menuju ke Jeddah dan terus ke Madinah
- Dari Malaysia terus ke Madinah dan akhirnya ke Mekah
Ada juga yang mungkin masuk ke Mekah atau Madinah menerusi negara lain khususnya bagi sesiapa yang mengambil pakej umrah dan ziarah misalnya menerusi Mesir, Kaherah, Spain, Istanbul dan sebagainya.
Dari segi anggaran masa perjalanan pula, biasanya:
- Perjalanan menggunakan kapal terbang dari Malaysia ke Jeddah mengambil masa kira-kira 8 hingga 9 jam
- Perjalanan menggunakan bas dari Madinah ke Mekah mengambil masa kira-kira 6 hingga 7 jam
- Perjalanan menggunakan bas dari Mekah ke Jeddah biasanya mengambil masa kira-kira 2 hingga 3 jam
Saya sendiri kurang arif kenapa pakej yang kami ambil perlu turun di Jeddah sedangkan kami akan ke Madinah dahulu dan di Madinah sendiri juga ada Lapangan Terbang sendiri. Mungkin ada sebab-sebab tertentu. Tapi itu tidak menjadi masalah kerana fokus utama saya adalah dapat melaksanakan ibadah umrah dan ziarah dengan sempurna.
Tanggal 9 October 2019 kami telah bertolak ke Jeddah dengan menaiki Saudi Arlines pada jam 7.30 pm dari KLIA yang memakan masa lebih kurang lapan (8) jam. Sebaik sahaja tiba Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah, kami perlu melepasi pihak berkuasa Arab Saudi (Imigresen dan Kastam) terlebih dahulu sebelum keluar untuk menaiki bas untuk kami terus bertolak ke Kota Madinah.
ٱلْـحَـمْـدُ للهِ segala urusan berjalan lancar, kami juga tidak perlu beratur lama di imgresen. Selepas enam (6) jam perjalanan dari Jeddah ke Madinah, rombongan kami telah selamat sampai di Hotel penginapan kami pada jam 8 pagi. Kami diberi masa oleh mutawwif bertugas untuk berehat sebelum adanya program pada sebelah malamnya.
Memandangkan terlalu excited untuk ke Masjid Nabawi, selepas taklimat dan selesai urusan bag semua saya telah berusaha sendiri menjejaki dimana lokasi masjid Nabawi dari hotel yang kami inap. Rupa-rupanya ianya berada betul-betul dengan arah pintu 15 Masjid Nabawi. Untuk ke sana tidaklah terlalu jauh, saya hanya perlu berjalan seratus meter sahaja.
Alhamdulillah pagi tersebut saya diberi kesempatan untuk bertemu sahabat baik saya yang datangnya dari Bandung Indonesia iaitu Mas Eka. Sempat juga beliau bawa saya jalan-jalan sekitar dan belanja air buah sebelum beliau bertolak ke Kota Mekah selepas zohor nanti. Terima kasih Mas.
Memandangkan terlalu excited untuk ke Masjid Nabawi, selepas taklimat dan selesai urusan bag semua saya telah berusaha sendiri menjejaki dimana lokasi masjid Nabawi dari hotel yang kami inap. Rupa-rupanya ianya berada betul-betul dengan arah pintu 15 Masjid Nabawi. Untuk ke sana tidaklah terlalu jauh, saya hanya perlu berjalan seratus meter sahaja.
Alhamdulillah pagi tersebut saya diberi kesempatan untuk bertemu sahabat baik saya yang datangnya dari Bandung Indonesia iaitu Mas Eka. Sempat juga beliau bawa saya jalan-jalan sekitar dan belanja air buah sebelum beliau bertolak ke Kota Mekah selepas zohor nanti. Terima kasih Mas.
Kenapa kita ke Madinah sedangkan semua perkara wajib umrah perlu di selesaikan di Mekah?
Ziarah madinah tidak termasuk dalam mana-mana pekerjaan haji atau umrah, tetapi kita digesa berbuat demikian berdasarkan kepada beberapa hadis Nabi S.A.W.
Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.:
"Janganlah kamu bersusah payah untuk musafir melainkan ke tiga buah masjid: Masjidilharam, masjidku ini dan Masjidilaqsa".
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang menziarahi maqamku, pasti dia mendapat syafaatku".
Sabda Rasulullah s.a.w. riwayat at-Tabrani:
“Sesiapa yang menunaikan fardhu haji ke Baitullah dan tidak menziarahiku, sesungguhnya ia menjauhkan dirinya daripada ku”.
Sabda Rasulullah s.a.w. riwayat Abu Hurairah :
“Barang siapa yang mengerjakan haji lalu ia menziarahiku setelah
wafatku, seolah-olah ia telah menziarahiku semasa hidupku”.
Ulama telah bersepakat mengatakan bahawa menziarahi baginda RASULULLAH S.A.W adalah sebesar-besar usaha mendekatkan diri kepada Allah dan sebaik-baik ketaatan. Orang yang menziarahi juga hendaklah berniat menziarahi masjid baginda kerana baginda telah bersabda bahawa sembahyang di dalamnya lebih baik dari seribu sembahyang di tempat yang lain melainkan Masjidilharam.
Ziarah Dalam
Ziarah di Madinah terbahagi kepada dua iaitu ziarah dalam dan ziarah luar. Ziarah dalam adalah menziarahi Masjid Nabawi, makam Nabi Muhammad S.A.W, makam sahabat iaitu Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab.
Sampaikan salam kepada Rasulullah S.A.W dan para sahabat ketika menziarahi makam dan ketika di Raudah, banyakkan berdoa di taman syurga itu. Untuk mengenali Raudah, pastikan anda sudah memijak permaidani berwarna hijau muda. Sejurus berada di situ, berdoa dan jika keadaan tidak sesak, bolehlah menunaikan bersolat sunat dua rakaat.
Raudah adalah tempat di antara mimbar dengan makam Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Di antara rumahku dan mimbarku ialah raudah (taman) dari taman-taman syurga dan mimbarku di atas telaga (kautsar) ku.
Untuk jemaah wanita, laluan masuk ke Raudah adalah dari pintu 25. Tempoh masa untuk ke Raudah bagi jemaah wanita terbahagi kepada tiga sesi dari jam 7 pagi hingga 11 pagi, 1 tengah hari hingga 3 petang dan 9 malam hingga 11 malam.
Di dalam Masjidil Nabawi ini juga jemaah boleh mendapatkan air zam-zam secara percuma sebanyak mana yang kita suka. Minumlah air zam-zam dengan cara yang betul supaya ianya tidak sia-sia kerana air zam-zam ni banyak khasiatnya. Para jemaah juga dibenarkan untuk membawa botol kosong untuk mengisinya untuk dibawa pulang.
Di dalam Masjidil Nabawi ini juga jemaah boleh mendapatkan air zam-zam secara percuma sebanyak mana yang kita suka. Minumlah air zam-zam dengan cara yang betul supaya ianya tidak sia-sia kerana air zam-zam ni banyak khasiatnya. Para jemaah juga dibenarkan untuk membawa botol kosong untuk mengisinya untuk dibawa pulang.
Merangkumi beberapa lokasi di luar Masjid Nabawi iaitu Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan makam syuhada’ Uhud, dan perkuburan Baqi’. Selain dari lokasi-lokasi ni, ada banyak lagi tempat bersejarah kami lawati termasuk beberapa masjid yang pernah Rasulullah S.A.W singgah dan sembahyang.
Masjid Quba : Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah. Sabda Nabi Muhammad S.A.W bermaksud: “Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya satu pahala umrah.”
Masjid Qiblatain : Pernah dikenali sebagai masjid Bani Salamah. Namanya ditukar kepada masjid Qiblatain kerana turunnya ayat yang memerintahkan agar Nabi Muhammad S.A.W menghadap ke Kaabah ketika bersolat. Sebelum itu, Rasulullah SAW dan sahabat bersolat menghadap ke Baitul Muqaddis.
Jabal Uhud : Satu-satunya bukit di dunia ini yang akan ada di dalam syurga kelak. Perang Uhud tercetus pada tahun 625 Masihi dengan jumlah Islam 700 orang manakala kafir Quraisy 3,000. Kekalahan pada peperangan itu turut mengorbankan 70 tentera Islam dan Rasulullah mengalami kecederaan serta patah gigi geraham.
Perkuburan Baqi’ : tanah perkuburan penduduk Madinah dan mereka yang meninggal dunia di Madinah. Isteri-isteri dan anak cucu Nabi Muhammad S.A.W disemadikan di situ. Dianggarkan 10,000 sahabat bersemadi di tanah perkuburan berkenaan. Jemaah wanita dikatakan tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan perkuburan ini.
Ladang Tamar : destinasi popular untuk jemaah berbelanja tamar, kekacang dan manisan. Tapi dinasihatkan untuk jemaah bandingkan harga barangan disini dengan kedai yang berada berhampiran dengan hotel jemaah di madinah, ini kerana biasanya disini ladang tamar harganya jauh lebih mahal berbanding di kedai kawasan hotel tempat penginapan kita.
Untuk membeli belah di sekitar hotel dan Masjid Nabawi, jemaah dinasihatkan supaya banyak berjalan untuk membandingkan harga dari kedai ke kedai yang lain. Rata-rata peniaga disana boleh berbahasa Melayu dan Indonesia. Jadi urusan tawar menawar tidak akan jadi satu masalah.
Soal makanan pula memang tidak menjadi masalah kerana terdapat pelbagai jenis makanan terjual di sini, daripada selera arab sehingga ke selera malaysia/indonesia. Ada berhampiran dengan penginapan kami sebuah restoran yang diberi nama Rumah Makan Indonesia. Jadi untuk mereka yang rindukan masakan nusantara bolehla ke sini. Kalau tak silap saya, ianya boleh diakses terus dari pintu 17 Masjid Nabawi. Bagi saya ambil pakej tidak termasuk makan lebih menjimatkan kerana makanan sangat mudah didapati dan harganya berpatutan.
Untuk komunikasi pula, jemaah boleh memilih untuk membeli simkad tempatan ataupun dengan cara menyewa pocket wifi seperti saya. ٱلْـحَـمْـدُ للهِ , dengan adanya pocket wifi travel recommends ni sangat memudahkan saya untuk berinteraksi dengan keluarga dan sahabat di Malaysia. Setakat yang saya guna tiada masalah line lagi walaupun sedang buat video call. Masa dalam perjalanan dari Jeddah ke Madinah pun line sentiasa okay. Apa yang menariknya, dengan penggunaan pocket wifi ni korang juga boleh berkongsi internet kepada 5 user dalam satu-satu masa. Nak tahu lebih lanjut berkenaan pocket wifi travel recommends ni korang boleh terus ke web mereka di https://www.travelrecommends.com/my .
Kalau korang nak buat tempahan , bolehlah guna romo code TRMAWARDI10 (entitled for RM 10 OFF any booking on https://www.travelrecommends.com/my . The expiry date is 31 Jan 2020.
Kenalkan sepupu saya, Ustaz Zulkifli Mohamed merangkap mutawwif Emraz Travel. Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej umrah, boleh terus berurusan dengan beliau di talian +6013 9398335.
Untuk perkongsian umrah pertama saya di Kota Mekah, korang boleh klik link di bawah ni :
Untuk komunikasi pula, jemaah boleh memilih untuk membeli simkad tempatan ataupun dengan cara menyewa pocket wifi seperti saya. ٱلْـحَـمْـدُ للهِ , dengan adanya pocket wifi travel recommends ni sangat memudahkan saya untuk berinteraksi dengan keluarga dan sahabat di Malaysia. Setakat yang saya guna tiada masalah line lagi walaupun sedang buat video call. Masa dalam perjalanan dari Jeddah ke Madinah pun line sentiasa okay. Apa yang menariknya, dengan penggunaan pocket wifi ni korang juga boleh berkongsi internet kepada 5 user dalam satu-satu masa. Nak tahu lebih lanjut berkenaan pocket wifi travel recommends ni korang boleh terus ke web mereka di https://www.travelrecommends.com/my .
Kalau korang nak buat tempahan , bolehlah guna romo code TRMAWARDI10 (entitled for RM 10 OFF any booking on https://www.travelrecommends.com/my . The expiry date is 31 Jan 2020.
Kenalkan sepupu saya, Ustaz Zulkifli Mohamed merangkap mutawwif Emraz Travel. Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej umrah, boleh terus berurusan dengan beliau di talian +6013 9398335.
Untuk perkongsian umrah pertama saya di Kota Mekah, korang boleh klik link di bawah ni :
14 Comments
Alhamdulillah..
ReplyDeleteGood info & lengkap 👍🏻 Sesuai sangat bagi yang tidak pernah lagi sampai di sana.
ReplyDeleteMasyaallah, bestnya jadi tetamu Allah. Alhamdulillah.. Ramai kenalan saya juga menunaikan umrah tahun ini. Semoga kita dijemput lagi ke sana. Aamiin.. Last saya ke sana tahun 2016. Tapi tak sempat nak abadikan di blog. Gambar semua hilang huhu
ReplyDeleteBestnye dah pergi ke sana. Semoga suatu hari boleh ke sana. Bolehla survey kat emraz travel nanti
ReplyDeleteSeronoknya, Alhamdulillah ada rezeki menunaikan umrah dan menziarahi makam Nabi.. jeles tau! Doakan saya pun akan sampai ke sana ye.
ReplyDeleteTq Madi atas perkongsian..tetiba menitik air mata baca. Sayu lak .. InsyaAllah, moga ada rezeki k.sal dan family ke sana . Aamiin
ReplyDeleteSeronoknya punyai pengalaman indah menunaikan umrah. Sangat manis dan indah. Moga saya juga menpunyai peluang untuk ke sini
ReplyDeleteAlhamdulillah mawardi dah selamat selesaikan umrah.. Rasa sebak dan terharu bila baca artikel ni.. Doakan AM juga dapat n berkesempatan menjejakkan kaki d sana juga ya..
ReplyDeleteAlhamdulillah, rasa seronok baca perkongsian kali ni. In shaa Allah suatu hari nnti saya punya giliran akan tiba untu dijemput menjalani ibadah umrah.
ReplyDeleteWhat a great and beautiful experience to share! Thank you for sharing. Would love to be there one day.
ReplyDeleteAlhamdulillah, gud sharing.. seronok baca pengalaman orang ke sana. In Shaa Allah, satu hari moga diizinkan-Nya ke sana juga
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu dan pengalaman di blog. Pasti memberi manfaat kepada pembaca yang membacanya...
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian ini. Terjawab gak sedikit persoalan Rawlins berkenaan persiapan diri dan sebagainya. Moga diberikan peluang jua untuk menziarah kelak, insyaAllah
ReplyDeletePerkongsian yang menarik.
ReplyDelete