Negeri terengganu cukup popular dengan keindahan budaya dan tempat menariknya. Walaupun sudah berpuluh kali saya ke sini, ianya tetap fresh dan tidak membosankan. Menerusi program You’ll love Terengganu..and forever! Saya akan kongsikan kepada korang mengenai apa yang menarik di sekitar Negeri Terengganu.
1. KAMPUNG MANGKUK, SETIU
Kalau nak gambar cantik di tepi pantai, mesti nak kena ada banyak pokok kelapa! Kalau korang nak cari lokasi yang ideal macam ni, Kampung Mangkuk adalah tempatnya. Kampung mangkuk ni terletak berhampiran dengan Pantai Penarik.
Sebuah perkampungan nelayan yang cukup tenang dan bersih bagi saya. Walaupun tidak terlalu moden, tapi kemudahan yang ada di sini serba lengkap. Sejujurnya, kat sini sangat banyak port-port menarik untuk photoshoot dan ianya sangat insta-worthty.
Facebook : komunitikampungmangkok
2. TERRAPURI HERITAGE VILLAGE
Terletak di Kampung Mangkuk, Terrapuri Heritage Village adalah sebuah resort yang menempatkan 29 buah rumah Melayu Tradisional Terengganu dengan ciri antik dan klasik berusia ratusan tahun. Terrapuri dan kawasan persekitarannya sesuai digelar sebagai desa warisan, diilhamkan dari istana Terengganu pada abad ke-17.
Walaupun kos penginapan di Terrapuri bermula antara RM400 dan lebih tinggi untuk satu malam. Bagi mereka yang tidak mempunyai bajet untuk menginap di sini, korang juga berpeluang untuk masuk dan menikmati keindahan Desa Warisan ini. Hanya dengan bayaran RM 22, korang boleh akses ke dalam resort ini selama 1 jam beserta dengan refreshment. Amacam! Murah bukan? Selain dari itu, Terrapuri turut membuka pintu resort mereka untuk photo shoot perkahwinan dengan bayaran sebanyak RM500 untuk setengah hari.
Facebook : https://www.facebook.com/Terrapuri/
Instagram : https://www.instagram.com/terrapuri/
3. RUMAH BOTOL, SETIU
Terletak Terletak di Setiu, Rumah Botol ini adalah milik Tengku Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Ayah Ku. Mula minatnya mengumpul botol kerana ukiran dan berbentuk berbeza pada tahun 2005, kini antara koleksi botol yang dimilikinya datang dari seluruh dunia termasuk Korea, Mexico, Perancis dan banyak lagi.
Kini, Ayah Ku telah mengumpul lebih 7,000 botol pelbagai jenis sekali gus menarik perhatian pelajar selain pelancong untuk bertandang ke galerinya. Beliau tidak sangka sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan sehingga kini lebih 1,000 pengunjung direkod mengunjungi galeri itu, manakala 800 pengunjung lagi pengunjung tidak direkodkan.
4. DUSUN WARISAN PELONG
Dengan hanya membayar RM50, korang boleh menikmati pelbagai buah-buahan di Dusun Warisan yang berkeluasan 20 ekar ini. Buah-buahan yang saya maksudkan tu adalah buah-buahan tempatan termasuklah Durian, Manggis, Duku, Dokong, Langsat, Salak Madu, Rambutan, Pulasan dan banyak lagi.
Dusun Warisan, Pelong ini juga ada menawarkan pakej makan tengahari di dusun. Selain dapat menikmati buah-buahan segar disini, pengunjung juga boleh ambil pakej makan tengahari menu masakan Melayu sambil mandi di sungai. Dusun ini berlokasi di Pelong, Sg Tong, Setiu, Terengganu.
Instagram : https://www.instagram.com/dusunwarisan/
5. RUMAH WARISAN HAJI SU
Rumah Warisan Haji Su telah dibina pada tahun 1850 bercirikan reka bentuk rumah Limas Belanda dan rumah Bujang Berpeleh Kembar Tiga yang berkait rapat dengan identiti negeri Terengganu. Pemilik asalnya Allahyarham Haji Su Mohammed Salleh bin Haji Mohammed iaitu seorang tokoh yang sangat berpengaruh dan merupakan pedagang kaya yang telah banyak memberikan sumbangan kebajikan di daerah ini.
Dua buah rumah yang ditinggalkan ini merupakan rumah pasang siap dan dipercayai mampu dibina oleh hanya seorang tukang kayu dengan mengambil kira kesesuaian alam persekitaran dan kehidupan masyarakat Melayu serta agama Islam. Kini, Rumah Warisan Haji Su yang terletak di Kampung Losong, Kuala Terengganu ini telah dibuka kepada umum dan dijadikan sebagai produk pelancongan terbaru di Terengganu bagi menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Terengganu.
Facebook : Rumah Warisan Hj Su Losong
6. KEROPOK LOSONG ADIK BERADIK
Kalau ke Negeri Terengganu, tidak sah kalau tidak membeli keropok lekor. Kali ni saya nak bawa korang ke sebuah tempat membuat dan menjual keropok lekor di Kampung Losong iaitu Keropok Losong Adik Beradik.
Kat sini korang boleh membeli keropok lekor yang fresh yang baru siap di masak. Bukan itu saja, korang juga boleh melihat sendiri bagaimana proses mereka membuat keropok lekor melalui dapur mereka yang terbuka. Korang boleh pilih untuk beli keropok lekor yang direbus atau yang sudah siap di goreng. Lokasinya hanya beberapa minit jalan kaki di seberang jalan dari Rumah Warisan Haji Su.
Kalau ke Negeri Terengganu, tidak sah kalau tidak membeli keropok lekor. Kali ni saya nak bawa korang ke sebuah tempat membuat dan menjual keropok lekor di Kampung Losong iaitu Keropok Losong Adik Beradik.
Kat sini korang boleh membeli keropok lekor yang fresh yang baru siap di masak. Bukan itu saja, korang juga boleh melihat sendiri bagaimana proses mereka membuat keropok lekor melalui dapur mereka yang terbuka. Korang boleh pilih untuk beli keropok lekor yang direbus atau yang sudah siap di goreng. Lokasinya hanya beberapa minit jalan kaki di seberang jalan dari Rumah Warisan Haji Su.
7. JAMBATAN ANGKAT (DRAWBRIDGE)
9. MAKAN TENGAHARI DI TERRADALA
Website : http://www.terradala.com/
10. IKAN CELUP TEPUNG PANTAI TOK KITE
11. KAMPUNG JAMBU BONGKOK
13. TEMPAT PEMBUATAN NISAN NIRA
Jambatan angkat atau ‘drawbridge’, adalah ikon baharu kepada negeri Terengganu. Ianya dikatakan akan mengubah trend kedatangan pelancong ke negeri itu yang selama ini lebih tertumpu di kawasan pulau. Jambatan angkat bernilai RM248 juta itu menjadi jambatan keempat menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus berbanding tiga ketika ini, melibatkan Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Rusa dan Jambatan Pulau Sekati.
Jambatan angkat sepanjang 638 meter yang mempunyai dua menara setinggi 16 tingkat ini telah dibuka kepada umum selepas beberapa hal penambahbaikan selesai. Saya dan kawan-kawan berpeluang melihat sendiri keindahan mercu tanda ini melalui rivercruise yang kami naik di Taman Tamadun Islam (TTI).
8. PASAR PAYANG BARU
Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) yang dibina pada 1967 telah menjalani proses transformasi, sekali gus dilengkapi pelbagai kemudahan dan ciri-ciri moden sesuai dengan peredaran zaman bagi memberi keselesaan kepada pengunjung dan peniaga. Lot kedai dibahagikan mengikut jenis jualan iaitu kedai emas, bahan basah, alatan dapur dan kraf, pakaian serta medan selera. Selain itu, bahagian jualan buah-buahan dan sayur-sayuran juga diasingkan di satu sudut lain bagi memudahkan pengunjung membeli-belah mengikut keperluan mereka.
Keadaan Pasar Besar Kedai Payang (Pasar Payang) baru yang telah beroperasi yang terletak bersebelahan Sungai Terengganu, mampu memberi kenangan menarik kepada pengunjung kerana ia bersih, teratur dan selesa. Lokasi pasar baharu itu juga tidak jauh dari Pasar Payang lama, namun berbanding pasar sebelum ini, Pasar Payang baru ini menyediakan ruang niaga yang lebih luas dengan 762 lot kedai dan kemudahan lain seperti tandas serta surau. Pasar Payang baru ini dinaik taraf sebagai Kompleks Pasar Kedai Payang lengkap berhawa dingin serta akan beroperasi 24 jam dan mempunyai kapasiti lot niaga sebanyak 600 lot dengan penambahan keluasan kedai dan ruang legar. Kemudahan lain seperti tandas, tandas orang kurang upaya (OKU), dan bilik persalinan bayi.
9. MAKAN TENGAHARI DI TERRADALA
Terradala (yang bermaksud 'Tanah bunga Dala') adalah sebuah kafe, muzium mini, kraf dan kedai cenderamata yang telah digabungkan menjadi satu. Kewujudan tentang Terradala ini adalah selepas kami bermalam di tempat peranginan Terrapuri kerana ianya juga dimiliki oleh pemilik yang sama.
Konsep Terrapuri dan Terradala juga hampir sama iaitu tentang keindahan seni budaya Melayu lama. Beberapa benda yang telah digunakan untuk menghias setiap villa di Terrapuri juga boleh didapati dan dibeli di Terradala. Tempoh hari kami berkesempatan untuk makan tengahari di sini. Selain dari ruang tertutup, Terradala juga merangkumi sebuah taman luar yang mempunyai gazebo kayu yang diperbuat daripada kayu chengal. Kat sini juga korang boleh membeli cenderahati-cenderahati istimewa untuk keluarga dan sahabat handai. Terradala berlokasi di 77A Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, Terenganu, Malaysia.
Website : http://www.terradala.com/
10. IKAN CELUP TEPUNG PANTAI TOK KITE
Pantai Tok Kite Pantai Chendering hanya 10 minit dari Pantai Batu Buruk. Pantai ni terletak bersebelahan dengan Pantai Pandak. Memandangkan ia tak semeriah Pantai Batu Buruk, jadi ianya sangat sesuai bagi mereka yang sukakan ketenangan dan kelapangan. Pantainya cukup cantik bersih dan sangat Insta-worthy.
Disini juga korang boleh menikmati Ikan Celup Tepung (ICT) yang cukup popular di Terengganu. Selain ikan, ada pelbagai makanan laut lain lagi seperti udang dan sotong. Tidak hanya itu, ledai disini juga ada menyediakan pelbagai jenis makanan lain termasuk ABC dan sebagainya.
Selain dari Kampung Mangkuk yang berada di Setiu, korang juga boleh berkunjung ke Kampung Jambu Bongkok yang terletak di marang. Untuk pengetahuan korang, Kampung Jambu Bongkok yang saya maksudkan ini bukanlah tempat pelancongan asalnya, tapi ia hanya sebuah perkampungan nelayan yang cukup indah dan bersih. Banyak bot-bot nelayan di sepanjang pantai seolah-olah menanti orang datang untuk bergambar dengannya.
Kampung ini terletak di dalam daerah Marang Terengganu, berjarak dalam 39 km dari bandar Marang. Jika dari Kuala Terengganu lagi lah jauh sekitar 55 km jaraknya. Lokasi ini juga dikatakan pernah menjadi tempat penggambaran salah satu filem lakonan Zizan Razak.
12. TANAH BRIS (BRIS SAND)
Tanah Bris atau Hutan Jambu Bongkok merupakan satu lokasi yang baru ditemui yang berpotensi untuk dimajukan sebagai salah satu lokasi menarik yang ada di Terengganu. Lokasinya hanya di tepi jalan, tidak jauh dari Kampung Jambu Bongkok sebelum jambatan yang ada signboard Hutan Simpan Jambu Bongkok.
Kredit foto AmazingTerengganu
Tarikan disini adalah keindahan dan keunikan pokok-pokok gelam hitam di bahagian bawah dan hijau diatas sangat cantik dan sesuai dijadikan props untuk photoshoot. Selain dari keunikan pokok gelam, sebelahnya pula ada kawasan lapang yang ditumbuhi lalang yang sangat insta-worthy.
Manisan, Nisan Nira atau lebih dikenali dengan panggilan 'nisan kerek' di pantai timur, cukup unik dengan ramuan dan pembuatannya yang masih kekal secara tradisional dengan teknik mengacau secara manual. Kalau di negeri lain selain pantai timur, manisan ini seakan gula melaka.
Saya sendiri telah berkesempatan ke Kampung Batangan, Marang, Terengganu ini bagi menyaksikan sendiri cara pemprosesan nisan nira ni. Bagi menghasilkan Nisan Nira, pengusaha perlu menggunakan air nira kelapa, gula dan daun mengkuang sebagai acuannya. Nisan yang asli menggunakan 100% nira tanpa tambahan gula dijual pada harga RM4 sekeping. Manakala, nisan nira campuran gula pula ada dijual dengan harga serendah 40sen sekeping.
Syarikat Manis Sokmo Enterprise bukan sahaja menghasilkan gula nisan, mereka juga turut menghasilkan dodol daun palas, candy kelapa, juga air nira kelapa asli dan banyak lagi. Lokasi Manis Sokmo Enterprise adalah di Kampung Batangan, 21600, Marang, Terengganu.
14. DAPO PATA @ UPTOWN KONTENA
Dapo Pata cukup popular di negeri Terengganu sebagai satu lokasi makan-makan. Berkonsepkan vendor makanan, DapoPata@UptownKontena yang dibangunkan di tepi pantai dalam suasana terbuka dengan menggunakan 18 kontena adalah yang pertama di Malaysia.
Selain dari vendor makanan, disini juga ada terdapat vendor pakaian dan sebagainya. Lokasi Dapo Pata ni adalah di pesisir pantai Kg.Pantai Tok Jembal, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. Ianya kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Kuala Terengganu.
Facebook : https://www.facebook.com/UptownKontena
Facebook : https://www.facebook.com/UptownKontena
15. GAMELAN DI WARISAN SARI
16. SINGGANG BUDU
Warisan Sari adalah tempat mempersembahkan persembahan tradisional seperti gamelan. Dibuka pada setiap hujung minggu untuk pengunjung, Warisan Sari tidak mengenakan sebarang bayaran pada pengunjungnya.
Kedatangan kami pada minggu lalu ke Warisan Sari sangat bertuah kerana kami telah dipersembahkan dengan persembahan gamelan oleh Kumpulan Gamelan Sri Gelam Ratna Kusuma dari Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam. Warisan Sari terletak di Lot 20237 (sebelah Sek. Keb. Tok Jembal), Jalan Tok Jembal, 21300 Kuala Nerus, Terengganu.
Masakan ikan singgang cukup popular di negeri sebelah pantai timur. Resipi mudah singgang ini menggunakan bahan seperti kunyit hidup, halia, bawang putih dan lengkuas ternyata membangkitkan selera. Menu ini telah diperkenalkan berkurun oleh masyarakat di negeri pantai timur khususnya petani dan nelayan yang menjadikan singgang ikan sebagai bekalan makan tengah hari ke tempat kerja.
Bagi korang yang belum pernah rasa menu ikan singgang ni, saya cadangkan korang ke Restoran Singgang Budu yang terletak di Jalan Air Jernih. Selain singgang ikan, restoran ini turut menyediakan singgang sotong, singgang daging putih dan singgang ayer. Di sini juga terdapat lebih dari 30 jenis lauk-pauk panas seperti sayur masak lemak putih, gulai ayam kampung, ikan goreng, gulai telur itik, daging kerutuk, ayam cili api dan kacang panjang goreng petola.
Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program You’ll love Terengganu..and forever!
Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019
yang telah berlangsung pada 20-24 Ogos 2019
anjuran Tourism Terengganu dengan kerjasama pihak Gaya Travel Magazine.
Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019
yang telah berlangsung pada 20-24 Ogos 2019
anjuran Tourism Terengganu dengan kerjasama pihak Gaya Travel Magazine.
17 Comments
tempat dah menarik, gambar pulak masyaAllah cantiknya...tak boleh cantik lagi ke ha????
ReplyDeleteSedapnya sotong celup tepung tu...puas betu makan sotong dan ikan di Tranung
ReplyDeletememang wajib repeat pi terengganu nih ....pasar payang pun dah baru yer....sayang jugak yg lamasebab warisan tapi untuk lebih baik apa salahnya janji semua orang selesa....makanan kat ganu memang osemmm...
ReplyDeleteWahhh.. cantiknya gambar-gambar, bang! Terengganu memang tak pernah mengecewakan. Macam-macam benda menarik ada!
ReplyDeleteTerengganu kaya dengan sumber warisan..teringin betul nak jejak ke sana bawak anak-anak berjalan sekali. Dah boleh plan dah ni untuk cuti sekolah akan datang
ReplyDeletebanyaknya tempat menarik di Terengganu.. kena plan jalan-jalan ke tganu lagi la nampaknya.. banyak lagi tempat yg belum saya pergi ni..
ReplyDeletecantik terengganu ! weekend ni nak ke terengganu lagi. mintak mintak sempatlah singgah tempat yang awak suggest.
ReplyDeleteTerengganu tempat lahirku tercinta..hihi..rindu nak blk tganu..mmg best jejalan tganu..mknn pun sedap!
ReplyDeleteRindu betul nak ke Terengganu. Banyak dah tempat best yang baru untuk disinggah. Boleh laa pasni kalau ke sana bawak family, nak singgah kat tempat-tempat dalam entry ni. banyak lagi rupanya yang nisa tak penah singgah lagii.
ReplyDeleteRasa tak sabar nak pi bercuti ke Terengganu cuti sekolah nanti. Akak nak pi food hunt. Rindu makan udang goreng dan kepok lekor kat tepi pantai. hehehe
ReplyDeleteLama dah sis tak ke Terengganu. Kisahnya banyak jugak ya tempat2 yg menarik kat sana. Nanti bolehlah sis jadikan rujukan page ni bila sis nak kesana. Tq for sharing ya
ReplyDeleteHaritu gi ghanu gi tak jalan banyak tempat sangat. Draw bridge pon tak open lagi time tu. Nak repeat lagi
ReplyDeleteRambang mata! Gambar pun cantik2! And jambatan tu dah bukaaa! Last time pi tak buka lagi~
ReplyDeleteTerrapuri tu in my list! Asal masuk pun dah jadi sbb nak bermalam agak tinggi jugak tu costnya. But fefeeling Bali pun ada kat situ so nice~
Last pergi terengganu 2017. Alahai rindunyaaaa dgn terengganu. Nak pergi lagi kene kumpul duit. Lagi pulak dah ade kenalan baru stay kat Setiu. Memang kene pergi lah...
ReplyDeleteMmg best terengganu ni. Mmg tak puas sbnarnya trip haari tu. Nk kena plan lagi trip lain. Hehe
ReplyDeleteBanyak juga sebenarnya tempat menarik di Terengganu yang Marsha belum explore lagi. Boleh masuk wishlist & nanti terus je masuk dalam itineary travel...yeayy
ReplyDeleteOrang kata terengganu ni banyak tempat yang menarik kan. Tapi kena pandai cari. Kalau setakat cari kopok lekor je, belum betul betul teroka kan..
ReplyDelete