Bagi korang yang pernah ke Terminal Bersepatu Selatan atau lebih dikenali sebagai TBS mesti sedar akan kewujudan TEKUN Mart yang berada di aras 4 bangunan ni, ianya betul-betul berada berhadapan dengan Food Court. Untuk pengetahun korang, TEKUN Mart ni dimiliki penuh oleh KOPERASI RAKAN TEKUN BERHAD dan ini merupakan cawangan pertama mereka.
Apa yang menariknya kat TEKUN Mart ni, mereka ada jual Oden! Dan Oden mereka adalah yang Halal kerana 100% menggunakan produk muslim. Harga Oden yang mereka jual adalah Rm2 untuk satu cucuk.
Kat sini korang boleh dapat oden dengan 2 jenis kuah iaitu sup biasa dan tom yam. Memandangkan saya tak boleh makan pedas, saya pilih suplah. Tapi ramai kawan-kawan saya lebih memilih oden tom yam.
Untuk pengetahuan korang, TEKUN Mart juga ada menerima tempahan katering Live Stall Oden Halal. Jadi, kalau korang nak oder untuk apa-apa majlis bolehlah contact mereka untuk urusan tempahan. Paling penting Oden kat sini dijamin Halal yang disediakan oleh usahawan muslim sendiri. Insyaallah, korang boleh makan tanpa was-was.
Untuk tempahan Oden Halal dari TEKUN Mart ni, korang boleh rujuk details di bawah ni.
Tel : 016-9645544 (Kak Wani)
Email : [email protected]
Selain dari Oden, di bahagian mini bar mereka juga korang boleh dapat pelbagai jenis makanan lain seperti Jagung Manis, Pau, Spaghetti, Dim Sum, Meatball/chickenball, Thai Red Tea/Thai Green Tea, Bomboloni dan lain-lain.
Jagung susu/cheese - RM3.50
Pau - RM1 - RM1.80
Spaghetti - RM6
Dim Sum (6pcs) - RM5
Meatball/chickenball - RM6
Thai Red Tea/Thai Green Tea - RM3
TEKUN Mart ni boleh dikatakan sebuah kedai yang berkonsepkan kedai serbaneka yang mengutamakan produk tempatan dan juga yang Halal. Barang-barang yang dijual disini pon banyak dan pelbagai. Kebanyakan dari produk-produk yang dijual adalah produk makanan dan minuman dari usahawan tempatan.
Kalau ke TBS jangan lupa tau singgah ke Tekun Mart ni tau, tempat nya mudah nak lepak sebab depan dia ada meja dan kerusi. Jadi boleh la makan oden dulu sebelum naik bas kan? Bagi yang datang nak sambut orang pun boleh lepak sini menunggu. Sambil menunggu boleh makan-makan dulu.
TEKUN Mart
Waktu operasi : 7 pagi hingga 11 malam (dibuka setiap hari)
Tel : 016-9645544 (Kak Wani)
Email : [email protected]
Facebook : https://www.facebook.com/odenhalal
18 Comments
teringat kisah di fb pasal bdk pompuan yg mau sangat makan oden tp bapanya x cukup duit. blh pula dia hentak2 kaki bila x dpt oden. aku sepak jg bdk tu kang. haha sorry teremosi
ReplyDeleteTekun mart walaupun tak sebesar pasaraya mega tu, jual jugak makanan panas macam ni. Oden mengenyangkan. Lagipun, yang penting adalah halal
ReplyDeleteSuasana kedai dan makanan yang nampak sedap . Rasa terliur pulak. Selamat menjamu selera ya
ReplyDeleteWahh nampak sedap le Oden dia, teringin bila tgok, tapi jauh le pulak untuk semata mata nak makan Oden. Kalau ada geng pergi nanti suh je depa tapow..itu pun kalau ada geng sesat kat sana..hehehe
ReplyDeleteWah ada oden la. Selalu serbu kat Family Mart je la. Good to hear sebab ketengahkan produk tempatan dan pilihan bagus dijual di tempat hub pengankutan mcam ni. Baru orang ramai boleh cuba dan beli.
ReplyDeleteBanyak jugak makanan yang dieorang jual. Dan paling nampak menarik oden tu lah. Tak sangka jugak sebenarnya ni kedai bumiputera. Harap harap lebih banyak lagi kedai bumiputera akan buat macam ni.
ReplyDeleteKalau Rawlins travel, memang wajib ada jajan nie. Nampak banyak sangat produk lokal yang boleh dibawa balik sebagai cenderamata kan. Yang penting menyenangkan travellers.
ReplyDeleteOden tu sedap tak?
Wahhhh... seronok ni kalau dapat makan oden, harga pun not bad. First time sebenarnya dengar pasal Tekun Mart ni, dan nampak diaorang provide pelbagai jenis makanan. Harap diaorang akan buka lebih banyak cawangan dalam masa akan datang.
ReplyDeleteeh eh.. macam kenal je dalam gambar tu.. hehe. Tapi serius weii oden kat sini sedap. aku sendiri dah repeat 2 x. suka kuah tomyam sebab kena dgn tekak. Pastu jagung tu pun best sebab ada cheese... yummy
ReplyDeleteKalau pergi Family Mart memang suka beli oden ni. kalau singgah TBS boleh lah beli kat tekun mart pulak. tengok ada banyak jenis food ada selain oden. menarik pulak tu.
ReplyDeleteAla sedapnya tengok oden memalam gini. Dan baru tahu juga dekat Tekun pun ada oden eh. Kalau tau awal sempat lah nak menyinggah ke tbs tu sebab dekat je dengan office. Jagung cheese tu pun nampak sedap, huhu. Unik, tak pernah nampak lagi kat tempat lain..
ReplyDeleteThey offer so many nice snack and food in Tekun Mart! Will definitely drop by if I saw this, oden is my favorite food yumsss
ReplyDeletewahhh ! sekarang boleh beli oden dengan tanpa rasa ragu2 lagi kehalalannya. okay bolehlah singgah ke Tekun Mart nie kalau ke TBS sana. mmg selalu naik bas dari TBS pon.
ReplyDeleteBestnya ada mart kat situ. Tengok macam banyak juga barangan yang dijual. Sepanjang viral oden ni, belum pernah lagi rasa. Hehe.. Teringin pula tengoknya. Dapat dengan kuah tomyam tu mesti bestkan..
ReplyDeleteWow best juga tempat ni, kalau i pergi station TBS nanti i singgah, nak rasa oden tom yam tengok sedap tak?
ReplyDeleteWow. Dah la oden halal, boleh tempat utk catering plak tu. Macam cool jugak buat event ada halal oden ni kan.
ReplyDeleteTak pernah lg pg Tekun Mart byk juga brg dia, sedap ke Oden tu? nk tray jgk tp jauhlah plk.
ReplyDeleteWahh bestnya!!! Tapi Tekun Mart ni kat mana lagi ada? Kalau berdekatan, Ruby boleh singgah. Hehe
ReplyDelete