BATU SEREMBAN | PERMAINAN KANAK-KANAK ZAMAN DAHULU



Tetiba teringat kembali zaman di usia kanak-kanak dulu. Kalau balik sekolah, ada je aktiviti yang difikir untuk dilakukan jika ada masa lapang. *berbeza dengan kanak-kanak zaman sekarangkan?. Antara salah satu benda yang MY ingat sangat popular pada zaman-zaman dulu ialah permainan batu seremban.

Apa yang korang tau pasal BATU SEREMBAN?

Satu permainan yang mana ianya tidak memerlukan modal yang besar untuk memilikinya. bagi MY sendiri, dengan mengutip batu-batu dari sungai atau jalan sudah mencukupi syarat bahan yang diperlukan dalam permainan Batu Seremban ini. Selain dari ketulan batu, guli kaca, biji getah, atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat juga boleh digunakan. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak tujuh biji/buah.

Untuk pengetahuan korang, Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Pada zaman dahulu permainan ini sangat popular dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara bersila atau bersimpuh bagi memudahkan permainan tersebut dimainkan.

CARA BERMAIN

MENENTUKAN GILIRAN | Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.

Sumber info.gerobokanim.com
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Sumber www.ginjacqie.com
Buah Satu | Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.

Buah Dua | Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.

Buah Tiga | Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.

Buah Empat | Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.

Buah Lima | Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.

Buah Enam | Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.

Buah Tujuh | Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.

MENIMBANG | Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang.

Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.

Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.

MATI PERMAINAN | Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.



*amacam, menggamit memori tak? tipulah kalau korang yang lahir dalam tahu 90an ke bawah tu tak pernah main Batu Seremban ni kan. Tapi MY sangat respek bila mana ada yang berusaha untuk mengekalkan permainan tradisi ni dengan memodernkan barang-barang keperluannya kepada bentuk yang lebih mesra kanak-kanak dan lebih selamat.*rujuk gambar bawah ni.

Sumber www.ginjacqie.com
Macamana !! cantik bukan? 

Post a Comment

7 Comments

  1. Masa kecik dulu saya ahli kelab permainan tradisional. Saya juara congkak, batu seremban xdapat sebab jari keras.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapu minyak sikit lembut la tu

      Delete
  2. Rindu mSa kecik dulu hahahah. Budak skrg apa taukan...

    ReplyDelete
  3. Childhoodd 😇😇😇😇

    ReplyDelete
  4. Childhoodd 😇😇😇😇

    ReplyDelete
  5. Gigih betul penerangan cara bermain.. hehe...

    ReplyDelete
  6. Perincian kaedah bermain dan cara permarkahan yg sgt bagus. jadi sy boleh melatih anak2 untuk bermain permainan batu seremban bagi memperbaiki hand-eyes coordination...

    ReplyDelete