Kuih Jala Mas merupakan salah satu kegemaran manisan tradisional bagi masyarakat pantai timur Malaysia, terutamanya di negeri-negeri seperti Kelantan dan Terengganu. Pada zaman dahulu, Kuih Jala Mas bukanlah sesuatu yang biasa-biasa. Ia memiliki sejarah yang kaya, dihormati sebagai hidangan istimewa yang pada mulanya dikhaskan bagi raja dan kaum bangsawan.
Kini, disebabkan kos penghasilannya yang mahal dan proses penyediaannya yang rumit menjadikannya sesuatu yang eksklusif dan istimewa. Oleh itu, kuih ini sering kali disajikan hanya pada peristiwa-peristiwa tertentu, terutamanya sebagai hantaran semasa acara perkahwinan atau pertunangan. Pemilihan kuih ini untuk acara istimewa menunjukkan keagungan dan keunikan tradisi masyarakat pantai timur.
Bahan-bahan:10 biji kuning telur (disarankan menggunakan telur itik)
2 cawan gula
2 cawan air
1 helai daun pandan
Langkah-langkah:
- Jerangkan air bersama gula dan daun pandan dalam periuk. Masak hingga mendidih dan buih kecil muncul di permukaan. Buang daun pandan.
- Pada masa yang sama, pecahkan telur dan pisahkan kuning dari putih. Saring kuning telur untuk memastikan kualiti yang baik.
- Setelah air gula berbuih, masukkan kuning telur ke dalam corong atau nozzle. Liraikan kuning telur di atas air gula yang sedang mendidih. Biarkan seketika.
- Angkat telur yang sudah timbul menggunakan garfu atau lidi, kemudian toskan.
- Apabila sejuk, leraikan.
- Ulangi proses ini sehingga semua kuning telur habis, membentuk corak jala yang cantik.
@projektravel Kuih Jala Mas popular di sebelah pantai timur, terutama di Kelantan dan Terengganu. Pada masa dahulu, ia biasanya dikhaskan bagi hidangan istana untuk raja dan kaum bangsawan. Kuih ini merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula. #JalaMas #TraditionalFood #StoryTeller #Kelantan #Terengganu ♬ original sound - ProjekTravel
Kuih Jala Mas sebagai Warisan Budaya
Kuih Jala Mas bukan sahaja msekadar makanan biasa, tetapi juga mewakili keindahan dan kekayaan budaya masyarakat pantai timur Malaysia. Melalui kesempurnaannya, kuih ini terus menjadi satu lambang tradisi dan identiti yang dihargai oleh generasi-generasi.
Dengan warna keemasan dan keunikan texture bentuknya, Kuih Jala Mas terus menjadi kebanggaan dan kegemaran dalam menjaga warisan budaya Malaysia. Sajikan kuih ini dalam setiap acara istimewa untuk merasai kenikmatan klasik yang mengingatkan pada kebesaran dan keindahan zaman dahulu.
Artikel Berkaitan : Senarai Tempat Menarik Di Sekitar Negeri Kelantan
0 Comments