Korang tahu tak, pada 28 Mei 2023 merupakan Hari Pemakanan Sedunia. Hari Pemakanan Sedunia ini diwujudkan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran global tentang kepentingan diet yang sihat dan pemakanan seimbang. Ia merupakan satu inisiatif yang diadakan setiap tahun untuk menggalakkan orang ramai di seluruh dunia membuat pilihan makanan yang lebih baik dan memahami kesan pemakanan terhadap kesihatan individu dan masyarakat.
Oleh kerana itu, kita sebagai rakyat Malaysia juga harus menyambutnya dengan baik demi kebaikan bersama. Apa yang perlu kita buat adalah dengan terus menjaga, meningkatkan kesihatan dan tahap immunity badan kita dan keluarga kita.
Untuk pengetahuan korang semua tema Hari Pemakanan Sedunia pada tahun ini adalah "Fuel For The Future". Jadi, apa yang kita kena buat? Kita kena belajar buat pilihan makanan yang bijak dan rajin makan makanan yang sihat, serta lebih aktif bersenam. Boleh ke agak-agak kita buat semua tu dengan gaya yang santai? Pasti boleh!
Saya ada satu fakta menarik untuk dikongsi dengan korang berkenaan dengan salah satu bahan makanan yang pasti bagus untuk dijadikan pelbagai menu sihat iaitu Kentang. Bukan kentang biasa, tapi kita nak kongsi kentang dari jenama US Potatoes.
Kelebihan Yang Ada Pada US Potatoes
US Potatoes ni memang sangat best untuk pemakanan sihat. Selain dari mempunyai banyak nutrien dan khasiat lain, US Potatoes ni juga merupakan bahan serba boleh dalam hidangan kita - dari hidangan pembuka, sup, hidangan utama hingga pencuci mulut. Menarik bukan?
Dalam US Potatoes ni punya banyak kebaikan, guys! Nak tahu tak? Sebiji US Potatoes berukuran sederhana boleh bagi kita sekitar 110 kalori yang mudah untuk dicerna. Lagi best, dia tak ada kolesterol, tak ada sodium, dan tak ada lemak. Jadi, boleh makan tanpa was-was!
Selain itu, US Potatoes ni ada banyak karbohidrat juga. Dalam sebiji kentang tu ada kira-kira 26 gram karbohidrat. Kenapa karbohidrat penting? Sebab dia bagi tenaga untuk otot dan otak kita. Jadi, makan US Potatoes ni akan pastikan kita bertenaga sepanjang hari!
Tapi itu tak habis lagi, tau. US Potatoes ni juga kaya dengan Vitamin C. Dalam satu biji kentang boleh bagi kita kira-kira 30% daripada keperluan harian Vitamin C. Macam-macam lagi manfaat Vitamin C ni, salah satunya dia boleh bantu kita memperkuatkan sistem imunisasi badan. So, kita tak akan mudah jatuh sakit dan boleh terus jadi bertenaga!
Jangan lupa pulak tentang Vitamin B6 dalam US Potatoes ni. Satu biji kentang sederhana boleh bagi kita 10% daripada keperluan harian Vitamin B6. Vitamin B6 ni penting untuk fungsi sel yang betul dan metabolisme. Jadi, badan kita akan berfungsi dengan lancar dan kita pun boleh buat kerja dengan baik!
Selain tu, US Potatoes ni pun ada protein tau. Dalam satu hidangan kentang, ada kira-kira 3 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein ni penting untuk pertumbuhan badan dan pembinaan otot. Jadi, kalau nak jadi kuat macam superhero, makan US Potatoes lah jawapannya hehe!
Oh, ada satu lagi, guys! US Potatoes ni cukup hebat dengan kalium. Dalam sebiji kentang berukuran sederhana yang masih ada kulit, ada 620 miligram kalium. Lebih lagi daripada sebiji pisang berukuran sederhana! Kalium ni banyak manfaatnya, tau. Dia bantu mengawal cecair dan mineral dalam sel, jaga tekanan darah normal, hantar isyarat saraf, dan bantu otot berkontraksi. Power giler!
Resipi Sihat dan Mudah dari US Potatoes
Jadi, untuk membuktikan US Potatoes ni makanan serba boleh dalam hidangan kita. Saya nak kongsikan empat (4) resepi sihat yang menarik dari Chef Jason Manson untuk korang cuba sendiri di rumah iaitu
1. Ultra Crispy Baked US Chili lime Potato Wedges topped with Spicy Garlic Ponzu Aioli and fresh lime
2. Layered U.S. Potato Parmesan Stacks glazed with Asian style BBQ Sauce
Untuk resipi boleh rujuk disini : https://uspotatogoodness.com.my/recipes/layered-u-s-potato-parmesan-stacks-glazed-with-asian-style-bbq-sauce/
3. Oven baked US Hash brown Potato Bruschetta topped with sour cream, avocado, and salmon cucumber salsa
Untuk resipi boleh rujuk disini : https://uspotatogoodness.com.my/recipes/oven-baked-us-hash-brown-potato-bruschetta-topped-with-sour-cream-avocado-and-salmon-cucumber-salsa/
4. U.S. “Accordion” Crispy Potato Glazed with Dark Miso Glazed and Served with Curry Aioli
Untuk resipi boleh rujuk disini : https://uspotatogoodness.com.my/recipes/u-s-accordion-crispy-potato-glazed-with-dark-miso-glazed-and-served-with-curry-aioli/
Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Jangan lupa untuk cuba sendiri resipi yang dah saya kongsi tu. Hari Pemakanan Sedunia ni, mari kita pakat makan US Potatoes dengan penuh bergaya! Dengan pelbagai manfaat nutrisinya yang power, US Potatoes ni memang pilihan yang tepat untuk menjaga kesihatan dan meningkatkan tahap kekebalan badan.
Jadi, jom kita hidupkan gaya sihat keluarga kita dengan makan US Potatoes dalam pelbagai hidangan yang lazat. Selamat mencuba!
0 Comments