Pengalaman Buka Puasa Di ibis Style Hotel Kota Bharu Tahun 2023

Pengalaman Buka Puasa Di ibis Style Hotel Kota Bharu Tahun 2023

Pengalaman Buka Puasa Di ibis Style Hotel Kota Bharu Tahun 2023 | Hotel Ibis Styles di Kota Bharu merupakan salah satu hotel di Kelantan yang ada menyediakan pakej bufet berbuka puasa pada Ramadan tahun 2023 ni. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan dengan korang ulasan tentang pengalaman saya dan beberapa rakan media lain semasa di majlis preview bufet ramadan di hotel ini.

Saya akan menilai kualiti dan variasi makanan yang disajikan, suasana dan dekorasi tempat, layanan yang diberikan oleh staf, serta nilai keseluruhan dari bufet Ramadan di hotel ni. Dengan demikian, korang akan mendapatkan gambaran yang jelas tentang pengalaman makan di Ibis Styles Kota Bharu selama yang ditawarkan pada bulan Ramadan ni.

Bufet ramadan ibis style hotel KB
ibis Style Hotel Kota Bharu Kelantan
Tujuan saya adalah untuk memberikan ulasan yang jujur dan informatif tentang makan malam bufet Ramadan di Ibis Styles Kota Bharu, sehingga pembaca dapat membuat keputusan yang tepat saat memilih tempat untuk berbuka puasa selama bulan suci ini.

Pakej Buka Puasa Di ibis Style Hotel Kota Bharu

Pada ramadan 2023 ini, ibis Styles Hotel yang terletak di bandar Kota Bharu menawarkan hidangan buffet ramadhan dengan tema 'Selera Kampung'. Hidangan ini available di Streats Cafe di aras P hotel. Istimewanya tahun ini, mereka menawarkan gabungan lebih dari 100 hidangan sajian ala-kampung dari seluruh negeri di Malaysia yang terdiri daripada menu pembuka selera (appetizer) , hidangan utama, sup, minuman dan pencuci mulut (dessert).

Menu-menu yang disajikan adalah hasil dari air tangan pasukan chef berpengalaman hotel yang diketuai oleh Chef Hisyam. Menu-menu akan bertukar setiap hari (putaran 7 hari) dari 24 Mac - 21 April 2023.

Bufet ramadan ibis style hotel KB
Kambing Golek yang dihidangkan setiap hari
Antara menu istimewa yang akan disajikan pada bulan Ramadan ini adalah Kambing Golek (setiap hari), Gulai Kawah Kelantan (wajib cuba), Ayam Percik Kelantan, Itik Kerutuk, Daging Kurma, Siakap Masam Manis, Gulai Tempoyak Ikan Patin, Sup Gearbox Kambing dan Sambal Tempe Ikan Bilis.

Bufet ramadan ibis style hotel KB
Sup Gearbox Kambing
Bufet ramadan ibis style hotel KB
Hidangan gulai kawah Kelantan yang menjadi pujian ramai tetamu
Tidak ketinggalan, beberapa pilihan nasi seperti Nasi Minyak, Nasi Mendi, Nasi Beriyani, Nasi Tomato dan Nasi Arab juga disediakan untuk para tetamu yang hadir.

Selain itu, pelbagai menu pembukaan seperti salad hijau segar hingga ke kerabu tradisi, seperti Kerabu Mangga, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Nangka, Kerabu Perut, Kerabu Kaki Ayam dan pelbagai ulam-ulaman adalah hidangan pembukaan yang mesti dicuba.

Sebagai penutup hidangan, korang juga boleh merasai pelbagai hidangan pencuci mulut tempatan asli Kelantan seperti Akok, Jala Mas, Tahi Itik, Buah Tanjung, Bubur Pulut Hitam, Bubur Jagung, Bubur Kacang Hijau, Pengat & Sira Pisang, Buah-buahan dan Ais Krim, serta pelbagai lagi hidangan pencuci mulut lain.

@projektravel Pilihan terbaik Buffet Ramadan Kelantan 2023 iaitu di ibis Style Hotel, Kota Bharu yang mempunyai lebih dari 100 jenis hidangan istimewa dengan h4rg0 yang istimewa. Min sendiri memang approved buka puasa kat sini sebab suasana cafe dia yang cantik dan modern serta makanan dia yang sedap-sedap. #BuffetRamadan2023 #MakanLokal #FoodReview #Ramadan2023 #BuffetRamadanIbisKotaBhru #PuasaDiKelantan #KotaBharu #Kelantan ♬ original sound - ProjekTravel

Untuk memberi keselesaan pada tetamu yang hadir untuk berbuka di sini, pihak hotel juga ada menyediakan kemudahan ruang solat yang selesa untuk tetamu Muslim untuk menunaikan solat magrib dan isyak. Selain dari itu, mereka juga mempunyai tempat letak kenderaan percuma yang mencukupi.

Hidangan buka puasa 'Selera Kampung' ini hanya RM79 nett untuk orang dewasa dan RM39 nett untuk kanak-kanak 7-12 tahun & warga emas berumur 60 tahun ke atas. Dengan hidangan yang mereka tawarkan, bagi kami ianya cukup-cukup berbaloi dan murah. Selain itu, pihak hotel juga akan menyumbangkan RM1 dari setiap pembelian kepada rumah kebajikan terpilih. Untuk tempahan, hubungi kami melalui maklumat yang tertera di bawah.

Streats Café, ibis Styles Kota Bharu
Lot 184 Jalan Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: +609 740 8083 | WhatsApp: +6011 2822 1511

Bufet ramadan ibis style hotel KB
rakan media Kelantan yang turut hadir di majlis preview

Selepas selesai mencuba makanan di bufet Ramadan di Hotel Ibis Styles di Kota Bharu, saya boleh membuat kesimpulan bahawa hotel ini menawarkan pengalaman yang sangat baik dan positif dengan makanan yang sedap-sedap untuk tetamu yang ingin berbuka puasa bersama mereka.

Kualiti makanan yang disajikan di sini sangat boleh dipuji, dengan variasi hidangan yang memadai dan rasa yang sangat memuaskan. Selain itu, suasana dan dekorasi tempat yang bersih, sederhana namun berkelas pasti membuat tetamu merasa selesa dan santai selama menikmati hidangan berbuka. Restorannya juga merupakan lokasi yang sangat istagrammable dan sangat sesuai untuk dijadikan lokasi bergambar.

Staf hotel juga sangat ramah dan membantu, memberikan layanan yang memuaskan bagi tamu yang ada.

Secara keseluruhan, saya sangat merekomendasikan Hotel Ibis Styles di Kota Bharu sebagai salah satu tempat yang layak dikunjungi bagi mereka yang ingin berbuka puasa dengan makanan yang lazat dan suasana yang nyaman. Harga yang terjangkau juga menjadi nilai tambah bagi pengalaman yang diperoleh.

Post a Comment

0 Comments