WAJIB CUBA!! HIDANGAN MENARIK EGG-STRA ONG DI MARRYBROWN SEMPENA TAHUN BARU CINA 2023


MARRYBROWN KEMBALI LAGI DENGAN MENU EGG-STRA ONG YANG ‘LAGI POWER’ UNTUK SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA

Tahun baru cina 2023 bakal tiba tak lama lagi. Sempena Tahun Arnab ini, Marrybrown kembali lagi dengan hidangan Egg-stra Ong untuk dinikmati oleh seluruh keluarga. Lebih menarik, hidangan yang ditawarkan pada kali ini ‘lagi power’ dengan limpahan sos telur masin yang padu dan lazat beserta dengan menu tambahan untuk masa yang terhad. Jadi, korang kena dapatkan segera mulai sekarang sementara stok masih ada!

Masih mempertahankan ‘Ada kelainannya’ untuk penggemar Memang Best mereka, menu baharu kali ini dipelbagai dengan hidangan Egg-stra Ong Fish Pau, kentang goreng telur masin, pai pisang dan Fruity Fizz. Kesemua sajian ini sememangnya disempurnakan dengan kombinasi rasa masin, manis dan pedas sehingga memberi keenakan yang pasti memenuhi citarasa korang!

Harga Hidangan

Egg-stra Ong Fish Pau
Egg-stra Ong Fish Pau, merupakan menu gandingan sempurna bersama roti kukus dan sos Egg-stra Ong. Korang pasti dapat merasai kenikmatan dan kelazatan sebenar filet ikan yang lembut kerana ia digoreng sehingga perang keemasan. Ia boleh didapati dalam menu à la carte (2 keping) dengan harga dari RM7.80 dan set kombo dengan harga dari RM14.80.

Egg-stra Ong Box Meal 
Namun bagi korang sebagai penggmar ayam rangup (crispy chicken) atau menu burger, mereka boleh memilih Kombo 2-pc Egg-stra Ong Chicken dengan harga dari RM20.80, atau Kombo Egg-stra Ong Burger bermula harga dari RM16.80. Jika ada yang mahu menikmati kedua-dua pilihan ini, Egg-stra Ong Box Meal adalah pilihan yang paling tepat dan ianya dijual dengan harga dari RM25.80.

Untuk lebih menyempurnakan sajian anda, tukar kentang goreng biasa kepada kentang goreng yang ditaburi dengan serbuk telur masin! Anda boleh merasaikan pengalaman sebenar yang ‘lagi power’ dengan harga tambahan RM1.00 sahaja atau menikmatinya dengan semua hidangan Kombo Egg-stra Ong.

Fruity Fizz 
Semua hidangan kombo dilengkapi dengan segelas Fruity Fizz yang menyegarkan dengan gabungan perisa oren, nanas, mangga, dan buah naga. Manakala Egg-stra Ong Box Meal pula tersedia dengan kentang putar, kentang goreng, dan minuman. 

Pai pisang
Jangan lupa untuk mencuba pencuci mulut Marrybrown yang baharu - pai pisang kombinasi enak kerak pai serta inti pisang yang manis lagi lembut dan ia boleh didapati secara tambahan dengan setiap pembelian hidangan pada harga dari RM3.50.

Jadi apa korang tunggu lagi, jemput ke outlet Marrybrown terdekat dengan korang sekarang kerana menu ini ditawarkan dalam tempoh masa yang terhad.

Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, MB App, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Instagram: Marrybrownmy
YouTube: Marrybrown TV

Post a Comment

2 Comments