Sarawak merupakan negeri terakhir di Malaysia yang telah aku kunjungi pada 2015 yang lalu. Alhamdulillah, selepas beberapa tahun, pada 9 hingga 13 November 2022 yang lalu aku berpeluang sekali lagi mengunjungi bumi kenyalang ni yang mana merupakan negeri terbesar di Malaysia dan hampir sama dengan saiz Semenanjung Malaysia.
Jika nak diceritakan mengenai negeri Sarawak ni, sudah semestinya terlalu banyak hal yang boleh dikupas. Kepelbagaian budayanya, makanan-makanannya, tempat-tempat menariknya memang tak habis nak dibincangkan. Apapon jom kita tengok kemana kami pergi sepanjang 5 hari 4 malam di Kuching Sarawak.
BAU, SARAWAK
Pada hari pertama, kami telah meneroka beberapa lokasi menarik di sekitar Bau. Untuk pengetahuan semua, Bau terletak hanya 35 kilometer sahaja dari bandaraya Kuching dan lokasinya sangat sesuai untuk di explore oleh korang yang sukakan kedamaian alam semulajadi.
Memandangkan kami hanya sehari di Bau, cuma 3 lokasi sahaja yang sempat kami explore, iaitu Gua Pari-Pari, Tasik Biru dan Paku Rock Maze Garden. Ketiga-tiga lokasi ni aku dah kongsi dalam artikel sebelum ni. Jadi, kalau korang nak tahu lanjut mengenai lokasi yang kami lawati di Bau, korang boleh baca pada pautan di atas.
Untuk hari berikutnya di Sarawak, kami banyak menghabiskan masa di sekitar bandar Kuching dan Santubong.
SANTUBONG, SARAWAK
Sekiranya negeri Johor popular dengan kisah lagenda Puteri Gunung Ledang, maka di Sarawak terdapat juga sebuah cerita rakyat popular yang turut dikaitkan dengan sebuah gunung iaitu kisah Puteri Santubong yang dikaitkan dengan kewujudan Gunung Santubong.
Kali ni kita tak nak bercerita mengenai kisah Puteri Santubong tu. Tapi, hanya nak berkongsi beberapa lokasi menarik yang korang boleh lawati jika ke Santubong dimana ianya dikatakan sangat terkenal dengan tarikan pelancongan semula jadi dan budaya.
Sepertimana yang kita ketahui, Sarawak merupakan rumah kepada pelbagai suku kaum etnik yang terdiri daripada kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melanau dan beberapa suku kaum kecil lain. Jadi terlalu mustahil jika kita nak explore seluruh Sarawak untuk belajar mengenai kepelbagaian kaum etnik ini jika dalam tempoh masa yang singkat. Jadi, cara terbaik adalah dengan mengunjungi Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village) yang menjadi tarikan utama di Santubong.
@projektravel Kampung Budaya Sarawak, or Sarawak Cultural Village, nearby Mount Santubong, in Kuching of the state of Sarawak, Malaysia. #SarawakCulturalVillage #Kuching #Sarawak #CutiCutiMalaysia #MalaysiaTrulyAsia #ProjekTravel #PTxSarawak #TikTokTravel #Travel ♬ original sound - projektravel - ProjekTravel
Digelar sebagai “muzium hidup”, tanah seluas 17 ekar ini mempunyai rumah dan rumah panjang yang dibina dalam gaya tradisi suku yang diwakilinya di kaki Gunung Santubong. Setiap struktur binaan disini mempunyai ceritanya tersendiri yang menceritakan tentang budaya dan gaya hidup setiap suku. Untuk pengetahuan korang, kampung ini juga merupakan tapak 'Rainforest World Music Festival' yang terkenal dan dinanti-nantikan setiap tahun.
Salah satu perkara yang mesti dilakukan di Desa Budaya ni ialah berjalan melintasi jambatan buluh (bamboo bridge) untuk sampai ke Rumah Panjang Bidayuh. Jambatan buluh agak sempit tetapi dengan sempadan yang kuat dan panjang di kedua-dua belah kiri dan kanan mampu menampung kita untuk melintasinya. Dikatakan versi original lagi tinggi dari yang ada di sini.
Di rumah panjang, terdapat permainan muzik tradisional dan penduduk tempatan menari untuk menyambut anda pameran yang berkaitan dengan budaya mereka juga dipaparkan.
Di samping itu, terdapat penduduk tempatan yang melakukan aktiviti mereka sendiri termasuk membuat kraf tangan, membuat sumpit, memasak dan banyak lagi. Korang mesti datang ke Kampung Budaya Sarawak kerana, ini adalah salah satu muzium hidup terbaik di Sarawak.
Dibuka dari jam 9pagi hingga 5petang setiap hari, jangan ketinggalan pertunjukan budaya yang berlangsung dari 11.30 pagi dan 4 petang, dua kali sehari. Tiket masuk standard berharga RM95 (Dewasa) dan RM60 (Kanak-kanak).
Permai Rainforest Resort
Hanya 5 minit berjalan kaki dari Kampung Budaya Sarawak, kami singgah seketika di Permai Rainforest Resort untuk melakukan aktiviti "Nature walk" dan menikmati keindahan alam semulajadi di sini.
Berlokasi di sempadan Laut Cina Selatan, di dalam hutan di Gunung Santubong, Permai Rainforest Resort dikatakan telah lama beroperasi sejak tahun 1990 lagi. Resort ini merupakan sebuah pusat percutian dengan konsep penginapan Treehouse dan Log Cabin.
@projektravel Jika ingin menikmati keindahan alam dengan panorama hutan #GunungSantubong dan laut China Selatan, maka #PermaiRainforestResort harus dikunjungi. Terletak kira-kira 35km dari Kuching, di sini pengunjung boleh memilih untuk menginap di #Treehouse, Log Cabin ataupun berkhemah. #Sarawak #CutiCutiMalaysia #MalaysiaTrulyAsia #ProjekTravel #PTxSarawak ♬ original sound - projektravel - ProjekTravel
Apa yang menarik perhatian saya adalah keunikan bilik jenis treehouse yang mereka tawarkan. Bilik jenis treehouse yang ada di sini merupakan bilik yang dibina 20 kaki dari aras tanah. Jadi, lokasi biliknya tinggi dan setanding level pokok yang menghijau. Bilik ini dapat memuatkan sehingga 2 orang dewasa, lengkap dengan bilik mandi persendirian, penghawa dingin, kemudahan asas seperti set membuat kopi/teh, tuala dan peralatan toiletries.
Untuk pilihan yang lain selain jenis Treehouse, korang boleh pilih jenis penginapan lain seperti Log cabin atau lebih adventurous Permai Rainforest Resort turut menyediakan sebuah tapak kemah dekat hujung resort ini.
The Culvert Hotel Resort
Selesai nature walk di Permai Rainforest Resort kami terus ke The Culvert Hotel Resort untuk menginap di sana.
Untuk pengetahuan korang, The Culvert ni merupakan sebuah resort bergaya unikyang terletak di lereng bukit Resort dengan akses mudah ke pantai. Apa yang boleh saya katakan, ia merupakan sebuah resort yang menggabungkan keindahan dan ketenangan persekitarannya melalui reka bentuk unik biliknya yang diperbuat daripada pembetung konkrit bulat yang telah diperbaharui.
@projektravel The Culvert Hotel Resort 📍Santubong, Damai, Kuching, Sarawak The Culvert merupakan sebuah resort gaya yang unik, dengan akses mudah ke pantai dan ke Gunung Santubong. #TheCulvertKuching menggabungkan keindahan dan ketenangan persekitarannya yang indah melalui reka bentuk unik biliknya yang diperbuat daripada pembetung konkrit yang telah diperbaharui. *Dekat dengan Sarawak Cultural Village *Terdapat fasiliti lain yang lengkap seperti gym, surau, library, pool , sauna dll *Boleh menikmati suasana matahari terbenam yang sangat cantik. #Sarawak #CutiCutiMalaysia #MalaysiaTrulyAsia #ProjekTravel #PTxSarawak #Kuching #Travel #TiktokTravel #FYP #SarawakCulturalVillage #HotelReview ♬ suara asli - andre - ANDRE
Lokasinya tidak jauh dari Sarawak Cultural Village dan mempunyai fasiliti lain yang lengkap seperti gym, surau, library, pool , sauna dan lain-lain.
Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Program Lawatan Ekspresi Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia - Sarawak 2022 yang telah berlangsung 9 hingga 13 November 2022. Acara itu telah dianjurkan oleh Tourism Malaysia melalui Bahagian Komunikasi Korporat.
0 Comments