3 Lokasi Menarik Di Bau, Kuching Sarawak Patut Korang Kunjungi

Bau Sarawak

Lokasi Menarik Di Sekitar Bau, Kuching Sarawak 2023 | Tempohari saya dan kawan-kawan media dari semenanjung telah berpeluang meneroka beberapa lokasi tarikan di sekitar Bau yang terletak 35 kilometer daripada bandaraya Kuching.

Untuk pengetahuan korang, Bau juga merupakan salah sebuah lokasi terdekat dengan Kuching yang wajib dikunjungi bagi korang yang sukakan kedamaian alam semulajadi. Terdapat banyak sebenarnya lokasi menarik yang boleh kita kunjungi di sekitar Bau.

Memandangkan tempoh kami di sana hanya sehari, berikut merupakan 3 lokasi yang sempat saya dan rakan media kunjungi; Gua Pari-Pari, Tasik Biru, dan Paku Rock Maze Garden.


Nama asal Bau ialah Ulu Sarawak, manakala pekan Bau dikenali sebagai Mau San atau Bukit Mau. Dalam bahasa Cina Hakka, pekan Bau dikenali sebagai Shak Lung Mung bermaksud Pintu Pagar Naga Bukit.

Gua Pari-pari (Fairy Cave), Bau 

Fairy Cave, Bau

Lokasi pertama kami kunjungi di Bau adalah Gua Pari-pari (Fairy Cave). Bagi pencinta alam semulajadi, destinasi ini sangat disyorkan untuk korang kunjungi dan lokasinya hanya lebih kurang 30-45 minit memandu dari Bandar Kuching. Gua Pari-Pari merupakan salah satu destinasi yang sangat mudah untuk pengunjung melihat keindahan gua batu kapur tanpa perlu meredah hutan jauh-jauh untuk sampai ke lokasi gua.

Gua Pari-Pari dikatakan mendapat namanya dari kewujudan struktur tiang yang menyerupai seakan bentuk "Dewi Guanyin" yang terbentuk dari stalagmit yang berada di dalam gua tersebut.


Untuk meneroka gua ini ianya tidaklah terlalu rumit kerana telah tersedia tangga-tangga untuk memudahkan penerokaan pengunjung dari bawah sampailah ke kawasan utama gua. Di dalam gua juga terdapat tangga-tangga lain sekiranya anda ingin menerokai ke bahagian yang lebih dalam namun, harus berhati-hati kerana tangga ini sangat curam, dan juga gelap.

Perlu diingatkan bahawa, sesetengah lokasi anak tangga juga berkemungkinan akan basah dan licin jika berada di lokasi titisan air dari atas bumbung gua. Amat digalakkan untuk bawa lampu suluh dan memakai kasut yang sesuai.


Bayaran kemasukan ke Fairy Cave hanyalah RM1 untuk warganegara dan ia dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Kata mereka, ia akan ditutup jika hari hujan. Disana juga ada kemudahan untuk menyewa kasut.

Tasik Biru (Blue Lake), Bau

Tasik Biru

Selepas selesai meneroka Gua Pari-pari, kami meneruskan perjalanan kami ke ke Tasik Biru (Blue Lake). Siapa belajar sejarah / geografi sudah tentu tahu bahawa Bau cukup terkenal dengan sejarah perlombongaan pada pertengahan abad ke-19 dan awal abad ke-20. Dan Tasik Biru di sini merupakan salah satu daripada bekas tapak lombong emas yang kemudiannya telah dinaiktaraf menjadi satu daripada destinasi pelancongan menarik.


Tasik buatan manusia ini dikatakan telah mendapat namanya daripada dialek Cina Hakka, "Tai Parit" yang bermaksud "longkang besar". Lama kelamaan namanya berubah menjadi Tasik Biru kerana airnya yang biru luar dari kebiasaan kerana kepekatan bahan arsenik beracun yang tinggi di dalam tasik.


Banyak aktiviti menarik yang boleh korang buat kat sini, antaranya seperti paddling boat, kayak dan lain-lain sekiranya korang ingin menikmati keindahan tasik ini dengan cara riadah yang lebih santai.

Bayaran masuk :

1) Boat Ride
  • Termasuk lawatan ke tasik menggunakan bot laju dan perjalanan sehala ke Roxy Rock Café
  • Dari kafe, anda perlu berjalan semula ke pintu masuk melalui Jambatan Terapung
  • Tiket adalah RM 10 (setiap dewasa) dan RM 5 (setiap kanak-kanak)
2) Pedal Boat
  • Termasuk menaiki 'pedal boat' selama 30 minit di tasik
  • Anda boleh menggunakan Jambatan Terapung untuk menyeberangi tasik
  • Tiket RM 10 (seorang)
3) Jambatan Terapung
  • Termasuk minuman percuma di Roxy Rock Café
  • Anda boleh menggunakan Jambatan Terapung untuk menyeberangi tasik
  • Tiket adalah RM10 (setiap dewasa + percuma 2 minuman dalam tin) dan RM5 (setiap kanak-kanak + percuma 1 minuman dalam tin)
*Dewasa (13 tahun ke atas), Kanak-kanak (2 – 12 tahun)

Waktu operasi kaunter tiket:

Hari minggu (Isnin – Jumaat) : 10 am – 6 pm
Hujung Minggu (Sabtu, Ahad, Cuti Umum) : 9 am – 6 pm

Nak lagi best, korang boleh luangkan masa sepanjang hari disini dengan menginap di Chalet Terapung Roxy Tasik Biru yang terletak di seberang tasik. Bilik tidur menghadap ke Tasik Biru dengan pemandangan yang cantik dan memukau. Untuk tempahan dan pertanyaan, anda boleh melayari laman web Roxy Hotel.


Lokasi tasik ini mudah untuk di akses dengan kereta kerana ianya betul-betul berada di tepi jalan raya. Kemudahan parkir kereta juga tersedia buat pengunjung yang datang. 

Paku Rock Maze Garden

Paku Rock Maze Garden

Lokasi terakhir yang sempat kami kunjungi ketika berada di Bau adalah Paku Rock Maze Garden. Ia adalah tarikan pelancong yang agak baru di Bau. Ia terletak betul-betul di belakang Kuil Shi Wang Gong, kira-kira 10 minit pemanduan dari bandar Bau dan berlokasi betul-betul di tepi jalan utama.

Paku Rock Maze Garden

Paku Rock Maze Garden merupakan sebuah hutan batu primitif yang sedang dibangunkan dan ia sudah tentu telah menjadi warisan geologi yang sangat berharga yang terbentuk beberapa juta tahun yang lalu. Dari pintu masuk utama lagi, kita bakal melihat banyak batu-batuan yang terbentuk secara semula jadi dengan bentuk yang unik berdiri teguh kiri dan kanan korang. Jangan terkejut jika korang lihat batu besar berbentuk kepala dinasour. Nak tahu more pasal tempat ni, korang kenalah datang sendiri.

Bayaran masuk ke Paku Rock Maze Garden adalah percuma buat ketika ini (sumbangan untuk menjaga kuil adalah dialu-alukan). 


Jadi! jika korang datang ke Bau, jangan lepaskan peluang korang untuk datang ke tiga (3) tarikan pelancong yang saya cadangkan dalam artikel ni.

Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Program Lawatan Ekspresi Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia - Sarawak 2022 yang telah berlangsung 9 hingga 13 November 2022. Acara itu telah dianjurkan oleh Tourism Malaysia melalui Bahagian Komunikasi Korporat.

Post a Comment

0 Comments