Khao Jam Nasi Kerabu Warna Hijau Popular Di Kelantan

Khao Jam

Biasa kita kenal dengan Nasi Kerabu yang berwarna biru. Tapi, tahukah anda bahawa ada satu lagi jenis nasi seakan nasi kerabu yang mana ianya berwarna hijau yang dipanggil sebagai Khao Jam di Kelantan?

Khao Jam (Khao Yam) adalah sejenis hidangan nasi ulam yang berevolusi dari nasi kerabu (yang terkenal di Kelantan) dan dipengaruhi oleh masakan Thailand. “Khao” dalam bahasa Thai bermaksudkan nasi manakala “Jam” pula bermakna campur. Oleh itu, masakan Khao Jam dapat di terjemahkan dengan hidangan berasaskan nasi di mana segala ramuan dicampurkan untuk menghasilkan suatu hidangan yang lengkap.

Khao Jam hampir mirip dengan nasi kerabu kecuali fizikalnya yang berwarna hijau manakala nasi kerabu biasa yang kita pernah makan itu pula berwarna biru.

Seperti nasi kerabu yang berwarna biru hasil kerana bunga telang yang direndam bersama nasi semasa penyediaannya, begitu jugalah nasi Khao Jam yang berwarna hijau hasil rendaman bersama beberapa jenis daun herba. Tetapi sebelum itu, herba-herba tersebut ditumbuk atau dikisar dan diekstrak bagi mendapatkan pati jus. Jus tersebut diambil dan digunakan untuk menanak nasi.

Herba yang digunakan dalam penyediaan nasi hijau ini dikatakan banyak jenis. Sesetengah dari resipi menyatakan antara 20 hingga 50 jenis herba digunakan. Antara herba yang biasa digunakan untuk rebusan nasi ialah seperti daun basil, daun limau purut, daun halia, daun pandan dan banyak lagi. Bahan-bahan lain termasuk yang dihidang bersama dalam pinggan adalah seperti, kacang panjang, bunga kantan, timun batang, taugeh, limau, kelapa parut, dan lain-lain.

Kalau korang baru pertama kali ingin mencuba Khao Jam ni, saya cadangkan untuk korang berkunjung ke Popo Kitchen yang terletak di roundabout Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu.

Post a Comment

2 Comments

  1. Menarik, biasa nasi kerabu color ungu, ni hijau yaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis. ni katanya nasi kerabu asli resipi dari Thai

      Delete