Budaya merupakan satu elemen penting dalam mengasas sebuah bangsa yang bertamadun. Dalam konteks istilah, budaya dapat ditafsir sebagai cara hidup dan warisan tradisi sesebuah masyarakat yang telah menjadi norma dalam kehidupan seharian.
Antara negeri-negeri yang ada di Malaysia khususnya; Kelantan merupakan sebuah negeri yang unik dan mahsyur sebagai sebuah negeri yang tinggi adat dan budayanya.
Apa yang saya ingin kongsikan pada korang untuk artikel kali ni adalah berkaitan dengan keunikan yang ada pada busana masyarakat Melayu Kelantan iaitu “Semutar”. Jom sama-sama kita rungkai sedikit info tentang maksud dan makna semutar atau kain lepas dalam budaya Melayu Nusantara kita.
Kain Lepas “Semutar”
Semutar merupakan sesuatu yang cukup tinggi nilai falsafahnya. Apa yang boleh saya katakan, ianya bukanlah sekadar pakaian semata-mata. Ianya merupakan kain lepas yang di lilit di bahagian kepala yang merupakan struktur badan yang paling utama iaitu otak dan mata (pemakaiannya secara batin sebagai tanda syukur dengan nikmat yang dianugerahkan). Secara zahirnya ia dapat menahan dari bencana sebagai senjata dan kemudahaan bagi aktiviti seharian si pemakai.
Asas kepada pemakaian semutar adalah di mulai dgn huruf lam-alif, diikuti dari kanan ke kiri (melawan arah jam) dimana di dalam agama dan budaya kita memang semua hal akan di mulai dengan kanan. Selain itu, ia juga di sama ertikan dengan arah perbuatan tawaf pada kaabah di kota suci Mekah.
Semutar kebiasaan di lilit tiga (3) balutan yang mengambarkan tiga (3) juzuk manusia iaitu fizikal (tubuh badan), roh dan hati. Tiga (3) juga merujuk kepada juzuk islam itu sendiri iaitu Islam , Iman dan Ihsan. Cara diajar berwuduk ; 3 kali basuh bila berwuduk!
Bersemutar ini terkadang juga dililit tujuh (7) kali yang menunjukkan tujuh (7) campuran manusia yang di warisi dari zaman nabi Allah Adam; tulang, daging, kulit, rupa , darah, otak dan bulu-bulu. Selain dari tujuh (7) yang di warisi, tujuh (7) juga merupakan angota tubuh yang perlu dijaga bagi menjamin kepada keperibadian kita iaitu; mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, kaki dan tangan.
Tujuh (7) juga merujuk pada kalimah yang merupkan kunci syurga; “laillahhaillahmuhamadul rasullulah” dan tujuh (7) juga merujuk kepada nafsu ; ammarah, lauwamah, mulhamah, mutmainnah, radhiah , mardhiah dan nafsu kamilah.
Semutar diikat dan disimpul dengan caranya yg tersendiri dengan penuh makna berdasarkan pada si pemakai; semutar hulubalang bersenung (hulubalang di raja), semutar kesum berjambak (pemimpin kerana daun kesum yang wangi dan sedikit pedas dapat menghilangkan bau-bau yang tidak di perlukan / masalah negara), semutar burung rajawali (pahlawan-pahlawan terhandal), semutar orang laut, semutar orang bukit dan banyak lagi dengan maksud dan peranan yang berbeza.
Sumber Asal Artikel : Facebook Raja Rusmin
Secara kesimpulannya, Kain lepas ni merupakan pakaian orang Kelantan pada zaman dulu-dulu yang dijadikan sebagai pakaian harian oleh golongan lelaki atau wanita.
Pada asalnya pakaian kepala ini bertujuan untuk mengawal rambut tetapi lama kelamaan cara melilit kepala dengan kain menempuh evolusi berasaskan demografi serta perkembangan sosioekonomi dan budaya sehingga menjdi satu kesenian bangsa Melayu yang terkenal.
Antara kegunaan lain kain ini adalah sebagai pengikat pinggang, bengkong, buat lapik solat, kain basahan semasa mandi, senjata, menutup jenazah dan lain-lain lagi.
Ini antara budaya masyarakat melayu di Kelantan dan ada diantara orang siam Kelantan juga menjadikan kain lepas sebagai pakaian harian.
0 Comments