Pada awalnya kami bercadang untuk ke rumah api putih yang terletak tidak jauh dari lokasi popular Pantai Senok, tapi kami sesat di Pantai Kemanyang yang terletak di jajahan Bachok. Walaubagaimana pun, selepas kami jalan-jalan di sekitar Pantai Kemayang ni niat asal untuk ke Pantai Senok tu terus dilupakan.
Banyak sungguh perubahan yang dah berlaku di sekitar sini. Restoran-restoran di tepi pantai pun dah banyak dengan tarikan yang tersendiri. Boleh dibayangkan macamana meriahnya suasana malam di sekitar sini.
Aktiviti ATV pantai
Layang-layang dan belon buih
Suasana kat sini pun memang best dan meriah. Banyak juga port-port menarik yang instagrammable untuk pengunjung bergambar. Lokasi ni juga menjadi pilihan percutian santai keluarga dengan anak-anak.
Colourfull tiny house
Apa yang lebih menarik perhatian kami adalah deretan rumah kecil "colourfull tiny house" yang berwarna warni seakan di Melbourne Australia ada di sini. Rumah kecil ini sebenarnya merupakan gerai (stall) jualan. Dari sisi lainnya menghadap pantai, ia di cat berwarna warni mengikut identiti beberapa negara.
Memandangkan ianya masih baru dan ada banyak lagi pembangunan kemudahan yang bakal di buat di sekitar sini, di harap semoga pengunjung yang datang ke sini boleh jaga sebaiknya kebersihan dan kemudahan yang telah di sediakan di sini supaya lokasi ni boleh menjadi salah satu tarikan popular di Bachok pada satu masa nanti. Jom ke Pantai Kemayang, Tawang Bachok.
4 Comments
Ramai juga tak tau ni Madi, bagus Madi share.. nanti ke Kelantan, boleh jalan-jalan sini..
ReplyDeleteWahhhh.... Cantiknya.. Lam dah tak pergi Kelantan. Nanti ke sana boleh roger Madi laa
ReplyDeleteehhh lawanyaaa..serius macam kat melbourne!
ReplyDeleteWah, bagusnya idea buat gerai tiny house ni! Nampak kemas dan boleh jadi tempat OOTD. Harapnya pengunjung pantai jaga kebersihan supaya tempat ni sentiasa nampak lawa.
ReplyDelete