Orang kata, kalau datang ke Kota Bharu tak lengkap kalau tak ke Wakaf Che Yeh untuk shopping. Sepertimana yang semua ketahui, Wakaf Che Yeh ni memang sangat popular di kalangan pelancong dari luar negeri Kelantan untuk membeli belah di sebelah malam. Bila dah jadi tempat hot, sudah semestinya jalan di kawasan ni agak sesak dan bagi korang yang datang drive sendiri tu memang agak susah nak dapat parkir.
Apa yang saya sendiri boleh cadangkan; untuk memudahkan urusan korang, untuk menjimatkan masa yang ada, korang cari je penginapan atau hotel yang dekat dengan pasar malam Wakaf Che Yeh ni. Salah satu hotel di Wakaf Che Yeh yang bagus dengan kemudahan yang agak lengkap yang saya boleh cadangkan adalah di Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu.
Holiday Villa Hotel terletak di salah satu jalan utama di Kota Bahru menghala ke arah Kuala Krai, kedudukan hotel ini sangat strategik kerana dikelilingi dengan kedai-kedai, cafe, McDonalds dan tempat membeli-belah popular, Wakaf Che Yeh. Ya, ianya terletak betul-betul seberang jalan pasar malam Wakaf Che Yeh. Jadi, korang tak perlu lagi ke sana dengan kenderaan. Jalan kaki beberapa minit seberang jalan dah sampai.
Apa yang menariknya tentang hotel ini, mereka ada menawarkan bilik yang agak luas dan selesa dengan harga bilik yang sangat berbaloi dan affordable. Disini mereka ada menawarkan pelbagai jenis bilik antaranya Deluxe Double, Twin, Triple Deluxe, Family Suite dan Studio Suite.
Saya sendiri pernah beberapa kali menginap di Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu ni. Tapi, untuk kali ni, saya telah berpeluang untuk bermalam di bilik "Studio Suite". Sebuah unit yang sangat best, luas, selesa dengan kemudahan yang lengkap bagi saya.
View keseluruhan studio suite
Korang boleh lihat sendiri macamana keadaan Studio Suite ni. Ianya dilengkapi dengan kemudahan yang cukup termasuk, "Smart TV", peti ais dan "Coffee and Tea making facilities" di atas meja baca.
Coffee and Tea making facilities
Berbeza dengan bilik-bilik lain yang ada di hotel ni, bilik ni dilengkapi dengan "Steamer" (bukan iron baju biasa). Jadi mudahlah kalau korang nak gosok baju sekiranya korang datang sebagai lawatan kerja di sini. Dalam almari ni juga ada dilengkapkan dengan penyangkut baju, peti keselamatan, Al-Quran dan sejadah khas untuk tetamu muslim.
Steamer & Safety box
Paling best, bilik jenis ni mempunyai kemudahan "bath tub" tau. Jadi bolehlah korang mandi berendam kan.
"Toiletries set" yang diorang sediakan pon cukup lengkap. Tak perlu lagi korang bersusah payah untuk bawak sabun ke shampu ke dari rumah. Cuma, kalau korang perlukan berus gigi khas untuk penjagaan gigi korang saya nasihatkan bawa sendiri jela. Apa yang diorang sediakan adalah set basic dan jangan expact more especially untuk berus gigi dan shaver yang diorang sediakan.
Toiletries set
Selain dari itu, apa yang aku suka dengan unit studio suite ni, dia mempunyai dinding kaca yang besar dimana ia boleh memberi pencahayaan yang sangat baik untuk bilik ni. Dari sini juga korang boleh lihat keindahan suasana waktu malam di Wakaf Che Yeh . Memang cantik weh.
Menarik kan bilik Studio Suite ni? Kalau korang ada plan untuk menginap di sini, jangan lupa untuk booking Studio Suite ni tau. Memang berbaloi-baloi.
Sarapan Pagi Di Holiday Villa Hotel
Untuk percutian singkat saya kali ni, saya buat tempahan bilik termasuk sarapan pagi. Memandangkan hotel ni ada menyediakan buffet sarapan pagi, jadi inilah masanya untuk cuba makanan kat sini kan.
Sejujurnya memang seronok ambil sarapan kat sini, macam-macam ada. Untuk main dish, ada nasi lemak, ayam goreng, mihun goreng, dan lain-lain. Selain bahagian main dish ni, mereka juga ada section laksa, cereal, pencuci mulut, telur dan roti (kalau korang perasan lokasi dalam gambar dekat ada orang). Kalau korang nak roti bakar biasa, korang boleh je ambil dan bakar sendiri di section main dish.
Bahagian cereal
Dekat section roti ni korang boleh request apa yang korang nak, makanan hanya disediakan selepas tetamu request sahaja. Antara menu roti yang korang boleh request kat sini seperti roti telur goyang, French Toast dan lain-lain. Jadi korang boleh menikmati hidangan panas-panas.
Memandangkan ada meeting di sini, saya decide untuk terus makan tengahari di sini selepas check out dan sebelum balik ke rumah. Untuk menu makan tengahari pun banyak pilihan di sini. Antara menu tengah popular untuk makan tengahari dan dinner kat sini adalah Seafood ShellOut, Western Set Talam dan Nasi Arab.
Seadood ShellOut
Western Set Talam
Nasi Arab
Untuk semua menu di atas ni korang boleh purchase secara walk-in atau booking di talian 09-7474004 ! Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai menu-menu ni, korang boleh terus whatsapp mereka di www.wasap.my/60189033446/Lagenda .
Kemudahan Lain Di Holiday Villa Hotel, Kota Bharu
Untuk pengetahuan korang, Holiday Villa Hotel, Kota Bharu juga mempunyai kemudahan yang agak lengkap untuk percutian keluarga atau perniagaan. Hotel ini mempunyai kolam renang yang besar dan berbumbung (indoor pool) khas untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Jadi tak perlu risau akan keadaan cuaca kalau nak mandi kolam.
Pada aras yang sama juga, mereka ada menyediakan kemudahan gym dan sauna berasingan untuk kegunaan lelaki dan wanita.
Gym
Bilik sauna lelaki
Secara kesimpulannya; jika korang mencari penginapan yang sesuai dengan kelengkapan yang lengkap tetapi harga murah dan berpatutan yang berdekatan dengan pasar malam Wakaf Che Yeh semasa bercuti di Kota Bharu, bolehlah cuba booking di Holiday Villa Hotel & Suites.
2 Comments
Waaa nanti datang Kelantan, bolehlah stay sini.. kalau tak biasa Hotel Perdana jer...
ReplyDeleteye sis. malam2 boleh ke wakaf che yeh
Delete