Hidangan Seafood Shell Out Untuk Makan Tengahari Di Holiday Villa Hotel & Suite, Wakaf Che Yeh

 

Berapa ramai diantara kita yang tahu apa itu menu Seafood Shell Out? Untuk pengetahuan semua Seafood Shell out merupakan menu makanan laut yang terdiri dari kerang, ketam, udang, sotong, pelbagai jenis siput yang dimasak kering bersama pes cili dan dimakan bersama sayur sayuran yang direbus seperti brokoli, jagung, kentang, dan lobak merah.

Sejujurnya, menu ini kelihatan sangat menarik dan sangat menyelerakan dengan cara persembahan yang berbeza dari menu-menu biasa. Kebiasaannya, seafood shell out dihidangkan di atas meja yang dilapik dengan plastik tapa ada sebarang mangkuk atau pinggan bagi mengisi menu tersebut. Cara makan hidangan ini juga lebih sesuai dengan menggunakan tangan tanpa sudu atau garfu.

 Seafood Shell Out di Holiday Villa Hotel & Suite, Wakaf Che Yeh

Bagi korang yang tinggal atau berada di sekitar Kota Bharu, korang boleh cuba menu Shell Out ni di Holiday Villa Hotel & Suite, Wakaf Che Yeh . Untuk pengetahuan korang, hidangan ini available setiap hari untuk makan tengahari dan makan malam.

Harga yang ditawarkan untuk satu hidangan Shell Out untuk 2-3 orang makan hanya RM89 sahaja. Bolehlah datang ke sini bersama keluarga atau kawan-kawan untuk menikmati kesedapan hidangan Shell Out ni sambil mengeratkan lagi tali silaturrahim.

Kalau korang berminat, korang boleh walk-in sekarang untuk makan tengahari atau buat tempahan melalui 09-7474004 ! Untuk info lanjut mengenai ini, korang boleh terus text mereka di link berikut :-

Www.wasap.my/60172806884/Lagenda

Holiday Villa Hotel & Suite
PT 968 JALAN KUALA KRAI,
WAKAF CHE YEH,
15100 Kota Bharu, Kelantan.

Post a Comment

1 Comments