Asal Usul Nama Kuih Lompat Tikam Di Kelantan


Siapa yang berasal dari Kelantan atau pernah ke negeri Kelantan mesti pernah dengar tentang kuih yang digelar sebagai "Lompat Tikam". Oleh kerana namanya yang unik, mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana asal-usul atau sejarah nama Lompat Tikam ni dapat.

Ada sebuah kisah kononnya bermula pada zaman Kerajaan Majapahit yang ketika itu mahu mempersembahkan hadiah kepada kerajaan negeri Kelantan.
“BEBERAPA ORANG DAYANG TELAH DIPERINTAHKAN UNTUK MEMBAWA DULANG YANG PENUH DIISI DENGAN SEJENIS KUIH DENGAN PENUH HATI-HATI. MALANGNYA, SALAH SEORANG DARIPADA DAYANG YANG MEMBAWA KUIH TADI TERSADUNG KERANA TERSEPAK BENDUL YANG ADA DI ISTANA.
Oleh kerana terkejut, sultan secara tidak sengaja telah tertikam dayang yang terjatuh bersama kuih dibawanya tadi. Sebagai tanda mengingati peristiwa itu, dengan rasminya kuih ini diberi nama lompat tikam. Adapun demikian, semua pengkisahan itu hanyalah satu cerita dongeng.


Kuih lompat tikam ini dikatakan sangat mudah untuk dibuat kerana ia hanya menggunakan tepung beras dan santan sahaja dan mempunyai dua lapisan iaitu lapisan tepung yang biasanya berwarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang berwarna putih di bahagian atas.

Bahagian kuih itu dibuat tawar kerana ia akan dimakan bersama air gula nise (gula Melaka) tetapi jika mahu tampilkan rasa lemak pada lapisan putih mesti rasa masin sedikit, barulah sedap. Dalam hidangan ini juga akan disatukan dengan pulut yang biasanya berwarna merah.

Kuih lompat tikam lazimnya dijadikan sebagai menu minum petang dan dipadankan dengan secangkir kopi.

Post a Comment

1 Comments

  1. Kita suka betul Madi makan Lompat Tikam ni, di JB ada satu keadi kelantan yang menjualnya..

    ReplyDelete