Nasi Lemak Strawberry Di Yoozen Younique Cafe Kota Bharu Memang Sedap

Ramai yang sedia maklum bahawa, Nasi Lemak Sambal Strawberry sangat popular di tanah tinggi Cameron Highland. Malah, ada yang sanggup drive beratus kilometer ke sana kerana nak makan Nasi Lemak Abang Strawberry di Cameron Highland.

Untuk penduduk Kota Bharu, tahukah korang bahawa kat Kota Bharu sendiri pun ada cafe yang menyajikan Nasi Lemak Sambal Strawberry yang sangat sedap iaitu di Yoozen Younique Cafe yang terletak berdekatan dengan showroom Toyota Kota Bharu.

Cafe Yoozen Younique Cafe berada di tingkat atas (Klinik Permata). First impression bila masuk ke cafe ni rasa seperti bukan sebuah cafe kerana vibe dia seperti ruangan office macamtu. Sebelum korang ke ruangan makan, korang boleh oder di kaunter yang ada betul-betul depan pintu masuk cafe.

Yoozen Younique Cafe

Jadi, kalau dah sampai kat sini, korang wajib cuba Nasi Lemak Strawberry dia. Yang saya ambik ni gabungan lauk sotong goreng dengan ayam goreng. Memang puas hati. Nasi dia, sambal dia sangat perfect.

Yoozen Younique Cafe Kota Bharu

Dekat sini, diorang bukan sekadar jual nasi lemak semata. Tapi ada banyak pilihan menu western lain seperti chicken chop, chicken grill dan lain lain. Aiskrim dan strawberry coklat pun ada.

Kalau korang mengidam nak makan Nasi Lemak Strawberry, bolehlah datang ke Yoozen Younique Cafe ni. Untuk menu Nasi Lemak Strawberry dia memang aku highly recommended. Selain tu korang jangan lupa oder Strawberry Marshmallow chocolate dia memang sedap.

Yoozen Younique Cafe Kelantan
Alamat : 
Jalan Kuala Krai, Bandar Kota Bharu, 
15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : 
Sabtu - khamis (12.00 Tengah Hari - 10.00 Malam), 
Jumaat (05.00 Petang - 11.00 Malam)
Nombor Telefon :
011-29232293

Post a Comment

1 Comments

  1. Memang nampak menarik sekali, tak pernah cuba walau pi Cameron sekalipun...

    ReplyDelete