KOTA BHARU DIPILIH SEBAGAI LOKASI PERTAMA PEMBUKAAN BUTIK HEGIRA | Bagi peminat hijab jenama Hegira, kini mereka telah selangkah ke hadapan dengan membuka butik pertama setelah tiga tahun berada dalam pasaran. Apa yang lebih membanggakan saya, pengasas Hegira Puan Suri Daman telah memilih AEON Mall Kota Bharu, Kelantan sebagai lokasi butik pertama mereka.
Untuk pengetahuan semua, menurut Puan Suri sendiri dalam ucapan beliau pada hari perasmian butik tersebut, nama Hegira telah diilhamkan daripada kemuliaan perkataan ‘hijrah’ atas penghormatan kepada sejarah penting agama Islam ketika Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah.
Majlis Perasmian Butik Hegira pertama di Malaysia telah berlansung di Lot F-08, AEON Mall, Kota Bharu dimana lokasi butik sulung mereka berada. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat, Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi (JMK), Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan bersama-sama dengan En Mohammad Munzir Aminuddin, Group Chief Executive Officer, Siti Khadijah dan Puan Suri Daman, pengasas Hegira.
Dari kiri Yang Berhormat, Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi (JMK), Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, Puan Suri Daman, pengasas Hegira & En Mohammad Munzir Aminuddin, Group Chief Executive Officer, Siti Khadijah
Keistimewaan utama, yang ada pada rekaan hijab dari jenama Hegira ni adalah hijab sarung atau slip ons (The SO’s) dan PS iaitu Pin & Style. Menariknya, setiap hijab sarung (The SO’s) menampilkan nama-nama yang bermula atau berakhir dengan perkataan SO seperti Prettily-So, Charmingly-So, Lovely-So, So-Right dan banyak lagi. Hegira menyasarkan untuk menghasilkan lebih banyak rekaan dan produk khusus untuk golongan wanita.
Dengan pegangan ‘Change Your Destiny’, Hegira berbesar hati mengumumkan pembukaan sebuah lagi butik di IOI City Mall, Putrajaya tidak lama lagi. Insya-Allah.
Jadi, bagi korang yang berada di Kota Bharu atau kawasan sekitarnya. Jangan lupa untuk datang ke butik sulung Hegira yang terletak di AEON Kota Bhru ni. Mudah je nak cari, dia betul-betul berada di sebelah butik Siti Khadijah.
Untuk maklumat lanjut mengenai Hegira, korang boleh ikut social media mereka di :
Instagram : https://www.instagram.com/hegiragroup/
Facebook : https://www.facebook.com/hegiragroup
Website : www.hegirahijab.com
Butik Hegira di Kelantan
Lot F-08, AEON Mall,
Kota Bharu, Kelantan
0 Comments