Keenakan Ikan Patin Tempoyak Claypot Mendidih di Machang Kelantan

Man Patin Claypot Tempoyak

Temerloh Pahang cukup popular dengan menu masakan ikan patin masak tempoyak. Sehinggakan bandar tersebut sendiri telah digelar sebagai Temerloh Bandar Ikan Patin kerana terkenal dengan ikan tersebut.

Untuk artikel kalini saya bukan nak kongsi mengenai masakan ikan patin masak tempoyak yang nun jauh di Temerloh. Tapi, sebuah restoran masakan panas yang ada menyediakan menu masakan popular ikan patin masak tempoyak resipi original Temerloh yang terletak di Machang, Kelantan. Restoran yang saya maksudkan adalah Man Patin Claypot Tempoyak .

Man Patin Claypot Tempoyak

Apa yang menariknya, menu Ikan Patin Tempoyak di sini dihidangkan dalam claypot. Ini adalah salah satu sebab untuk mengekalkan suhu panas ketika pelanggan menjamu selera. Rasanya memang sedap dan secukup rasa.

Man Patin Claypot Tempoyak

Selain dari menu patin tempoyak, mereka juga ada menawarkan menu Pais Patin Tempoyak yang sangat padu. Untuk pengetahuan korang, pais ni adalah menu ikan patin yang dibakar bersama-sama dengan perapan sambal tempoyak. Korang boleh bayangkan sendiri macamana bau dan rasa pais ni.

Man Patin Claypot Tempoyak
Pais Patin Tempoyak
Selain dua menu ikan patin ni, restoran ni juga ada menu-menu sampingan lain. Antara menu lain yang korang kena cuba adalah seperti, TALAPIA GORENG BERASAP, IKE BEKOK MERIOH, TELUR DADAR KRUP, AYAM BEREMPAH, IKAN KELI GORENG, NASI AYAM PENYET NYETT, NASI KELI PENYET NYETT, ANEKA SAMBAL, KICAP , POYOK, Aneka ULAM ULAMAN dan lain-lain.

Man Patin Claypot Tempoyak
TALAPIA GORENG BERASAP dengan sambal kicap
Man Patin Claypot Tempoyak
IKE BEKOK MERIOH
Ikan Bekok ataupun Ike Bekok ni cukup popular di kalangan rakyat Kelantan. Sebenarnya, perkataan "bekok" tu merupakan satu proses mengawet ikan. Ia telah diamalkan sejak dahulu lagi oleh penduduk Kelantan terutama sekali yang tinggal di tebing Sungai Kelantan. Kebiasaannya, ikan gelama yang dipancing dari sungai itu akan diawet menjadi ikan bekok.
Untuk membuat bekok, ikan yang sudah disiang dan dibersihkan, direndam dalam air garam bersama cuka selama 30 minit atau dilumur dengan garam secukupnya sebelum dijemur seharian. Ini bagi menimbulkan rasa masin, lemak dan masam yang seimbang.
Ike Bekok ni sedap digoreng  bersama bawang besar dan dimakan bersama nasi panas. Memang sangat menyelerakan.

Apa yang saya boleh katakan, semua menu yang saya cuba seperti, Ikan Patin Tempoyak Claypot, Pais Patin Tempoyak, Ikan Talapia Goreng dan Ikan Bekok dia memang sedap. Insya-Allah kalau berkesempatan memang boleh datang lagi.

Jadi, korang pun jangan lupa untuk bawa kawan-kawan atau keluarga korang untuk datang makan tengahari di Restoran Man Patin Tempoyak Claypot. Pastikan korang datang pada waktu yang sesuai ya, takut nanti terlepas peluang pula. Selamat menjamu selera!


Lokasi :
Sebelah DUNLOP sebelum KAK MAH SATAY 3 Machang,
(Sebelah kanan, Jalan menghala ke Tanah Merah selepas FLYOVER)


Untuk tempahan/pickup di kedai boleh whatsapp

Post a Comment

4 Comments