Pengalaman & Harga Paragliding Di Bukit Bubus, Besut Terengganu

Paragliding Di Bukit Bubus

Terengganu cukup popular dengan lokasi eco pelancongan yang cantik dan menarik. Tahukah korang, bahawa Terengganu juga mempunyai satu spot sukan paragliding yang paling cantik di semenanjung Malaysia. Lokasi tersebut adalah di Bukit Bubus, yang terletak dalam daerah Besut yang mana ianya hanya bersebelahan dengan Bukit Keluang yang sangat popular di kalangan kaki hiking.

Bukit Bubus
Keindahan pemandangan di atas Bukit Bubus ketika matahari terbit.

Bukit Bubus menjadi kegilaan bagi paragliders kerana suasana dan pemandangannya cukup mengagumkan. Di sini, korang boleh terbang di awan sambil menikmati keindahan view bukit menghijau disamping laut yang hijau membiru.

Bukit Bubus
Aktiviti paragliding ini sangat bergantung dengan cuaca dan angin di sana. Dengan cuaca dan angin yang baik, 10 minit masa terbang korang pasti tak akan sia-sia dan pasti korang akan rasa sangat berpuas hati. Percayalah!!

Tonton Video Paragliding di Bukit Bubus 

@projektravel Lokasi paling cantik untuk korang cuba aktiviti paragliding di Terengganu iaitu di Bukit Bubus. Lokasi dia sebelah Bukit Kelang je guys. View dia memang cun, bukit dan laut. #JomTravel #Paragliding #Terengganu #BukitBubus #TikTokSport #ProjekTravel #Sunrise #Nature #Besut #BukitKeluang #TikTokTravel #VisitTerengganu #AmaizingTerengganu ♬ original sound - projektravel
Korang juga dinasihatkan untuk menggunakan khidmat agensi yang berlesen dan bertauliah demi menjamin tentang keselamatan dan keselesaan korang. Untuk itu, saya sendiri mencadangkan untuk korang berurusan dengan team 3A Adventures yang sangat mesra dan berpengalaman jauh dalam dunia paragliding ni.

Harga Pakej Paragliding di Bukit Bubus

Harga paragliding paling murah yang korang boleh ambil adalah RM210 untuk "Basic Package".

Berikut merupakan senarai apa yang korang akan dapat dengan pakej basic ni;
  • Transportation from Meeting Point ( LZ) to Take off (TO)
  • Guide & Pilot ( Paragliding Activities )
  • Gopro video/ picture
  • Approx 5 - 8 minutes air time
  • Weather Permitted
Selain itu, korang juga boleh nikmati perkhidmatan tambahan dengan tambahan harga seperti berikut;
  • Transportation (Adult) : RM 10
  • Transportation (Children) : RM 5
  • Activity Insurance : RM 30
  • E-Certificate : RM 10
  • Gopro Rental : RM 30
  • Buy SD Card 16GB : RM 30
Remark:
  1. Minimum 2 person upon booking
  2. Max 20 person per day
  3. Maximum 10 years old & above
  4. Weight between 30kg - 85kg
*Weight above 85kg must Add on extra RM 60.00*
*Activity depends on weather conditions of the dav.
*Best flight between 1.30 pm - 5.30pm everyday*

Selain pakej basic, mereka juga ada menawarkan "Full Package" yang mana berharga RM250. Untuk pakej ni, korang akan termasuk Activity Insurance dan E-Certificate sekali.

Guna Kod Diskaun Untuk Lebih Jimat

Kalau korang nak lebih jimat. Guna kod "PROJEKTRAVEL" semasa membuat tempahan untuk nikmati RM10 diskaun dari harga normal yang ditawarkan.

Code discount : "PROJEKTRAVEL"

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, korang boleh rujuk mereka melalui details di bawah ni;

Contact Number : +6 013-264 8851

Alamat : BESUT PARAGLIDING PARK OFFICIAL
Bukit Bubus, Jalan Ustaz Asnawi, 
22020 Kampung Raja, Terengganu.
(waze: Bukit Bubus)

Post a Comment

1 Comments

  1. Nice..memang plan nak buat aktiviti ni. Yeay ada promo kod. Boleh jimat

    ReplyDelete