Western Australia Mengalu-alukan Pelancong Malaysia untuk Pengembaraan Yang Mengujakan




Kini Western Australia (WA) (Australia Barat) menerima & menjemput pelancong dari seluruh dunia - termasuk Malaysia, yang mana menjadi pasaran ketiga terbesar dengan lebih 100,000 pelancong ke Australia Barat pada 2019.

Western Australia yang merupakan negeri terbesar Australia yang mempunyai pantai terpanjang dan pelbagai aktiviti untuk pengembaraan yang hebat. Hanya 5 jam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth, kunjungan ke WA ini pastinya menjadi pengembaraan yang mengujakan semua orang.


Sebagai pintu masuk barat ke Australia, Western Australia  adalah satu-satunya negeri yang berkongsi zon masa yang sama dengan Malaysia, bermakna tiada perbezaan masa dan lamban jet, membolehkan pengunjung terus memulakan penerokaan sebaik tiba di negeri tersebut.

Ibu kotanya, "Perth" telah mendapat pengiktirafan sebagai ibu kota paling cerah di AustraliaWestern Australia mempunyai beberapa terumbu karang dan formasi batuan yang paling menarik – juga diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO – termasuk pantai yang terhampar sejauh 12,889 kilometer, iaitu pantai terpanjang di Australia. Bahkan, negeri itu juga berhampiran dengan laluan migrasi Ikan Paus Humpback, di mana pelancong boleh melihat sendiri gergasi yang gemalai ini di Sungai Margaret (Margaret River), Albany, Perth dan Coral Coast, dan bermain dengan Quokkas, yang turut dikenali sebagai haiwan paling gembira di dunia.

Pelancong Malaysia mempunyai banyak aktiviti menarik untuk dipilih, daripada berjalan santai meneroka dan mengenali kota kepada mencuba sesuatu yang mencabar dan mengujakan di Australia Barat. Contohnya, meneroka Gurun Pinnacles sambil memandu menikmati keindahan alam, mengikuti lawatan mengenali makanan di Lembah Swan (Swan Valley) dan Sungai Margaret, melawati Lagun Hutt (Hutt Lagoon) merah jambu seluas 70 kilometer persegi yang terkenal, atau berjalan santai di celah-celah pokok kayu di Hutan Karri (Karri Forest).

Ini adalah antara aktiviti mengujakan untuk diterokai oleh pelancong Malaysia ketika berada di Australia Barat:

1. Pengalaman melonjakkan adrenalin di Matgarup Zip+Climb


Jambatan Matagarup di Perth – yang menghubungkan Perth Timur dengan presint Stadium Optus – menjadi pusat tarikan pelancongan pengembaraan baharu yang ikonik, Matagarup Bridge Zip+Climb. Pengunjung boleh menguji stamina masing-masing dengan mendaki 314 anak tangga untuk sampai ke platform Sky View setinggi 72 meter – yang menawarkan pemandangan indah 360 darjah kota Perth, Sungai Swan dan Stadium Optus. Bagi yang gemarkan cabaran, mereka boleh naik ke platform pelancaran di jambatan itu, dan duduk pada ketinggian 35 meter dari paras Sungai Swan, dan mencuba ‘zip line’ sejauh 400 meter merentasi sungai dan mendarat di platform di Burswood Park.

2. Menikmati pemandangan indah The Ozone di Stadium Optus


The Ozone adalah destinasi untuk mengalami semua tawaran pelancongan yang unik di Stadium Optus Perth. Lawatan atas bumbung HALO yang baharu menyajikan pemandangan stadium yang mengagumkan, di mana pengunjung boleh menaiki 78 anak tangga untuk ke bumbung sebelum mengambil tempat duduk pada ketinggian 42 meter dari tanah bagi menikmati pemandangan yang saujana. Satu lagi pengalaman atas bumbung ialah VERTIGO, yang membuka peluang kepada pengunjung dan kumpulan pelancong berjalan di sepanjang platform baharu yang mengunjur lima meter melepasi tepi bumbung stadium. Pengalaman baharu ini juga membolehkan pengunjung yang lebih berani mencondongkan badan dari platform tanpa penghadang ke arah padang permainan. Platform baharu ini boleh diakses oleh semua peringkat umur dan keupayaan fizikal, bahkan akses lif juga tersedia untuk pengunjung yang memerlukannya.

3. Melawat Muzium Boola Bardip WA (Perth)


Terletak di tengah-tengah Pusat Kebudayaan Perth, Muzium Boola Bardip merupakan bangunan mercu tanda yang melambangkan orang-orang yang hebat, tempat menarik, budaya dan kisah mengenai Australia Barat dalam fasiliti bertaraf dunia. Rekabentuk bangunannya yang dramatik mengadunkan warisan dan senibina kontemporari yang mengagumkan, mengambil inspirasi dari formasi tanah yang ikonik di negeri itu.

Pameran di ini disajikan dengan memberikan pengalaman luar biasa kepada pengunjung, menerusi teknologi yang inovatif dan kaedah paparan yang dinamik termasuklah tumpuan khusus pada kisah Orang Asli dan pelbagai budaya. Muzium seluas 6,000 meter persegi ini merangkumi ruang galeri baharu, termasuk 1,000 meter persegi ruang untuk mengadakan pameran istimewa yang berskala besar. Dalam lawatan ke studio pembelajaran, pengunjung boleh merasai sendiri kerja-kerja belakang tabir di Muzium, program, aktiviti dan acara yang disediakan untuk semua peringkat umur, dan pelbagai jenis makanan, minuman serta ruang jualan untuk semua memenuhi semua cita rasa. Sebagai tambahan kepada binaan yang canggih ini, rangka paus biru 24meter yang ikonik kini kembali dalam pameran baharu yang menakjubkan.

4. Bersantai di bot BBQ Sea West


Andai mahukan pelayaran yang bergaya, bolehlah menyusuri Marina Lautan (Ocean Marina) dan Terusan Venetian (Venetian Canal) di Mandurah menaiki bot elektrik berbentuk donut yang hanya ada di Australia sambil berkelah atau memasak barbeku di atas bot. Anda boleh memandu bot istimewa ini melepasi kapal layar yang mengagumkan serta barisan bar dan restoran ke Dolphin Pool – serokan kecil berteluk cetek yang dilengkapi tempat tambatan. Belayar, memanggang dan berseronok sambil menikmati pemandangan yang indah. Jika kena pada masanya, pelancong boleh melihat ikan lumba-lumba bottlenose, serta burung swan dan undan.

Dengan lima penerbangan terus seminggu dari Kuala Lumpur ke Perth, tunggu apa lagi. Mulalah berkemas dan tempahlah penerbangan ke Australia Barat yang menanti anda dengan pengembaraan yang mengujakan!

Untuk maklumat lanjut mengenai Australia Barat, sila kunjungi www.westernaustralia.com.

Post a Comment

0 Comments