Pengalaman & Review Ikhlas Saya Stay di ibis Styles Hotel Kota Bharu

ibis Styles Hotel Kota Bharu

Pengalaman Stay di ibis Style Hotel Kota Bharu | Assalamualaikum & Salam Sejahtera, dah lama rasanya saya tak kongsi pengalaman stay di hotel sejak dunia dilanda Covid-19 ni. Alhamdulillah selepas dua (2) tahun kita bergelut dengan wabak ni, kini dunia semakin pulih dan kembali kepada normal.

Sektor pelancongan pun dah mula rancak termasuklah di negeri Kelantan ni sendiri. Memandangkan saya sekarang dah menetap di negeri kelahiran saya negeri Kelantan, inilah peluang saya untuk kongsikan dengan pembaca semua apa perkara menarik yang ada di sini.

Tapi, untuk artikel kali ni kita akan mula dengan hotel atau penginapan dulu ya. Hotel yang saya nak kongsi dalam artikel kali ni adalah ibis Style Hotel yang terletak di bandar Kota Bharu. Kenapa hotel ini? Banyak sebabnya kenapa saya nak kongsikan hotel ni untuk korang inap.

Mengenai ibis Styles Hotel Kota Bharu

ibis Style Kota Bharu berada di pusat bandar Kota Bharu di tepi sungai Kelantan. Ia terletak bersebelahan dengan istana negeri Kelantan yang baharu. Untuk ke KB Mall hanya mengambil masa dan AEON Mall, iaitu pusat membeli-belah terbesar di Kota Bharu dan pasar Siti Khadijah terletak hanya 7 minit pemanduan. Untuk ke Pasar Malam yang terkenal di Wakaf Che Yeh pula hanya 10 minit pemanduan dari hotel.

Kenapa saya nak sangat kongsi mengenai hotel ni kepada korang, saya sendiri sudah tiga (3) kali menginap disini semenjak mereka beroperasi iaitu apa awal tahun 2020 yang lalu termasuklah semasa bulan ramadan ni. Insya-Allah kalau ada rezeki, saya akan "repeat" lagi. Apapon jom kita tengok apa yang menarik sangat mengenai hotel ni.

Hotel Baru Dengan Kemudahan Yang Baru | Untuk pengetahuan korang, ibis Style Hotel ni merupakan hotel bertaraf ekonomi yang memiliki kemudahan bertaraf 5 bintang. Amacam!! menarik bukan? Memandangkan ia baru sahaja dibuka pada awal tahun 2020 lepas, korang juga bakal menikmati keseluruhan kemudahan yang baharu termasuklah kemudahan yang tersedia di dalam bilik. Orang Kelantan kata "bau keda" hehe.


Interior Moden & Joy | Melangkah je masuk ke lobi hotel ni, korang boleh lihat sendiri keindahan reka bentuk dalamannya yang sangat moden dan bersih. Sejujurnya, duduk di lobi hotel pun dah rasa mewah dan happy. Sangat sesuai untuk korang yang sukakan tempat yang instagrammable. Percayalah, bergambar kat lobi hotel ni pun korang dah boleh dapat vibes hotel-hotel mahal.

ibis Styles Hotel Kota Bharu

ibis Styles Hotel Kota Bharu

ibis Styles Hotel Kota Bharu

ibis Styles Hotel Kota Bharu

ibis Styles Hotel Kota Bharu

Bilik Yang Selesa & Lengkap | Bila bercerita mengenai menginap di hotel, hal pertama yang paling penting untuk kita kongsi sudah semestinya bilik. Jika korang lihat pada keindahan lobi hotel ni, korang boleh agak sendiri macamana cantik dan selesanya bilik yang bakal korang inap nanti. Untuk saya, bilik di sini tidak terlalu luas dan tidak juga terlalu sempit. Orang putih kata "just nice". Yang penting selesa.


Untuk bilik yang saya kongsi di atas ni adalah jenis "superior room with balcony". Bilik ni berbeza dari bilik-bilik lain kerana memiliki balcony yang sangat luas. Bilik ni dalam kategori special sikit, hanya dijual pada keadaan tertentu je. Tapi, harga dia tetap mampu milik kerana tak sampai RM250 pun semalam. Murah bukan?


Tilam dan bantal dia sangat selesa, silap haribulan member ajak keluar jalan-jalan pun boleh kita abaikan. Tambah pulak depan mata ada smart TV 43" dengan IPTV entertainment yang terbaru. Memang rasa tak nak berganjak pergi mana-mana. hehe. Silap-silap terbongkang je atas katil sepanjang hari. haha.

ibis Styles Hotel Kota Bharu

Kedudukan bilik air dihalang oleh penghadang sink & cermin. Bilik air dia tidaklah besar, tapi cukup untuk buat kita selesa. Paling saya suka pintu bilik air dan bilik mandi adalah berasingan. Jadi, dua orang boleh guna dalam masa yang sama. Bagi yang suka menggunakan "rain shower" ketika mandi, korang mesti puas sebab bilik mandi mereka ada pilihan rain shower juga. Untuk toiletries pula, diorang ada sediakan berus gigi (2x), shower cap, sikat rambut, cotton bud dll.


Sepertimana yang saya ada bagitahu sebelum ni, kelebihan yang ada di sini walaupun ia merupakan hotel bertaraf ekonomi adalah kemudahannya yang bertaraf 5 bintang. Di setiap bilik mereka ada sediakan banyak lagi kemudahan lain selain kemudahan yang biasa hotel lain sediakan.  Selain dari kemudahan WiFi percuma,  43" smart TV dengan IPTV entertainment yang terbaru, "in room" minibar dan "safe deposit box", mereka turut menyediakan "UV sanitizer" untuk korang sanitize barang-rang kecil seperti smartphone, kunci, kad dan sebagainya.

Tak cukup dengan itu, paling best diorang ada sediakan mesin pembuat kopi terkini jenama Arissto dengan complimentary dua (2) coffee capsules. If korang nak lebih, boleh purchase dengan mereka. Kalau terlupa bawa wayar pengecas smartphone korang, jangan risau kerana jam didital berwarna hitam di atas meja sisi katil tu merupakan "Smartphone Wireless Charging Dock". Mesin kopi dan Smartphone Wireless Charging Dock ni juga korang boleh jumpa di lobi hotel.

Info penting untuk korang, untuk waktu Daftar masuk (check in) bilik hotel adalah bermula jam 3 petang, manakala  Daftar keluar (check out) pula adalah sehingga jam 12 tgh. 

Jamu Selera di Cafe Hotel | Hotel ini mempunyai dua (2) premis makanan iaitu di Lobby Café di aras lobi dan sTREATs Café di aras P. Untuk Lobby Café saya belum sempat lagi menikmati makanan di sana, tapi di sTREATs Café saya pernah menikmati makan malam dan sarapan pagi.

ibis Styles Hotel Kota Bharu

Menu dan makanan disini sedap dan boleh dipuji. Untuk makan pagi sudah semestinya hidangan buffet dan makan malam pula saya oder "ala cart". Ruang sTREATs Café juga luas dengan dekorasi moden. Sangat sesuai bagi korang yang sukakan vibes bersih dan Insta-Worthy.

ibis Styles Hotel Kota Bharu

Kemudahan Lain Yang Cukup Lengkap | Bagi yang tertanya-tanya ibis Style Hotel ni ada "swimming pool" atau tak, jawapannya sudah semestinya ada, ianya terletak di aras tertinggi bangunan ni iaitu tingkat dua puluh (20). Sebelah kolam renang pula ada gym. Sambil bersenam tu boleh la lihat keindahan bandar Kota Bharu kan.


Kemudahan lain seperti parkir kereta juga ada. Boleh pilih sama-ada nak parkir berbumbung atau di luar. Tapi, parkir berbumbung limited tau. Siapa cepat dia dapat. Bagi saya, parkir berbumbung ni selamat sikit.


Jika korang datang ke Kota Bharu dan berminat untuk merasai sendiri pengalaman menginap di hotel ini, bolehlah layari laman sesawang Ibis Styles Kota Bharu atau telefon terus ke nombor 09-7408000 untuk info lanjut.

Jangan lupa untuk ikuti social media mereka di FACEBOOK & INSTAGRAM untuk menerima notifikasi tawaran menarik dari mereka.

Post a Comment

1 Comments

  1. Setakat yang saya stay Ibis Style hotel, semuanya okay. Alhamdulillah

    ReplyDelete