Sepertimana hotel-hotel lain di negeri Kelantan, Grand Riverview (GRV) Hotel juga tidak ketinggalan menawarkan Buffet Ramadan mereka sendiri. Tahun 2022 ini GRV Hotel kembali dengan tema "Citarasa Muhibbah" dengan menawarkan lebih dari 120 sajian yang merangkumi pelbagai pilihan gabungan juadah tradisional melayu dan antarabangsa yang sudah pasti dinanti-nantikan semua pelanggan mereka.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, GRV Hotel masih mengekalkan menu 'signature' mereka iaitu Kambing Golek dan Nasi Khosari. Antara juadah lain yang menjadi tarikan adalah seperti roti john, chapati, aneka hidangan panggang, pelbagai pilihan kerabu dan salad, aneka pilihan sup, pelbagai pilihan colek, aneka pemanis mulut dan macam-macam lagi.
HARGA BUFFET RAMADAN GRAND RIVERVIEW HOTEL KOTA BHARU
Buffet Ramadan Citarasa Muhibbah ditawarkan dengan harga RM75 bersih bagi dewasa dan RM45 bersih bagi kanak-kanak berumur 5-12 tahun. Ia dibuka setiap hari bermula 5 April 2022 hingga 2 Mei 2022.
Selain itu, GRV Hotel juga ada menawarkan pilihan juadah berbuka 'hidangan' kepada tetamu yang mencari kelainan dalam pilihan berbuka puasa. Chinese Dome Set Menu ini ditawarkan pada harga RM588 bersih dan RM688 bersih untuk semeja.
1 Comments
Harga okay sangat kalau ada kambing golek.. ada rezeki nak juga ke Kelantan jelajah hotel berbuka puasa di sana hehehehe
ReplyDelete