Buffet Ramadhan 2022 : Buka Puasa Di LEGOLAND Hotel Malaysia

buffet berbuka legoland 2022

Buffet Ramadhan 2022 : Buka Puasa Di LEGOLAND Hotel Malaysia | Alhamdulillah, sedar tak sedar kita dah berada di pertengahan bulan Ramadan dan menghampiri 10 bulan terakhir ramadan. Semoga segala amalan kita diangkat dan diterima oleh Allah S.W.T.

Tempohari, semasa menghadiri pelancaran Build The Thrills Festival 2022 di LEGOLAND Malaysia Resort, saya dan beberapa rakan blogger lain iaitu Momi, Penaberkala dan Afzal sekeluarga telah menginap di LEGOLAND Hotel Malaysia selama 3 Hari 2 Malam.

Selain berpeluang merasai pengalaman bermalam di dalam bilik berkongsepkan Lego "Pirate" yang unik, kami juga dapat berbuka puasa dengan buffet ramadan mereka di Bricks Family Restaurant yang terletak di Level G hotel.

Bricks Family Restaurant

Pada hari kejadian, event kami selesai hampir jam 7 juga masa tu, bila sampai je di Bricks Family Restaurant, semua makanan sudah tersentuh. Jadi korang layankan ajelah photo yang sempat saya ambil ya.


Untuk pengetahuan korang semua, kat sini diorang ada hidangkan lebih dari 200 menu termasuk menu western, dan juga menu masakan kampung. Jadi tak perlu risau kalau selera tekak tu nak macam-macam kan. Seafood pun ada tau. Kalau korang stay dan purchase buffet berbuka kat sini tiap hari, korang tak perlu risau kerana menu ni akan bertukar-tukar setiap hari kecuali menu utama diorang.

buffet ramadan legoland 2022

Kalau berbuka kat sini, jangan fokus pada menu kat dalam je tau sebab di bahagian luar sana mereka ada sediakan menu yang melibatkan bakar-bakar. Bagi peminat Kambing Golek, Ikan Bakar, Otak-Otak, Kebab Roti Pita, pasta, mee dan juga menu grill boleh la ke bahagian luar ni untuk dapatkan menu kegemaran korang masing-masing. Kambing golek dia memang terbaik, cuma sos blackpaper dia je kita tak jumpa. Eh ke memang tak ada? huhu

buffet berbuka legoland 2022

buffet ramadan legoland 2022

buffet ramadan legoland 2022

buffet berbuka legoland 2022

Bahagian pencuci mulut dan buah-buahan pun banyak pilihan. peminat Shushi jangan bersedih sebab shushi pun ada okay. Paling banyak saya dan kawan-kawan repeat adalah ais cendol dan aiskrim dia. Aish macam lain macam dua menu ni.


Sambil menjamu selera tu, korang akan dihiburkan dengan tarian Zapin dan Joget. Persembahan ni ada setiap hari sepanjang bulan ramadhan kecuali pada hari Selasa.

buffet berbuka legoland 2022

Bagi korang yang ada plan untuk berbuka puasa di sini, boleh lah buat tempahan segera. Paling best, dengan setiap pembelian baucar bufet dinner ni, korang boleh dapatkan tiket masuk ke SEAL LIFE Malaysia pada harga RM20 sahaja! Sementara tunggu waktu nak berbuka tu datang awal, bolehlah jalan-jalan tengok hidupan laut yang ada di SEAL LIFE Malaysia dulu. Uih murah sangat RM20 tu.



Masa berbuka puasa hari pertama meriah sangat sebab boleh jumpa rakan-rakan blogger JDT. Memandangkan dah lama tak jumpa, sedar-tak sedar agak lewat juga kami berborak di restaurant tu. hehe. Insyaallah jumpa lagi ya Sislin, kak Sunah dan kawan-kawan yang lain.


Flavours of Nusantara @ LEGOLAND Hotel
Bricks Family Restaurant, Level G
Tarikh : 3 April - 2 Mei 2022
Jam : 6 pm - 10 pm

𝑶𝒏𝒆 𝒕𝒊𝒎𝒆 𝒐𝒇𝒇𝒆𝒓:
Setiap pembelian Bufet Makan Malam layak mendapat akses SEA LIFE Malaysia pada harga RM20 SAHAJA!

𝑵𝒐𝒓𝒎𝒂𝒍 𝒑𝒓𝒊𝒄𝒆 (3 𝑨𝒑𝒓𝒊𝒍 𝒖𝒏𝒕𝒊𝒍 2 𝑨𝒑𝒓𝒊𝒍)
Dewasa: RM138 
Kanak-kanak/Warga Emas: RM70
**Tambahan 10% Diskaun untuk pemegang Pas Tahunan

Untuk tempahan: 📞 +607 560 3808/3884 atau 📧 [email protected]
Butiran lanjut: https://bit.ly/LLMRBUKAPUASA

*Persembahan harian sepanjang bulan ramadhan kecuali hari Selasa



Post a Comment

3 Comments

  1. Makanan di sini semua sedap, cuma tu la kann, kita sampai lewat, so makanan semua dah kena ceduk.. Jumpa walau sekejap, yang penting 'hadir' hahahaha..ada rezeki, kita jumpa di Kelantan ya Madi..

    ReplyDelete
  2. Food semua sedappp. Jom repeat

    ReplyDelete
  3. wahh, meriahhhh.. makanan nampak sedap & yang penting deco2 pun pakai lego yeeee...

    ReplyDelete