Buat pertama kalinya, ibis Styles Kota Bharu menawarkan hidangan berbuka puasa istimewa sepanjang Ramadan ini di Streats Cafe dengan menyajikan gabungan pelbagai hidangan dari seluruh Malaysia yang bertemakan ‘Selera Muhibbah’ .
Menu yang disediakan akan bertukar setiap hari dari 3 April - 2 Mei 2022, menjanjikan hidangan buka puasa dengan lebih dari 100 hidangan yang terdiri daripada makanan pembuka, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut yang pasti akan memberi kepuasan kepada selera korang.
Antara menu istimewa yang akan disajikan pada bulan Ramadan ini adalah Gulai Kawah Daging Istimewa Kelantan, Sup Gear Box, Kambing Panggang, Asam Pedas Ikan Pari, Kerutuk Daging, Gulai Tempoyak Ikan Patin, Ketam Bunga Masak Pedas.
Tidak ketinggalan, beberapa pilihan nasi seperti Nasi Zaffaran, Nasi Beriyani, Nasi Arab & Nasi Hujan Panas juga disediakan untuk para tetamu. Selain itu, pelbagai menu pembukaan seperti salad hijau segar hingga ke Kerabu tradisional, seperti Kerabu Mangga, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Betik Muda, Kerabu Perut, Kerabu Kaki Ayam dan pelbagai ulam-ulaman adalah hidangan pembukaan yang mesti dicuba.
Korang juga boleh merasai pelbagai hidangan pencuci mulut tempatan asli Kelantan seperti Akok, Jala Mas, Tahi Itik, Bubur Pulut Hitam, Bubur Jagung, Bubur Kacang Hijau, Buah-buahan dan Ais Krim, serta pelbagai lagi hidangan pencuci mulut lain.
Untuk melengkapkan pakej ‘buka puasa’, hotel juga menyediakan kemudahan solat untuk pelanggan Muslim kami dan tempat letak kenderaan percuma yang mencukupi.
Jangan tunggu lagi! Pada bulan Ramadan ini, nikmati hidangan ‘buka puasa’ yang enak dengan keluarga, rakan atau rakan perniagaan anda dengan hanya RM69 nett untuk orang dewasa dan RM39 nett untuk kanak-kanak 7-12 tahun & warga emas berumur 60 tahun ke atas.
Hotel juga akan menyumbangkan RM1 dari setiap pembelian kepada rumah kebajikan terpilih.
Untuk tempahan, hubungi mereka melalui maklumat yang tertera di bawah.
Streats Café, ibis Styles Kota Bharu
Lot 184 Jalan Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: +609 740 8083 | WhatsApp: +6011 2822 1511
1 Comments
Bila ramadan gini, baru Sis ko tau banyak hotel dan Cafe di Kelantan menawarkan buffet ramadan selain Hotel Perdana tu.. mybe jarang orang promot kan.. harga berbaloi juga tu, banyak pilihan menu.. nanti boleh cuba..
ReplyDelete