BUFFET RAMADHAN SELANGOR 2022 : THE VENUE SHAH ALAM


RIANG RIA RAMADAN THE VENUE SHAH ALAM | Sedar tak sedar kita sudah pun sampai tahun 2022. Bermula dengan kehidupan Norma Baharu yang kita perlu jalani dan pelbagai SOP yang kita mesti patuh, kini kita sudah tiba di dalam keadaan endemik.

Tahun ini, buat julung-julung kalinya, THE VENUE SHAH ALAM membawakan tema Riang Ria Ramadan untuk konsep Buffet Ramadan tahun 2022 ini. Untuk Buffet Ramadan tahun ini, mereka akan beroperasi di Plaza Alam Sentral, Tingkat 2, Shah Alam.


Bersesuaian dengan konsep ini, mereka akan membawakan menu makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia dan sesuai untuk pelbagai bangsa.


Selain menu utama, The Venue juga menyediakan 8 stall yang terdiri daripada :
  • Nasi Arab Ayam Mandy
  • Kambing Golek
  • Aneka Mee Kak Mas
  • Shell Out Seafood
  • Apam Balik Abang Zam
  • Pencuci Mulut & Buah-buahan
  • Aneka Jeruk-Jeruk
  • Aneka Keropok
  • Ulam-ulaman Kampung dan Pelbagai Sambal
Terdapat juga menu-menu lain yang akan disediakan dan menu-menu ini akan berubah-berubah setiap minggu. Jadi pelanggan yang datang akan dapat merasakan masakan yang berbeza setiap kali hadir ke The Venue.




Selain itu, mereka juga berkolaborasi bersama Abg Dee yang akan memeriahkan suasana. The Venue juga membawa Live Band OJKustik yang akan menghiburkan para pengunjung semasa majlis Buffet Ramadhan berlangsung.

Pelanggan yang berkunjung ke Buffet Ramadhan The Venue juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM20,000.00 tajaan Ariani, Jakel, Empire Classic Furniture dan Tupperware.

HARGA BUFFET RAMADAN THE VENUE SHAH ALAM 

Promosi Harga Tawaran Awal (Early Bird) adalah RM 66/orang (Dewasa), RM 46/orang (Kanak-kanak 5 – 12 tahun, RM 600/meja (Grup 10 orang dewasa). Promosi ini sah sehingga 31 Mac 2021 sahaja.

Harga Normal RM 88/orang (Dewasa), RM 49/orang (Kanak-kanak 5 – 12 tahun), RM 800/meja (Grup 10 orang dewasa). PERCUME untuk kanak-kanak dibawah 4 tahun.

Majlis Berbuka Puasa Tertutup

Tahun ini The Venue ada membuka ruang kepada pelanggan korporat kami yang ingin meraikan staf atau pelanggan mereka dengan mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup. Dengan ini, pihak pelanggan lebih selesa untuk membuat aktiviti bersama sama tetamu yang hadir di samping ruang yang luas dan tidak bercampur bersama tetamu majlis berbuka puasa secara terbuka. Pakej ini bermula daripada RM98/orang (Min. 150 orang).

Program Infaq

Selain itu, mereka juga akan membuat program infaq kepada rumah rumah kebajikan di sekitar Shah Alam. Pelanggan boleh menginfaqkan anak - anak ini untuk menjamu selera di Buffet Ramadhan The Venue. Selain itu, kita juga akan mengumpul dana untuk barang barang keperluan mereka pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Jadi, pelanggan boleh menderma serendah RM60/orang untuk majlis berbuka puasa, dan RM50/orang untuk barang – barang keperluan Hari Raya.

EVENT SPACE THE VENUE SHAH ALAM

Untuk pengetahuan korang, The Venue juga merupakan 'Event Space' yang agak terkenal di Shah Alam yang menawarkan ruang untuk majlis perkahwinan, hari lahir, nikah, tunang, pelancaran produk, reunion, seminar, majlis graduasi, majlis makan malam dan sebagainya. Mereka akan membuka semula pakej mereka pada May 2022.

Pakej Perkahwinan yang ditawarkan di The Venue adalah hanya serendah RM12, 999 untuk 200 orang dan RM 27, 999 orang untuk 1000 orang. Pakej lain-lain serendah RM 63/orang (Min 150 orang) sesuai untuk majlis seperti hari lahir, tuning, nikah, seminar dan sebagainya. Kesemua dewan kami dilengkapi dengan PA system In-House.

Bersempena dengan Ulangtahun Ke - 7 The Venue Shah Alam, kami menawarkan promosi Rebat RM1000.00 untuk setiap pelanggan yang mengambil minimum pakej 500 orang. Untuk tempahan 2022 dan 2023 juga sudah dibuka.

Pelanggan boleh lawati laman Facebook dan Instagram mereka The Venue Shah Alam untuk melihat gambar dan video majlis yang lepas.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan pelanggan boleh terus lawati website mereka di www.thevenye.com.my/buffet-ramadhan atau menghubungi mereka di talian :
  • 018 – 205 1492 (Faridah) 019 – 8585 825 (Lisz)
  • 014 – 250 8160 (Bard) 013 – 247 3767 (Safwan)
  • 014 – 250 8160 (Bard)
  • 018 – 205 1492 (Faridah)
Untuk perkembangan terkini, ikuti mereka di media sosial : Facebook dan Instagram.


Post a Comment

2 Comments

  1. Woww nampak simple tapi mewah, menu dia semua menarik dan looking good.. nak share kat anak kot laa dia mencari tempat berbuka dengan kawannya..

    ReplyDelete
  2. Dulu pernah makan buffet ramadan The Venue... sedappp

    ReplyDelete