5 Tips Deco Rumah Kecil Yang Boleh Korang Buat


Tips Deco Rumah Kecil | Walau sekecil mana sekali pun kediaman / rumah kita, kita harus menjadikannya sebuah tempat yang paling tenang dan baik untuk kita. Ini kerana, rumah adalah tempat untuk kita berehat dan menghabiskan waktu untuk diri sendiri.

Yang penting, jangan berbelanja terlalu besar sampai membuatkan kita rasa tertekan dengan bebanan lain pula. Kalau tidak mampu untuk bermewah-mewahan supaya tercapai hasrat memiliki rumah impian, ada banyak cara lain yang boleh membantu kita untuk mengapainya dengan cara yang lebih menjimatkan.

5 TIPS DECO RUMAH KECIL 

1) Pilih Warna Yang Tepat - Warna dinding memainkan peranan paling penting, jadi pastikan korang memilih warna yang sesuai. Bijak untuk kontrakan pada item yang lebih kecil seperti kusyen atau karpet untuk tumpahan warna yang menarik khususnya pada ruang tamu rumah korang.

2) Guna Konsep Pantulan - Pencahayaan adalah rahsia terbesar yang perlu korang ambil berat. Cuba untuk letakkan lampu di setiap sudut. Cuba lah lampu spot, lapu lantai, lapu hiasan dan pelbagai lagi. Ini secara tidak langsung ia mampu menonjolkan keseluruhan perincian dekorasi di dalam kediaman korang.

3) Guna Pembahagi Ruang - Pembahagi ruang dilihat sebagai elemen penyelamat terhadap ruang yang terlalu terbuka. Korang harus menetapkan kedudukan sempadan ruang laluan masuk, sempadan ruang tamu, ruang makan, ruang menonton atau ruang dapur sebelum memilih untuk memasang pembahagi ruang.

4) Sedia Ruang Simpanan - Kita kena pastikan ruang simpanan dimaksimakan.Kalau kita ambil mudah saja, barang yang bertambah tu akan menyebabkan rumah jadi bersepah kerana kehabisan tempat untuk menyimpan! Dengan adanya ruang simpanan khas, barang yang tidak penting untuk di display di ruang utama rumah boleh di simpan kemas di sini. 

5) Pilih Perabot dan Produk Yang Banyak Fungsi - Bagi memastikan kita dapat apa yang kita nak, ambil masa selidik perabot dan produk yang sesuai untuk susun atur rumah kita. Biasakan juga mencari perabot yang ada lebih dari satu fungsi untuk memaksimakan penggunaan dan perbelanjaan kita tu. Lebih banyak fungsi sesuatu produk yang anda beli, lebih banyak ruang kediaman korang dapat dijimatkan.

Itulah 5 tips yang boleh korang guna untuk deco rumah dan kediaman kecil korang supaya ianya menjadi lebih selesa untuk korang inap. Rumahku Syurgaku. Semoga bermanfaat.


Post a Comment

1 Comments