Mesti korang pernah dengar tentang peribahasa yang berbunyi "bagai melepaskan batuk di tangga" kan?
Peribahasa ini sebenarnya bermaksud ; orang yang membuat sesuatu kerja dengan tidak sempurna atau hanya mengambil syarat atau dengan kata lain membuat kerja secara tidak bersungguh-sungguh.
Mengikut Kamus Dewan maksud perkataan 'batuk' yang kita gambarkan itu ialah berbatuk mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya.
Jadi timbul persoalannya kenapa dan apa tujuan dan kaitannya batuk di atas tangga kan? Maka ini adalah berpendapat sebenar bahawa 'batuk' yang kita gambarkan tersebut adalah perlu dieja 'batok' yang membawa maksud tempurung.
Jadi, kisahnya pada zaman dahulu boleh dikatakan hampir di setiap rumah di hujung tangga di bahagian bawah akan disediakan sebuah tempayan air. Tujuan utama tempayan air ini adalah untuk memudahkan tuan rumah atau tetamu yang datang membasuh kaki sebelum naik atau masuk ke dalam rumah. Untuk menceduk air di dalam tempayan, akan disediakan batok atau gayung diperbuat daripada tempurung kelapa. Batok itu biasanya diletakkan di atas penutup tempayan atau disangkut di mana-mana bahagian.
@projektravel Peribahasa Melayu "Bagai melepaskan batuk di tangga". Berdasarkan kepada fakta kejadian dalam masyarakat dahulu, maksud 'batuk' yang kita gambarkan dalam peribahasa itu sebenarnya adalah 'batok' membawa maksud tempurung sebenarnya. Kesilapan ejaan berlaku mungkin disebabkan pertukaran ejaan dari Jawi kepada Rumi. #PeribahasaMelayu #Terengganu #Terrapuri #Heritage ♬ original sound - ProjekTravel
Berdasarkan kepada fakta kejadian dalam masyarakat dahulu itu, maksud 'batuk' dalam peribahasa itu sebenarnya adalah 'batok'. Kesilapan ejaan berlaku mungkin disebabkan pertukaran ejaan dari Jawi kepada Rumi.
Untuk penggunaan dalam tatabahasa sekarang haruslah ikut format yang telah ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) iaitu 'Batuk'.
4 Comments
Ooo.. Macam tu rupanya..🤗
ReplyDeletebetul2...yang ni beberapa tahun dulu baru tahu batok tu sebenarnya gayung tu
ReplyDeletedisebabkan pertukaran ejaan tersebut...ada ramai yang terkeliru termasuk saya
ReplyDeleteKenapa tak panggil gayong aje
ReplyDeleteMenyusahkan orang aje.