Pakej Makan Malam Dan Siang Di Terrapuri Yang Sangat Sedap & Berbaloi

Pakej Makan Malam Dan Siang Di Terrapuri

Pakej Makan Malam Dan Siang Di Terrapuri Yang Sangat Sedap & Berbaloi | Terrapuri Heritage Village bukan sahaja menawarkan service penginapan yang exclusive dan lain dari yang lain, malah mereka juga ada menawarkan pakej makan malam/siang yang sangat menarik dan sangat sedap iaitu set Santapan Langkasuka dan set Jelira Setiu.


Berikut saya ada sertakan info mengenai kedua-dua set tersebut termasuk menu-menu yang ada. Untuk pengetahuan korang, harga yang saya nyatakan di bawah merupakan harga untuk "in-house guest" dengan minumum tempahan 2 person.

1# Santapan LangkasukaRM 75.00 per person

Nasi Putih Aroma Pandan, Sup Ayam, Kerabu, Tenggiri Gulai Senggora, Ayam Hikayat, Kepah Beradu Serai, Sotong Celup Tepung, Telur Masak Sambal, Aneka Ulam-ulaman, Sambal Belacan Penarik, Pencuci Mulut, Buah Tempatan, Sirap Selasih, Kopi/Teh

2# Jelira Setiu | RM95.00 per person

Sup kepah, Kerabu, Gulai lokan, Kerang beradu serai, Tiram goreng telur, Ketam berlada, Ayam goreng rempah, Aneka ulam-ulaman, Sambal, Pencuci Mulut, Buah Tempatan, Jus buah, Kopi/Teh

menikmati menu Jelira Setiu
Alhamdulillah, 2 malam kami menginap kat sini dapatlah kami cuba kedua-dua set ni. Apa yang boleh kami katakan, kedua-dua set ni sangat berbaloi untuk di cuba. Paling best, menu Jelira Setiu tu. Menu ni lebih kepada menu makanan laut berkerang seperti kepah, lokan, kerang tiram dan lain-lain. Walaupun nasi dah habis, lauknya pon sedap diratah / makan begitu sahaja.

Untuk tempahan bukan in-house guest, harga adalah berbeza; memerlukan minimun 8 orang untuk tempahan dan hanya available untuk makan tengahari sahaja (tidak untuk makan malam).

Post a Comment

2 Comments

  1. kalau sedap ia bukan masalah pada harga.

    sebelum makan perlu fikir dulu sama ada mampu ke tidak

    supaya tidak timbul isu yang tidak dielok kemudian baharu

    ReplyDelete