Akhirnya Merasa Juga Pakai Gelang Pink

kontak rapat

1 November 2021 saya dan Mek (Ibu) mendapat panggilan untuk ke Klinik Kesihatan Labok untuk ujian saringan Covid dan memakai gelang pink. Ini kerana abang saya sekeluarga ada pulang ke rumah kami seminggu yang lepas dan kini positif covid-19. Jadi kami adalah dalam kategori kontak rapat.

Alhamdulillah, selepas buat ujian kendiri di rumah menggunakan test kit yang di beli di farmasi kami negative dari wabak tersebut. Walau bagaimanapon, kami tetap mengikut arahan untuk membuat saringan di Klinik Kesihatan pada 1 November 2021 tu. Memandangkan kami tidak bergejala, saya tidak perlu buat ujian saringan tapi disebabkan mek adalah golongan yang berisiko, maka mereka hanya buat ujian air liur sahaja.

Memandangkan tempoh kuarantin kami hanya 7 hari dari tarikh kontak rapat tu, maka tempoh kuarantin kami hanya berbaki 3 hari sahaja dan akan memotong gelng pada 4 November 2021. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kami dah pun habis tempoh kuarantin.


Walaupun ujian kami negative, kami tetap mengambil langkah berjaga-jaga. Antaranya sentiasa menggunakan essential oil berkaitan untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.

Apapon kita cuba ikhtiar apa yang mampu. Allah yang menentu segalanya.

Info : Warna gelang tidak mewakili status kes, ia bergantung kepada stock sedia ada disesebuah kawasan. Yang penting, sesiapa yang dipakaikan gelang tidak boleh berada ditempat awam dan perlu menjalani kuarantin di rumah.

Post a Comment

4 Comments

  1. Semua tu usaha ya, ikut SOP rasanya selamat dan keputusan bijak

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,negatif. semoga dijauhkan dari Covid-19 ni.. InshaAllah

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah, risaunya laa kan.. moga Madi dan Mek sihat-sihat selalu...

    ReplyDelete
  4. Selamat berkuarantin Madi.. Alhamdulillah result negative.

    ReplyDelete