Candi Sukuh Ada Patung Memegang Kemaluan



Candi Sukuh Ada Patung Memegang Kemaluan | Semasa saya dan kawan-kawan ke Solo beberapa tahun lepas, kami telah berpeluang menerokai sebuah candi yang terletak lebih kurang 36 kilometer dari Kota Solo. Candi ini dianggap kontroversi kerana bentuknya yang diluar dari kebiasaan dan kerana gambaran alat-alat kelamin manusia secara jelas pada beberapa figuranya. Tertarik dengan kelainan dan keunikan yang ada pada candi ini membuatkan saya banyak membaca artikel berkenaan candi ini dan ingin berkongsi dengan anda semua.

CANDI SUKUH


Candi Sukuh merupakan sebuah candi Hindu pada zaman Majapahit, yang terletak di Dusun Sukuh, Desa Berjo, Kecamatan Ngargoyoso, Kabupaten Karanganyar, Provinsi Jawa Tengah. Lokasi Candi Sukuh terletak di lereng kaki Gunung Lawu pada ketinggian lebih kurang 1,186 meter dari aras laut.

Candi ini telah dijumpai oleh ahli arkeologi semasa pemerintahan Gabenor Raffles pada tahun 1815. Usaha untuk memelihara kompleks candi ini telah dijalankan oleh Dinas Purbakala sejak tahun 1917. Dikatakan kuil ini diasaskan pada abad ke-15 Masihi semasa pemerintahan Suhita , Ratu Majapahit yang memerintah pada tahun 1429-1446 . Jolokan yang diberikan kepada candi yang cukup lama ini ialah "The Last Temple" kerana candi ini sememangnya merupakan peninggalan candi Hindu terakhir pada zaman Majapahit.

Pada mulanya kewujudan kuil ini menjadi kontroversi sebagai tarikan pelancong kerana terdapat beberapa arca atau patung yang menggambarkan organ reproduktif manusia. Selain itu, bentuk Candi Sukuh diketahui sangat unik kerana berbeza dengan candi Hindu umumnya. Bentuk kuil ini adalah trapezoid dan serupa dengan kuil Maya. Kerana keunikannya, kuil ini merupakan kuil yang sangat menarik di Asia Tenggara. Pada tahun 1995, Candi Sukuh telah menerima pengiktirafan UNESCO sebagai salah satu warisan dunia yang perlu dijaga.

candi sukuh

Menurut tekaan para pengkaji, Candi Sukuh dibangunkan untuk tujuan penyembuhan, iaitu menghindari atau melepaskan kekuatan buruk yang menjejaskan kehidupan seseorang disebabkan sifat tertentu yang dimilikinya. Dakwaan ini berdasarkan relief yang mengandungi kisah penyembuhan, seperti Sudamala dan Garudheya, dan mengenai patung penyu dan garuda yang terdapat di sini.


Sejujurnya, banyak yang boleh anda lihat seperti patung, arca, inskripsi, dan relief di sekitar dan di dalam kuil. Dan ini sudah semestinya akan membuatkan korang tak rasa rugi menjejakkan kaki kat sini.


Berbeza dengan kebanyakan candi hindu lain, candi peninggalan kerajaan majapahit ini dibina tidak menghadap kearah matahari terbit, tetapi kearah barat. Dari segi seni bina, ia tidak seperti candi-candi lain yang melambangkan Gunung Semeru, tetapi ianya seperti binaan sebuah piramid yang mana puncaknya terpotong dan tidak tajam, selain itu terdapat level bertingkat dengan satu anak tangga di bahagian tengah yang memuatkan satu orang dalam satu masa, serta sejumlah monolit ( bongkah batu tunggal yang tegak, biasanya berbentuk seperti tiang atau tugu) dan patung besar yang mengelilinginya.


Untuk pengetahuan korang, Candi Sukuh mempunyai tiga level, dan setiap level tersebut memiliki keunikan yang berbeza dan tersendiri. Pada level pertama merupakan gerbang utama untuk masuk ke candi, kemudian diteruskan ke level ke dua dimana terdapat pintu gerbang yang sudah rosak dan tidak kukuh lagi. Di sebelah kanan dan kiri pintu gerbang tersebut terdapat arca dwarapala yang merupakan arca penjaga gerbang. Berjalan ke level ketiga, disini terdapat halaman yang agak besar di mana terletaknya Candi Sukuh. Level ketiga ini adalah level terakhir dan paling penting.


Apabila anda menaiki tangga menuju ke atas, anda akan dapat menyaksikan dengan relief yang boleh dianggap agak erotik dan kasar diukir di atas lantai. Relief ini menggambarkan phallus yang menghadap dengan faraj. Sebenarnya relief yang digambarkan bukanlah bermaksud kesat atau lucah, tetapi ianya adalah lambang kesuburan. Ada falsafah tertentu yang terkandung di dalamnya. Relief itu sengaja diukir di lantai pintu masuk dengan tujuan sesiapa yang memijak relief itu hilang segala kotoran yang melekat di badan kerana terkena suwuk. Relief tersebut sengaja diukir di lantai pintu masuk dengan maksud agar siapa saja yang melangkahi relief itu dapat menghilangkan segala kotoran yang melekat di badan kerana sudah terkena suwuk (kaedah pengobatan tradisional Indonesia).

Daripada kisah nenek moyang penjaga Candi Sukuh; Relief ini adalah untuk menguji keperawanan pasangan pengantin. Pengantin lelaki yang ingin menguji kesetiaan bakal isterinya, dia akan meminta pasangannya untuk melangkah ke atas relief ini. Tanda-tanda bahawa pasangan pengantin masih dara atau tidak akan dibuktikan dengan keadaan kain kebaya yang digunakan ketika memijak relief. Jika baju kebaya yang dipakainya koyak atau jatuh, maka dia masih dara. Sebaliknya, jika kain itu ditarik begitu sahaja, isteri dipercayai sudah tidak dara lagi.

Post a Comment

1 Comments

  1. candi lama-lama begini sangat unik dan istimewa.

    boleh dikaji dalam bab sejarah

    ReplyDelete