Burger P.Ramlee KFC Rasa Kuah Kari Nasi Kandar

burger kfc

Memandangkan dah lama tak makan KFC, beberapa hari lepas singgah di restoran KFC yang ada kat bandar Machang. Bila dah sampai, tetiba blur tak tau nak oder apa. Memandangkan sekarang ni KFC ada keluarkan menu baru iaitu Burger P. Ramlee ,why not kalau saya cuba kan.

Katanya menu baru ini dicipta secara eksklusif bagi memberi penghormatan khas buat lagenda negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

burger kfc

Burger KFC P.Ramlee ni kaya dengan gabungan rasa aromatik kuah kari kandar yang diperap dengan ramuan herba tempatan seperti kunyit, serai, jintan dan daun kari menyaluti filet Zinger Hot & Spicy Zinger. Ditambah mayonis, sayuran berempah istimewa kemudian diapit roti bijan panggang. Setiap gigitan, pasti akan membuatkan deria rasa anda bergetar dan menyanyi kegirangan. Macam tulah perumpamaannya mereka. hehe

Bagi saya, burger ni taklah rasa berat sangat kuah Kari Kandar dia. Tapi ianya just nice and saya suka. Kalau tanya akan repeat ke tak, saya akan kata ‘Ya’. Ianya sedap dan secukup rasa.

Post a Comment

1 Comments

  1. Maca, best plak yaa rasa dia, boleh laa cuba nanti ..

    ReplyDelete