Sejadah Kompas Yang Nipis, Ringan & Mudah Untuk Dibawa Travel

Sejadah Travel

Salah satu aksesori perjalanan terpenting yang dapat dimiliki oleh seorang Muslim adalah tikar solat ataupun sejadah yang nipis dah mudah dibawa kemana-mana.

Memiliki tikar sembahyang seperti ini menjadikan kehidupan seorang traveller menjadi lebih mudah. Kita tidak perlu risau untuk menyempurnakan solat dengan selesa.

Bagi pelancong atau mereka yang selalu dalam perjalanan, tikar sembahyang akan sangat diperlukan ketika berada di tempat-tempat seperti lapangan terbang, pusat membeli-belah, terminal atau bahkan tempat-tempat di mana tidak ada musolla atau (surau dan masjid) terutama di negara-negara barat di mana Islam adalah minoriti .

Artikel kalini saya nak kongsikan dengan korang satu sejadah travel yang korang boleh miliki dimana ianya ada kemudahan kompas untuk menentukan arah kiblat. Dengan adanya kompas mini di sejadah ini, anda tidak perlu risau sekiranya aplikasi tunjuk arah kiblat di smartphone korang tidak berfungsi atau smartphone korang sendiri kehabisan bateri.

sejadah travel
Sejadah travel ini sangat nipis dan boleh dilipat menjadi kecil menjadi saiz poket. Walaupun begitu, setiap bucu sejadah ini diletakkan pemberat supaya ianya tidak mudah terganggu oleh angin apabila dibentangkan. Material sejadah mini ini adalah dari Polyester fiber.

KEGUNAAN:
• Bahan rujukan untuk arah kiblat ketika musafir
• Sebagai sejadah untuk sembahyang.
• Mengenalpasti arah kiblat.
• Digunakan untuk travel, camping dan debagainya.
• Persediaan sembahyang jumaat.

Nak beli kat mana? Korang boleh membeli tikar solat pelancong di pttoutdoor.com.

Post a Comment

0 Comments