Pertama kali ternampak / kenal essential oil (eo) #SacredMountain ni dari post Nazreen Ridzuan. Katanya eo ni bau dia seakan kita berada bersama alam semulajadi atau berada di gunung ganang.
Perasaan masa tu macam wow sangat.. Betul ke boleh sampai macam tu sekali? Lepastu ada juga ternampak perkongsian dari Harris Arisyi Redzuan berkenaan eo ni. Terus tanam impian nak purchase eo ni dalam next essential reward (ER).
Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi bila menang challange dari Kak Anita Abdul Hamid dan dapat eo ni. Terima kasih kak Nita.
Sayang nak pakai, tapi disebabkan perasaan ingin tahu pasal aroma dia, malam tu terus buka dan diffuse guna diffuser Aria yang baru juga sampai sama-sama dengan eo ni.
Subhanallah !! Aroma dia tu macam hutan yang kita masuk lepas hujan. Segar, wangi baunya. Kalau kita stress, penat bekerja, banyak berfikir, tengah sedih sebab kehilangan seseorang, rasa macam down dll. Boleh try diffuse or apply selalu Sacred Mountain ni.
Essential Oil Sacred Mountain ni adalah gabungan beberapa essential oil dari pokok Konifer iaitu Spruce, Balsam Fir, Cedarwood dan ditambah dengan kelembutan bunga kenanga (Ylang Ylang).
- Eo Ylang Ylang : Dapat membantu memberi kita kekuatan untuk menghadapi masa akan datang. Juga dapat seimbangkan tenaga lelaki dan wanita.
- Eo Cedarwood : memiliki kelebihan yang boleh membuatkan kita boleh melupakan memori yang terpendam dan perasaan yang block diri kita.
- Eo Balsam Fir : Dapat membantu dalam mengurangkan sakit sendi dan otot. Jadi Sacred mountain ni juga sangat membantu bila kita rasa sakit badan.
- Eo Spruce : Bertindak sebagai eo yang membantu untuk kita melepaskan sesuatu yang terpendam tapi bukan dengan cara kemarahan.
Amacam? Unik bukan eo-eo yang terkandung dalam Sacred Mountain ni. la bergabung membuatkan eo Sacred Mountain ni jadi sangat diperlukan untuk diri kita.
Secara kesimpulannya, eo ni dapat berfungsi untuk meningkatkan kekuatan (strength), kuasa (empowerment), ketenangan (grounding) dan perlindungan (protection) sebagaimana kita rasa bila dekat dengan alam semulajadi.
Kalau rasa diri kita perlukan sesuatu untuk lebih kuat, untuk lebih berfikir dengan tenang. Pakai la Sacred Mountain ni. Diffuse / inhale / sapu di body area. InshaaAllah, ia boleh membantu kita dalam uruskan emosi, perasaan dan fikiran. Jadi, inilah kelebihan yang ada pada eo sacred mountain. Menarik kan?
0 Comments