Lama Hotel Sepi, Mungkin Ada Yang Menghuni. APA PATUT KITA LAKUKAN?


Lama Hotel Sepi, Mungkin Ada Yang Menghuni

Bertapa seronoknya rakyat Malaysia apabila kerajaan Malaysia mengumumkan untuk membenarkan rakyat Malaysia untuk travel melalui Gelembung Pelancongan (Travel Bubble) Projek Rintis Pulau Langkawi.

Namun, perlu kita sedar bahawa, banyak lokasi serta hotel-hotel sudah lama tidak berpenghuni/ disewa disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, seeloknya kita mempersiap atau mengambil lagkah berjaga-jaga sebelum memilih lokasi penginapan khususnya.

Buat korang yang ingin bercuti terutama selepas PKP ni, haruslah diingat bahawa Hotel dah lama menyepi, mungkin ada yang menghuni.


Untuk artikel kalini,  saya nak kongsikan perkongsian dari USTAZ KAZIM kepada mereka yang selalu outstation untuk urusan rasmi ataupun bercuti, ketika menginap di hotel. Antara perkara yang korang boleh cuba amalkan adalah seperti berikut:

1) Selepas check-in, ketuk pintu dulu sebelum masuk bilik. Buka pintu dan bagi salam. Kita tak tahu dalam bilik tu ada 'benda' atau tidak. Sekurang-kurangnya kalau ada tu, 'dia' tahu kita ni jenis beradab.

2) Kasut/selipar kalau boleh jangan disusun kemas dan rapat. Salah satu sengaja terbalikkan. Kerana 'benda' ni mereka suka 'mencuba' barangan kepunyaan kita. Bila tercuba dengan sesuatu yang 'ngam', dia akan terus berada di situ, tak berganjak sehingga 'dia' ikut kita balik rumah. (moga dijauhkan)

3) Sekiranya kain jendela bilik tertutup dan hari masih siang, bukakan kain dan jendela itu sekejap. Dengan membuka tingkap ni, 'haba' dari luar akan masuk memenuhi ruangan dalam dan apa-apa yang 'sejuk' di dalam akan keluar. Pendek kata, pastikan bilik tu ada peredaran udara. (pilih bilik yang mempunyai tingkap)

4) Ketuk, dan buka pintu bilik mandi dan pasangkan lampu dan biarkan pintu tu terbuka (sekejap), juga untuk tujuan peredaran udara kerana bilik mandi adalah ruangan yang paling 'sejuk' di dalam sesebuah bilik hotel dan jangan lupa juga, flush kan tandas sekali (tujuan untuk membuang aura negatif yang mungkin telah lama bertakung) dan bukakan pili untuk biarkan air mengalir sebentar dan basuhkan tangan dan kaki.

5) Sekiranya anda seorang sahaja dan diberikan bilik berkatil kembar, penuhkan salah satu katil tu dengan barang-barang seperti beg, baju, seluar, dokumen-dokumen dan bantal yang tak digunakan tu kalau boleh, letakkan di katil yang anda akan tidur.

Sekiranya mendapat bilik dengan katil jenis Queen atau pun King, gunakan ke semua bantal yang ada dan tidur di tengah katil. Jangan tidur di sebelah sahaja dan biarkan sebelah lagi tu kosong.

6) Ketika nak masuk tidur, biarkan salah satu lampu dalam bilik terpasang ataupun sekurang-kurangnya pasangkan lampu dalam bilik mandi.

7) Membaca doa sebelum tidur agar kita dijauhi gangguan yang tidak diingini.

8) Jangan tinggal solat


hotel berhantu di malaysia, hotel berhantu di genting highland, hotel berhantu di cameron highland, hotel berhantu di langkawi, cerita hantu paling seram, cerita hantu malaysia, cerita hantu melayu, cerita hantu hotel, cara halau burung hantu, ruqyah halau hantu raya

Post a Comment

1 Comments

  1. Perkongsian yg sgt bagus dan bermanfaat. Ye la kan..dah dekat 2 tahun gak kte kena pkp ni..hotel lama tak berpenghuni

    ReplyDelete