Spot Paragliding Terbaik di Terengganu | View Pantai & Bukit Keluang


Spot Paragliding Terbaik di Terengganu | View Pantai & Bukit Keluang | Paragliding merupakan salah satu sukan udara yang dah lama saya ingin cuba. Rasa berkobar-kobar nak cuba tu makin tebal bila saya sertai luputan media mengenai sukan paragliding di Kuala Kubu Baru (KKB) beberapa tahun yang lepas. Semasa liputan tersebut, saya sendiri tak ada rezeki nak cuba kerana faktor masa dan peralatan kerana media terlalu ramai dan masing-masing berebut untuk mengambil peluang keemasan ni. Jadi, tengok jelah mampu. hehe.

Nak cuba sendiri rasa tidak mampu sangat masa tu sebab kos untuk sukan ni agak tinggi iaitu dalam RM200 lebih macam tu. Bukan itu saja, faktor lokasi yang jauh jugak buat saya fikir panjang sebab sukan ni bukanlah sukan biasa yang kita boleh run sesuka hati anytime macam tu sebab ianya bergantung pada angin dan cuaca. Andai kata kita travel jauh-jauh untuk buat aktiviti paragliding ni dan ditakdirkan cuaca tak baik dan angin tak ada, memang merugikan tu hehe. Jadi tertangguhlah keinginan nak naik paragliding ni di Kuala Kubu Baru dan Jugra pada masa tu.

Paragliding And Parasailing

Walau begitu, selepas beberapa tahun kemudian saya dan kawan saya Khairul Anuar telah berpeluang melakukan aktiviti parasailing di Bali secara tidak sengaja. Maka, terubatlah sikit keinginan nak terbang dengan payung tu kat udarakan. Walaupun selepas buat aktiviti tu, kami menderita kena sunburn yang teruk. huhu.

View Pantai & Bukit Keluang

Parasailing ni menggunakan konsep yang sama, cuma bezanya parasailing ni berfungsi dan terbang dengan bantuan tenaga dari bot yang menarik, manakala paragliding pula sepenuhnya bergantung pada keadaan angin dan memerlukan lokasi yang tinggi untuk terbang.

Tapi, bila dah rezeki kita tu memang tak akan kemana. Awal bulan april lepas, saya dan beberapa orang kawan dari Terengganu telah berpeluang merasai sendiri pengalaman terbang dengan sukan paragliding di Bukit Bubus, Besut Terengganu. 

Keindahan Matahari Terbit dan Aktiviti Paragliding di Bukit Bubus

Spot Paragliding Terbaik di Terengganu

Bagi penggemar aktiviti mendaki bukit, mereka cukup kenal dengan Bukit Keluang kerana keindahan pemandangan berlatarkan kehijauan hutan di pesisiran pantai. Namun begitu, ramai yang kurang tahu tentang kewujudan sebuah lagi lokasi menarik dengan pemandangan yang lebih menarik yang terletak hanya bersebelahan dengan Bukit Keluang iaitu Bukit Bubus.

paragliding besut

Walaupun saya sendiri tak pernah mendaki Bukit Keluang, tapi menurut kawan-kawan lain bahawa Bukit Bubus tidaklah setinggi Bukit Keluang kerana ia hanya memakan masa 10 - 15 minit pendakian dari lokasi parkir kereta. Malah track yang bakal kita lalui pun merupakan track biasa sahaja. Jadi tidak menjadi masalah bagi sesiapa sahaja untuk menikmati panorama hebat di Bukit Bubus walaupun bagi saya yang berbadan yang agak berisi ni. Walaupun begitu, ia bukan menjadi alasan untuk korang abaikan senaman ringkas sebelum membuat pendakian.

Memandangkan niat kami nak kejar matahari terbit di kawasan ni, maka kami turun seawal sebelum subuh lagi dari homestay tempat kami menginap. Pada awalnya kami hanya plan untuk menikmati keindahan matahari terbit di sekitar pesisir pantai je. Oleh kerana ada masalah dan kami tak jumpa jalan untuk cross ke pantai, maka Ariff cadangkan untuk kami panjat Bukit Bubus yang berada tidak jauh dari situ.

Kami tidak berfikir panjang dan ikut sahaja cadangan yang ada kerana kami tidak mempunyai waktu yang banyak untuk buang masa dengan masalah yang ada. Kami Parking kereta dan terus mendaki Bukit Bubus. Alhamdulillah tak sampai 15 minit kami sampai ke puncak. Kat atas ni agak gelap tanpa lampu dan sumber cahaya kami hanya dari sumber lampu dari telefon masing-masing.


Sambil menunggu matahari terbit, Iskandar, Muif dan Ariff bersiap dengan prop masing-masing untuk ambil gambar. Props sangat penting bagi kami ya untuk dapat hasil gambar dan video yang bagus. Masuk je waktu subuh, kami solat di atas wakaf yang ada disitu. Alhamdulillah, boleh ambik air sembahyang dengan mudah sebab ada air disediakan dalam tong di kawasan wakaf tu. Selain dari kemudahan wakaf yang cukup selesa, atas Bukit Bubus ni juga ada kemudahan lain seperti bangku dan kerusi.
bukit bubus paragliding

Apabila tiba masanya, ternyata apa yang dikhabarkan benar-benar buat kami teruja. Pemandangan indah matahari terbit dari atas bukit mengadap laut dan pemandangan yang cukup mengagumkan. Subhanallah. Bak kata Muif, "Best Sunrise Ever".

Insyaallah kalau diberi kesempatan ke sini lagi, kami ada plan untuk bermalam kat atas Bukit Bubus ni (berkhemah). Atas ni pun sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi perkemahan juga. Tapi seeloknya kalau korang nak bermalam kat atas ni silalah minta izin dengan mereka yang bertanggungjawab dulu. Apa yang paling penting, jangan buang sampah merata dan jaga kebersihan kat sini dengan baik.

paragliding terengganu

Pengalaman Aktiviti Paragliding Di Bukit Bubus

Bukit Bubus yang terletak dalam jajaran Bukit Keluang ini semakin popular kepada pengunjung dan menjadi tempat tumpuan bagi tujuan rekreasi keluarga termasuk pelancong daripada luar negara. Dengan ketinggian 85 meter dari paras Laut China Selatan, Bukit Bubus menjadi lokasi pilihan pengunjung untuk aktiviti paragliding di Terengganu kerana lokasinya yang sangat menarik dengan pemandangan pantai dan laut yang sangat cantik. Agak-agaknya lah kan harga paragliding Terengganu ni mahal tak?

Paragliding besut

Kami juga disambut baik oleh team 3A Adventures dimana mereka adalah orang yang bertanggungjawab meneroka dan mengusahakan aktiviti paragliding di Bukit Bubus.


Alhamdulillah, nasib kami sangat baik kerana hari ni kerana cuaca agak baik untuk aktiviti paragliding. Walaupun pada awalnya kami perlu menunggu agak lama untuk angin betul-betul kuat untuk menerbangkan kami.

.
.
Harga untuk aktiviti paragliding adalah serendah RM180 termasuk pegangkutan dari 'meeting point' ke lokasi 'Take Off' sahaja. Untuk melakukan aktiviti paragliding ni, saya cadangkan korang untuk mengambil pakej dengan agen yang bertauliah seperti 3A Adventures.


Selain dari service yang cukup bagus, paling penting mereka mempunyai ramai pekerja untuk membantu memastikan keselamatan kita di tahap maksimum sebelum take-off.


Untuk urusan aktiviti paragliding boleh rujuk detail di bawah.

Harga : RM180-RM350 (MYR)
Tempoh Terbang : 5-10 minute
Minimum umur 10 tahun.
Maximum berat 90kg
Bergantung kepada cuaca.

Alamat :
Bukit Bubus, Pantai Dendong, Jalan Unisza, Kampung Raja
22200 Besut Terengganu, Malaysia.
Contact No. : 014-8139313 (Muniff)

paragliding terengganu bukit keluang, harga paragliding terengganu, paragliding and parasailing, harga paragliding di malaysia, paragliding malaysia price, paragliding in bahasa malaysia, tempat paragliding di malaysia

Post a Comment

2 Comments