Urusan Aqiqah & Qurban Tahun 2021 Lebih Mudah Dengan Aqiqah Centre

Urusan Aqiqah & Qurban Tahun 2021 Lebih Mudah Dengan Aqiqah Centre | Alhamdulillah, makin ramai diantara kawan-kawan seusia saya sedang menimang cahaya mata baru. Bagi ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata, mesti sedang teruja untuk melakukan majlis aqiqah buat anak mereka. Hukum melaksanakan aqiqah menurut Islam untuk anak yang baru dilahirkan adalah sunat muakkad dan sangat-sangat digalakkan dalam Islam bagi yang berkemampuan.


Selain ibubapa yang bertanggungjawab mengaqiqahkan anak mereka. Kita juga boleh membuat aqiqah untuk diri kita sendiri. Menurut mazhab Syafie', tuntutan aqiqah dari seorang ayah keatas anaknya hanya dalam tempoh mencapai usia baligh anak tersebut. Selepas baligh, gugur tuntutan aqiqah dari ayahnya, namun ia boleh mengaqiqahkan dirinya sendiri.

Korang sendiri macamana? sudah buat aqiqah ke belum? atau masih berkira-kira mencari tempat sesuai untuk melakukan aqiqah untuk simanja korang yang baru lahir? Tak ada masa nak uruskannya sebab sibuk dengan kerja? Haa.. ini masalah paling banyak kita jumpa. Yela, bila buat aqiqah sendiri ni banyak benda kita kena uruskan. Bila masa kita nak cari kambing, nak uruskan sembelihan dan jamuan lagi. Jadi memang banyak kerja nak kena buat.

Selain dari masa, harga  juga menjadi masalah bagi sesetengah orang. Tidak semua mampu dan berduit kan. Jadi kalau pakej yang ada mahal dan di luar kemampuan, memang akan menjadi masalah?

Ramai di kalangan masyarakat Islam banyak bertangguh disebabkan masalah masa dan juga kos untuk pakej aqiqah & qurban itu. Di Malaysia, harga pakej untuk aqiqah & qurban adalah sekitar RM800 tidak termasuk upah memasak, majlis, dan sebagainya. Jadi boleh bayangkan lah kos total kalau lengkap semuanya. Oleh kerana hal demikian lah, ramai dikalangan mereka memilih untuk menangguhkan majlis aqiqah.

Jika korang sedang merancang untuk melakukan majlis aqiqah untuk simanja korang ataupun untuk daftar qurban 2021, apa kata korang cuba Pakej Aqiqah & Qurban dari Aqiqah Centre. Apa yang saya boleh katakan ianya adalah pakej Aqiqah & Qurban yang sangat dipercayai, mudah dan sudah semestinya murah.

Apa Itu Aqiqah Centre?

Aqiqah Centre adalah syarikat Malaysia yang mengurus aqiqah dan qurban di Tanah Suci Mekah. Kewujudan dan kepakaran mereka di dalam dunia pengurusan aqiqah dan qurban bermula dari tahun 2015 lagi. Penjenamaan aqiqah centre bermula pada awal tahun 2019, dan ini adalah hasil rebranding dari jenama asal, Halim House of Lamb.


Pihak Aqiqah Centre menawarkan pakej yang sangat memudahkan urusan orang ramai yang berkeinginan menunaikan hajat untuk membuat aqiqah & qurban. Korang boleh berurusan dengan mereka untuk mendaftar dengan cara 100% secara online. Jadi korang tak perlu susah-susah ke pejabat mereka atau kemana-mana. Sambil rehat di rumah pon boleh setel.

Selain dari urusan pendaftaran yang mudah,  harga pakej yang mereka tawarkan adalah sangat murah iaitu serendah hanya RM499 sahaja. Memang murah sangat ni. Lebih bagus lagi, urusan aqiqah ini akan dilaksana di Tanah Suci Mekah.



Lebih menarik, setiap sembelihan aqiqah akan diberikan video rakaman bukti sembelihan dengan sebutan nama (anak) beserta sijil premium ukiran kayu. Untuk setiap pendaftar Qurban pula akan terima hadiah istimewa dari mereka.


Ianya sangat dipercayai kerana mereka dah mengurus 21,000 sembelihan sejak tahun 2014 lagi. Selain itu, artis-artis juga ramai yang dah guna khidmat mereka seperti Shaheizy Sam, Abby Abadi, Dato' Fazley dan ramai lagi.



Untuk maklumat lanjur mengenai urusan pendaftaran aqiqah atau qurban, korang boleh hubungi Aqiqah Centre melalui talian hotline 010-8400803.

Post a Comment

1 Comments

  1. Terbaik dan memudahkan ni.. ada juga terfikir nak guna aqiqah centre ni... anak umur 5 tahun belum aqiqah lagi...

    ReplyDelete