Cuci Lilin Buah Import Dengan Thieves Fruit & Veggie Soak Young Living | Confirm Bersih !! | Membeli buah-buahan yang elok kejadiannya sebenarnya bukanlah satu pilihan yang bagus jika kita tidak tahu cara untuk membersihnya dengan betul. Ini kerana ada sebabnya kenapa sayur atau buah-buahan tersebut 'perfect', cantik dan tiada gangguan serangga langsung.
Seperti yang sedia maklum bahawa buah-buahan import atau sayur-sayuran yang kita beli di pasar atau kedai bukanlah selamat untuk di makan terus kerana kebanyakannya telah diracun untuk mengelak serangga perosak dan diperam / disalut lilin(wax) untuk mengekalkan kesegaran buah untuk jangkamasa panjang apabila untuk tujuan export ke luar negara.
Oleh hal yang demikian, pasti ramai kat luar sana sendang tercari-cari cara untuk bersihkan buah-buahan atau sayur-sayuran yang mereka dibeli di kedai supaya lebih bersih dan selamat untuk dimakan.
Cuci Buah-Buahan Dengan Thieves Fruit & Veggie Soak Young Living
Setelah menjadi pengguna Young Living selama beberapa bulan, saya telah diperkenalkan dengan satu produk hebat untuk membersih buah-buahan dan sayuran iaitu Thieves Fruit & Veggie Soak Young Living. Produk ini dikatakan mampu untuk membersih lilin yang menyaluti buah-buahan import dengan baik dan menyeluruh. Bukan sekadar itu sahaja, ia juga boleh membersih bahan kimia dan racun yang terdapat pada sayur-sayuran. Paling penting ia merupakan bahan pencuci yang organic dan bebas bahan kimia.
Formula unik ini menggabungkan tiga campuran minyak pati Young Living eksklusif dengan bahan-bahan lain yang berasal dari semula jadi untuk mencuci hasil anda dengan berkesan. Ia sangat pekat untuk penggunaan jangka panjang.
Sebotol Thieves Fruit & Veggie Soak (473ml) boleh tahan berbulan-bulan ikut penggunaan. Ada yang kata boleh tahan sehingga setahun. Jimat sunguh. Harga produk ni adalah RM 117.50 sahaja untuk harga retails, jadi untuk harga members sudah tentu lebih murah! Nampak mahal bukan? Tapi kalau di hitung jadi sebulan hanya invest beberapa ringgit sahaja untuk keluarga sihat.
Cara Guna Thieves Fruit & Veggie Soak
Cara nak guna Thieves Fruit & Veggie Soak ni adalah hanya 1/2 penutup + sebesen air then rendam sayur dan buah-buahan yang korang beli sektika. Selepas tu korang boleh bilas dan siap untuk di makan. Untuk lagi jimat basuh semua sayuran dalam 1 besen.
Kalau korang beli buah dan sayur-sayuran 2 kali seminggu, jadi penggunaan hanya 1 penutup seminggu. Sebelum simpan sayur dalam fridge, korang boleh basuh dulu siap-siap dengan thieves fruit and veggie soak ni. Insyaallah sayur boleh tahan lagi lama bila korang buat macam ni.
Jom sama-sama kita tonton video live experiment cuci sayur brokoli menggunakan Thieves Fruit & Veggie Soak.
Thieves Fruit & Veggie Soak juga menawarkan penyelesaian cepat dan mudah untuk membersihkan sejumlah besar sayuran dan buahan korang dengan berkesan; sama ada untuk penyediaan makanan untuk keluarga anda, memasak untuk acara besar, atau banyak lagi.
Ciri & Faedah Thieves Fruit & Veggie Soak
- Membersihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan selamat dan berkesan
- Tidak mempengaruhi rasa buah-buahan atau sayur-sayuran
- Sangat pekat untuk penggunaan jangka panjang
- Bagus untuk produk konvensional dan organik
Selain sayur dan buah, korang juga boleh guna untuk bersihkan makanan basah lain seperti daging atau seafood/ ikan. Kalau dulu bila basuh ayam, udang, sotong dan ikan mesti ada bau hanyir dan bau tu turut melekat pada tangan. Walaupun kita dah cuci dengan sabun, lambat bau hanyir tu nak hilang.
Kini korang boleh nikmati makan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan selamat dengan menggunakan Thieves® Fruit & Veggie Soak!
Untuk beli Thieves® Fruit & Veggie Soak , Essential Oil atau berminat untuk mendaftar ahli Young Living, anda boleh klik link whatsapp berikut : https://wa.link/3xccv7
Your Most Wanted YLID : Mawardi Yunus
ID NO. : 27227561
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di FB saya, Mawardi Yunus
atau follow IG saya @mawardiyunus
atau email di [email protected]
atau sms (wa) +6018-2266623
0 Comments