Vitamin SHAKLEE Untuk Ibu Hamil
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Pengambilan makanan yang seimbang ketika hamil sangatlah penting kerana pada ketika ini, bukan hanya si ibu sahaja memerlukan nutrisi lengkap malah untuk si bayi yang sedang mengalami proses tumbesaran dalam rahim ibu juga.
Di awal kehamilan biasanya Ob Gyn akan mewajibkan si ibu untuk pengambilan asid folik. Kenapa? Kerana pengambilan asid folik yang mencukupi akan membantu melindungi bayi yang dikandung daripada kecacatan saraf tunjang. Lebih baik sekiranya pengambilan asid folik harus bermula pada mereka yang baru bercadang mahu mengandung, sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung dan diteruskan juga sepanjang 3 bulan pertama kehamilan sebelum mengambil multivitamin prenatal.
Selain itu, pengambilan kalsium, iron (zat besi) dan DHA juga penting ketika hamil. Anda boleh mendapatkan nutrien-nutrien ini melalui amalan makanan yang seimbang, atau sekiranya ada kekangan, dapatkannya melalui pengambilan vitamin khusus untuk wanita hamil seperti vitamin-vitamin Shaklee dalam senarai di bawah.
- Ostematrik (kalsium, magnesium dan vitamin D)
- Omega Guard (asid lemak penting, DHA)
- ESP (protein)
- Vita Lea (lengkap dengan zat besi)
- Vitamin C
- B Complex (lengkap dengan asid folik)
Panduan makan vitamin Shaklee untuk ibu hamil (Panduan Am)
Ostematrix - 4 biji sehari (SELEPAS MAKAN PAGI 2BIJI)
Wanita hamil memerlukan kalsium sekitar 1000 mg ke 1300 mg sehari. Istimewanya Ostematrix kerana ia ia bukan sahaja mengandungi kalsium, malahan lengkap dengan magnesium dan vitamin D (bantu penyerapan). 1 biji Ostematrix mempunyai 250 mg kalsium. Magnesium membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang lalu menguatkannya, manakala vitamin D pula meransang penyerapan kalsium.
Sepertimana yang kita tahu, kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Bagi wanita hamil pula, ia penting untuk ransangan saraf dan mengelakkan kekejangan otot ketika hamil. Kalsium juga penting untuk denyutan jantung dan tekanan darah yang stabil. Kalsium yang cukup ketika hamil amat penting kerana sekiranya bayi dalam rahim tidak mendapat bekalan kalsium yang cukup, bayi akan 'menarik' kalsium daripada ibunya, yang mana akan memberi kesan kepada ibu hamil seperti osteoporosis di kemudian hari.
Omega Guard - 1 biji sehari (SEBELUM TIDUR)
Pengambilan Omega Guard Shaklee disarankan bermula pada trimester kedua dan ketiga. Ianya penting untuk membantu pembentukan otak bayi daripada peringkat awal. Mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk otak dan mata bayi. Juga membantu mengawal kadar kolestrol dalam badan wanita hamil.
ESP - 1 sudu besar sehari ( 3 KALI)
Protein sangat penting untuk membina, memperbaiki dan memperbaharui sel-sel, tisu dan hormon dalam tubuh. Protein juga penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang baik dan berkualiti penting untuk kesihatan keseluruhan yang baik, kerana sel yang sihat menyerap lebih nutrien daripada sel yang tidak sihat. Bagi wanita hamil, pengambilan ESP membantu memberi tenaga terutamanya ketika mengalami alahan (kurang/tak lalu makan). Paras G.I yang rendah sesuai diamalkn oleh ibu hamil diabetes kerana memberikan rasa kenyang yang lebih lama serta membekalkan tenaga berpanjangan untuk ibu-ibu.
Selain daripada itu, protein ESP ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ-organ bayi.
Vitalea - 1 ke 2 biji sehari
Dilengkapi dengan zat besi dan juga 200 mg asid folik Ibu hamil yang mengalami anaemia, pening atau mudah pitam amalkan secara konsisten untuk kesihatan yang lebih baik (inshaALLAH). Wanita hamil yang mengalami masalah Hb rendah juga digalakkan mengambil Vitalea ini.
Anaemia amat berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin, oleh itu pastikan pencegahan awal dilakukan.
B Complex - 1 ke 2 biji sehari
B Complex yang lengkap dengan asid folik dan biotin (sumber b yang mahal harganya). Asid folik mustahak untuk membantu pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Pengambilan asid folik adalah sekurang-kurangnya 400 mg sehari (2 biji b complex ATAU 1 biji b complex + 1 biji Vitalea).
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Ia juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Vitamin C membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan (immune booster). Selain daripada itu, vitamin C penting untuk kadar serapan zat besi yang optima dalam tubuh kita.
---------------------------------------------------------------
Your Most Wanted SID -Mawardi Yunus-
ID NO. - 1549748
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di FB saya, Mawardi Yunus
atau follow IG saya Mawardi Yunus
atau email di [email protected]
atau sms (wa) +6018-2266623
1 Comments
Wah..details dan bagus..senang ibu hamil nak buat rujukan
ReplyDelete