Alhamdulillah, benda yang kita nanti-nantikan sudahpun tiba di Malaysia. Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah pun dilancarkan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun menerima suntikan vaksin Covid-19 pada beberapa hari yang lalu. Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini adalah inisiatif pihak kerajaan untuk memberi vaksin Covid-19 secara percuma kepada rakyat Malaysia.
Untuk pengetahuan korang, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bertemakan "Lindung Diri Lindung Semua" itu dilaksanakan dalam tiga fasa bermula hari ini dengan Fasa 1 dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan (frontliners) melibatkan 500,000 orang semuanya.
Pendekatan kerajaan melalui program imunisasi ini adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin menjelang Februari 2022 nanti.
Malaysia menerima kumpulan pertama bekalan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech melibatkan 312,390 dos pada Ahad melalui pintu masuk utama negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang; Johor dan Pulau Pinang.
Apa itu Vaksin Covid-19 Pfizer?
VAKSIN Covid-19 Pfizer-BioNtech. FOTO EPA
Pasti ramai tertanya-tanya akan keberkesanan dan kesan-kesan yang bakal diterima oleh mereka yang menerima vaksin Pfizer ini kan? Jadi jom kita tengok apa itu Vaksin Pfizer ni.
Pfizer merupakan sebuah firma farmseutikal gergasi Amerika Syarikat, manakala BioNTech ialah firma bioteknologi Jerman. Kedua-duanya telah bekerjasama untuk menghasilkan vaksin Covid-19 yang menggunakan mRNA (Asid ribonukleik pengutus).
Pada November tahun 2020 yang lalu, mereka telah mengumumkan hasil dari calon vaksin mereka mempunyai 95 peratus keberkesanan dalam ujian Fasa III dan kemudian memberi hasil kajian di dalam New England Journal of Medicine. Jadi, secara rasminya vaksin itu dikenali sebagai 'BNT162b21.
Bagaimana vaksin Pfizer ini berfungsi?
Asas kepada vaksin Pfizer-BioNTech, ialah mRNA. Secara ringkasnya, kebanyakan vaksin memperkenalkan sejenis virus ke dalam sistem bagi menjana antibodi tetapi vaksin ini mengandungi arahan genetik yang membuatkan tubuh memulakan tindak balas imunisasi tanpa perlu penglibatan virus berkenaan.
Berbanding sesetengah dakwaan yang berlegar di internet, vaksin mRNA tidak mengubah suai DNA manusia. Tubuh manusia juga memiliki mRNA sendiri untuk proses selular tertentu. Secara semulajadinya, mRNA ini bersifat sementara, dan ia akan musnah setelah digunakan. Dalam vaksin ini pun sama seperti itu juga.
Bagaimana vaksin ini digunakan?
Dengan menyuntik satu dos di lengan bahagian atas, diikuti dengan dos kedua 21 hari kemudian. Vaksin Pfizer-BioNTech perlu disuntik dua kali, dengan suntikan kedua pada hari ke-21 selepas suntikan pertama.
Cara Mendaftar Vaksin Covid-19
Berikut merupakan langkah-langkah yang korang boleh buat untuk daftar vaksin Covid-19.
- Masuk ke dalam aplikasi Mysejahtera yang telah anda update.
- Kemudian, klik menu yang tertera Vaksinasi Covid-19. Klik menu yang tertera seperti gambar di atas ini.
- Isikan maklumat peribadi anda seperti nama penuh dan no kad pengenalan. Setelah selesai, klik sahkan. Anda akan ditanya jika maklumat anda betul. Klik OK.
- Klik seterusnya bagi mengetahui sama ada anda berada dalam kategori fasa 1 penerima vaksin atau tidak.
Untuk makluman semua, fasa 1 vaksinasi adalah untuk barisan hadapan (frontliner).
Jadual mengikut fasa adalah seperti di bawah.
- Fasa 1 (februari – April 2021) : Frontliner bahagian kesihatan dan bahagian pertahanan
- Fasa 2 (April- Ogos 2021): Frontliner dan juga golongan berisiko 60 tahun ke atas.
- Fasa 3 (May 2021 – Februari 2022): Golongan selebihnya.
0 Comments