Apa Itu Pembedahan Bariatrik Atau Buang Perut



Perubahan ketara fizikal Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun kini menjadi bualan hangat selepas tularnya gambar terbaru beliau di media sosial. Beliau kelihatan lebih langsing dan berseri-seri berbanding sebelumnya menjadi pelbagai tanda tanya oleh orang ramai. Ada yang mengatakan bahawa ia adalah dari hasil usaha diet, dan ada juga yang mendakwa beliau telah menjalani pembedahan Bariatrik.

Apa itu Pembedahan Bariatrik

Pembedahan Bariatrik juga dikenali 'potong usus' atau 'pintasan perut',  atau pembedahan mengecilkan perut dibuat bagi individu yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan sukar untuk menurunkannya akibat faktor-faktor tertentu.


Menurut laman kesihatan Public Health Malaysia, pembedahan bariatrik ini bukanlah sekadar pembedahan kosmetik untuk kelihatan cantik dan kurus sahaja, tetapi lebih kepada memulihkan kesihatan bagi individu obesiti yang menghidap penyakit kronik.

Macam mana buat pembedahan boleh turun berat badan?


Terdapat beberapa jenis pembedahan bariatrik yang biasa dilakukan seperti gastric sleeve, pintasan gastrik dan lain-lain. Jenis pembedahan yang sesuai akan ditentukan oleh doktor bedah selepas perbincangan dengan pesakit dengan mengambilkira tahap kesihatan pesakit dan 'target' pengurangan berat badan yang diperlukan.

Secara umumnya, pembedahan bariatrik akan mengecilkan saiz organ dalaman perut. Apabila saiz perut akan lebih kecil, pesakit akan berasa cepat kenyang walaupun hanya memakan jumlah makanan yang kecil. Saiz perut yang lebih kecil juga akan memberi tindakbalas hormon pada badan untuk mengurangkan rasa lapar.

Pengurangan kuantiti pemakanan dan pengurangan rasa lapar sekaligus akan membuatkan pesakit bariatrik berada dalam "defisit kalori".

Terdapat juga jenis pembedahan seperti pintasan gastrik yang akan turut mengurangkan kadar resapan makanan yang dimakan. Proses ini akan turut membantu pengurangan berat badan.


Semua orang berat badan berlebihan kena operation ke?


Pembedahan bariatrik biasanya dilakukan ke atas pesakit yang gagal mengurangkan berat badan melalui ubahsuai cara pemakanan dan meningkatkan senaman, atau tidak berjaya mengekalkan penurunan tersebut untuk tempoh jangka panjang. Pembedahan ini juga boleh dilakukakn ke atas pesakit yang mempunyai berat badan yang sangat tinggi (morbid obesity atau super obese) kerana mengikut kajian klinikal, golongan ini kemungkinan besar tidak akan dapat menurunkan berat badan dan mengekalkannya melalui diet dan senaman semata-mata.

Secara umumnya, calon bagi pembedahan bariatrik ialah:

I) BMI lebih 40
II) BMI lebih 35 dengan masalah kesihatan disebabkan obesiti (contoh kencing manis, darah tinggi)
III) BMI lebih 30 dengan masalah kesihatan tertentu

Kaedah pembedahan Bariatrik


Pembedahan bariatik biasanya dilakukan secara laparoskopik atau kaedah tebukan. 3-5 lubang kecil bersaiz 1-2cm akan dibuat di bahagian abdomen. Proses pembedahan akan dilakukan melalui lubang-lubang kecil tersebut.

Pesakit biasanya akan dibolehkan (bahkan digalakkan) berjalan perlahan-lahan selepas kesan bius dari pembedahan hilang (biasanya pada waktu malam jika pembedahan dilakukan pada waktu siang)
Jika tiada komplikasi berlaku, biasanya pesakit akan hanya tinggal di hospital selama 2-4 malam dan dibenarkan pulang ke rumah selepas tempoh itu.

Pembedahan pintasan perut telah terbukti mampu mengurangkan berat badan sebanyak 60% dalam tempoh 2 tahun. Bukan sahaja penampilan fizikal akan bertambah baik, kebanyakan penyakit metabolik seperti kencing manis, kolesterol dan darah tinggi berjaya dikawal.

Beberapa selebriti tempatan popular seperti Aishah, Chef Zam, Rahim (sepahtu) , Micheal Ang telah menjalani pembedahan ini dan hasilnya boleh dilihat hari ini.

Sumber : 

Post a Comment

3 Comments

  1. ohh baru tahu ramai jugak yang buat pembedahan. patutlah nampak drastik sangat perbezaan.

    ReplyDelete
  2. errrr tak sanggup plak,sanggup jaga makan diet senaman n puasa je huhuu kecuali terpaksa

    ReplyDelete