Apa itu Essential Oils (Minyak Pati)?
Essential oil (EO) telah digunakan sejak beribu tahun dahulu sebagai ubat-ubatan & kesihatan. Disebabkan oleh sifat essential oil yang "antidespresi", "merangsang", "detoxifying", "antibakteria", "antiviral" & "menenangkan", EO sangat popular sebagai terapi yang semulajadi, selamat, berkesan mengikut masalah-masalah kesihatan tertentu.
EO mempunyai banyak kebaikan & ianya bukan sahaja digunakan sebagai terapi aromaterapi, tetapi juga di dalam bahan-bahan pencuci, kosmetik dan penjagaan wajah dan badan.
EO dihasilkan / diekstrak dari pelbagai bahagian tumbuhan seperti bunga-bunga, daun, dahan, batang, dan kulit buah. Minyak yang keluar dari hasil "steaming" sangat pekat dan bau yang kuat dan mempunyai 1001 kebaikan dan manfaat untuk kesihatan. Dan itulah dipanggil sebagai minyak pati.
Essential Oil Lemon Young Living
Dalam 15ml EO Lemon Young Living, mengandungi kebaikan 75 biji lemon yang TERPILIH. Yang ditanam dan diekstrak sendiri formulanya oleh Dr Gary Young, iaitu founder Young Living. Minyak pati ini telah dihasilkan secara cold-pressed daripada kulit Lemon. Untuk pengetahuan anda, kulit adalah bahagian yang paling padat dengan kebaikan nutrien dari lemon dari segi fitonutrien larut dalam lemak. Ia juga kaya dengan d-limonene yang mempunyai antioksidan yang tinggi dalam melawan kanser.
EO lemon paling terkenal kerana ia mampu membersihkan toksin dari mana-mana bahagian badan dan digunakan secara meluas untuk merangsang saliran limfa, untuk meremajakan tenaga, membersihkan kulit dan bertindak sebagai pengusir serangga.
Apa yang kita tahu bahawa kebiasaanya Lemon digunakan dalam bahan masakan. Selain itu, ia juga terdapat dalam produk kecantikan yang mana Lemon merupakan salah satu bahan aktif untuk mencerahkan kulit.
Essential Oil Lemon Untuk Orang Demam
Alhamdulillah, EO lemon juga dapat membantu meredakan demam. Ianya berkesan untuk menurunkan suhu badan ketika demam. Dengan adanya EO lemon ni, kita dah tak perlu ke kedai untuk beli lemon yang fresh, potong dan perah masuk baldi. Menggunakan EO lemon menjadi lebih mudah iaitu dengan cara drop beberapa titik masuk dalam bekas mandian untuk dijadikan air mandian. InsyaAllah suhu badan akan turun.
Selain itu, anda juga boleh guna EO lemon ni dengan cara sapuan di beberapa spot seperti di bahagian nadi, dada, belakang telinga dan tapak kaki. Nak lagi best, diffuse campuran Lemon + Pappermint + Lavender sebelum tidur.
Kelebihan Lain Essential Oil Lemon
Selain dari dapat membantu masalah demam, EO lemon juga bagus untuk detoks. Bagus juga untuk siapa-siapa yang ada masalah batu karang, kerana EO lemon nie boleh berfungsi untuk menghancurkan batu karang.
Banyak lagi kelebihan yang anda boleh dapat dengan EO lemon ni. Untuk menyegarkan rumah bolehlah diffuse campuran EO Lemon + Purification. Anda juga boleh gunakan EO lemon utk putihkan gigi, pewangi laundry, untuk krim selulit, pencuci muka untuk kulit berjerawat dan household cleaner serta macam-macam lagi.
Untuk beli Essential Oil atau berminat untuk mendaftar ahli Young Living, anda boleh klik link whatsapp berikut : https://wa.link/8qaj6x
0 Comments