Penimbang berat sangat penting bagi seseorang dalam proses menurunkan berat badan. Dengan adanya penimbang berat ini, seseorang itu dapat melakukan proses penting dalam menurunkan berat badan iaitu "Perancangan & Pemantauan".
Bila dah ada alat penimbang, ada pula tanda tanya bahawa betul ke cara penggunaannya? Nak tahu betul ke tidak, jom kita baca artikel ni sampai habis sebab saya nak kongsi dengan korang 5 cara betul untuk menimbang berat badan kita.
5 Cara Timbang Berat Badan Dengan Betul
1. Jenis Penimbang | Gunakan penimbang "digital" kerana lebih tepat berbanding penimbang jarum. Boleh beli kat shopee murah jer. Tak sampai RM50 pun boleh dapat. Siap boleh dapat jenama Xiaomi lagi tu. Kalau rasa tak mampu jugak, boleh pinjam dengan kawan-kawan. Hehe
2. Waktu Menimbang | Waktu yang sesuai untuk timbang adalah pada waktu "pagi", lepas korang bangun dari tidur. Selepas buang air kecil, sebelum makan atau minum apa-apa terus naik penimbang. Lepas tu barulah minum air kosong dan ambil sarapan yang sihat.
3. Pakaian Semasa | Sebelum naik penimbang, korang perlu clearkan dulu apa yang ada dalam poket baju & seluar korang. Tak payah pakai kasut atau selipar. Cukup sekadar baju & seluar. Kalau tak pakai apa-apa lagi bagus. hehehe.
4. Postur Badan | Pastikan postur badan korang dalam keadaan tegak dan tangan lurus, mata pula tengok stright ke depan. Tunggu beberapa saat sehingga penimbang dapat ambil bacaan, baru tengok ke bawah. Lebih kurang situasi dalam keadaan 'Sedia' ketika orang berkawad.
5. Kekerapan Menimbang | Tak perlu timbang setiap hari! Korang boleh ambil tempoh untuk timbang 1 minggu sekali & waktu menimbang tu mesti sama gak. Contohnya kalau korang timbang hari sabtu pukul 7 pagi, jadi minggu hadapannya korang perlu timbang pada hari & jam yang sama. Faham?
Jadi, itulah 5 tip untuk menimbang berat badan yang boleh saya kongsikan dengan korang semua. Lepas ni boleh la praktis untuk elak dari lakukan kesilapan semasa menimbang berat badan ni. Saya doakan kita semua berjaya mendapat berat badan yang ideal dengan jayanya. Selamat beramal.
1 Comments
at least timbang seminggu sekali. hari hari timbang tak elok
ReplyDelete