Karat England Cafe (KEC) Seakan Muzium Barangan Antik Dari England

kec tanah merah

Masuk saja ke dalam Karat England Kafe (KEC) seolah-olah membawa korang ke dalam England Collectables Museum yang sangat unik. Setiap sudut kafe ini penuh dengan koleksi-koleksi barangan antik yang sangat bernilai di mana saya sendiri dapat rasakan suasananya seolah-olah berada di England sambil mencuci mata melihat pelbagai barangan antik yang dipamerkan secara percuma.

barangan antik di karat england cafe

karat england cafe

Selain dari barangan antik yang dipamirkan di dinding dan sudut-sudut cafe, semua perabot termasuk meja dan kerusi di premis  ini juga menggunakan barangan antik dan terpakai. Sebagai contoh, kaki mesin jahit lama digunakan sebagai kaki meja makan.

PILIHAN MENU DI KARAT ENGLAND CAFE 

Kalau sentuh bab makanan pula, memang boleh dipuji. Nak-nak "Roti Kelate" dia. Roti Kelate ni merupakan hidangan roti bakar yang tebal dibelah dua, dihidang bersama telur masak separuh dan kaya. Roti Kelate ni dalam kategori "All Day Menu" yang boleh dioder sepanjang hari.

menu di karat england cafe

Selain dari Roti Kelate ni ada banyak lagi menu-menu lain yang berkonsepkan menu western (barat) seperti spaghetti, burger, lasagna, chicken chop, lamb chop dan lain-lain. Selain itu, KEC juga mempunyai pelbagai pilihan "Light Bites" menu dimana korang boleh oder menu makanan yang tidak terlalu berat seperti french fries, calamari ring, curly fries, nugget dan mushroom soup.


Saya sendiri tidak sangka, adanya cafe yang sebegini unik di Tanah Merah. Memandangkan ianya cukup menarik untuk dikongsi, saya sangat recommend korang semua untuk datang ke sini bersama . Sebuah cafe yang menawarkan hidangan yang sedap dengan harga yang berbaloi dan sangat insta-worthty. Tak ada sebab untuk korang datang atau singgah di Karat Englang Cafe ni jika korang dah berada di Tanah Merah!

Alamat : 
Belakang Roti Canai Cikgu, Taman Desa Baraqah, 17500 Tanah Merah Kelantan.
(waze Karat England Cafe)
Waktu Operasi : 
Selasa - Ahad (11.30 pagi- 11 malam)
Isnin (tutup)

Post a Comment

18 Comments

  1. cantiknya cafe ni, kalau instagrammers mesti suka sbb boleh snap snap.. then nampak comfy betul

    ReplyDelete
  2. Uisy, ini buat saya rasa lagi nak repeat ke Kelantan ni bang! Memang lawa teruk dekorasia dia. And bila abang cakap harga makanan dia pun berbaloi rasa nak cuba juga best seller kat sini!

    ReplyDelete
  3. Fuhh akak tengok makanan dia tu yang best. Cantik penyusunan menu. Nanti kalau ke sana boleh cuba. Hehe.

    ReplyDelete
  4. Ok next trip ke Kelantan sila bawak ke sini pula haha..mesti best wat cte if dah sampai sini. Hipster abes

    ReplyDelete
  5. Wow, cantiknya kafe dia. Saya suka kafe macam ni. Tak bosan. Makanan pun nampak sedap

    ReplyDelete
  6. Style la cafe ni, kalau dok kat KL mesti dah famous kan. Menu-menu dia pon antara menu favorite sis. Kalau kebetulan ke Tanah Merah boleh la terjah nanti

    ReplyDelete
  7. bokeh masuk list jjcm kelantan ni. suka kedai2 yang kreatif macam ni. nampak rare je.

    ReplyDelete
  8. Wah hebat Tanah Merah ada cafe 'laguni loni'. Sohor gitu. Ekceli lamaaa tak lalu TM sejak keluar KEL. InsyaAllah kita gi singgah try roti bakar tebal belah 2. Cool.

    ReplyDelete
  9. Geram betul nengok gambo ko semua Madi... semua cantikkk...
    Dari tengok gambo terus jatuh ke hati nak pergi cafe tu..aishhhhhh

    ReplyDelete
  10. Okay this is so interesting! Excited saya tengok cafe ni! Di tanah merah ye jauh pulak nak pergi..Kalau berkesempatan memang nak pay a visit!!!

    ReplyDelete
  11. Wahh, di Kelate ke cafenya ni. Cantik sangat. Balik kg nanti boleh la singgah 😊

    ReplyDelete
  12. Bestnya minum2 dekat kafe yg ada konsep2 unik seperti ini. Boleh ambil gambar banyak2 dan sangat insta-worthy. Kalaulah dekat, dah lama singgah nie

    ReplyDelete
  13. cantiknya cafe ni! Iza tak pernah pergi lagi. Suka cafe yang macam ni. So classic!

    ReplyDelete
  14. The menu nampak simple and hearty, i like the place is great for photos.

    ReplyDelete
  15. Cantik dekorasi dalamannya bg yg suka tgk brg2 antik tentu suka pg cafe ni sambil mkn2 dgn menu2 dia yg menarik

    ReplyDelete
  16. uiiiiiiiiiiiiish !! jauhnya tapi nanti boleh plan trip ke kelantan.. hee~ cantik sangat cafe ni dengan menu2 yang berbaloi pada harga.. em.. rindunya kelantan !!

    ReplyDelete
  17. Banyaknya hispter cafe kat Kelantan ni.. Last entry ada save lokasi restaurant yang ala2 istana tue.. nak save yang KEC ni juga la.. :) nice...

    ReplyDelete
  18. wah cafe ni kat kelantan eh...smart betul interior design dia..mmg wajib singgah ni kalau ke kelantan.

    ReplyDelete