BALOH JEMBAL | HARGA MURAH MAKAN NASI ULAM BUDU DI RESTORAN BERKONSEPKAN ISTANA LAMA

restoran-makan-tengahari-dan-malam-di-kota-bharu

Kalau ada yang bertanya, kat mana restoran yang best untuk dikunjungi kalau berada di sekitar Kota Bharu ni. Saya sendiri dengan bangga hati mencadangkan Baloh Jembal. Sebuah restoran yang sangat unik, menghidangkan makanan yang sedap dalam suasana yang cukup instagrammable.

Restoran atau cafe hipster dah cukup mainstream bagi kita!! Terlalu banyak untuk dikunjungi di sekitar Kota Bharu. Jadi apa kata korang cuba satu kelainan dengan merasai sendiri suasana makan korang di dalam restoran yang menggambarkan sebuah istana lama yang penuh tradisional. Menarik Bukan?

pintu-jendela-adabi

Baloh Jembal merupakan sebuah restoran yang menawarkan pengalaman makan di dalam Istana kayu lama yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Apa yang menariknya, menu nasi ulam mereka juga dihidang di dalam pinggan antik seramik putih yang sangat popular pada zaman-zaman dahulu kala zaman tok nenek kita. Memang menggamit memori betollah!!

restoran-nasi-ulam-budu-kelantan

Kat sini, mereka mempunyai dua (2) dewan atau ruangan makan tertutup. Salah satunya dilengkapi kerusi dan meja makan yang sangat selesa.

dewan-makan-klasik-baloh-jembal

Manakala satu lagi ruangan besar seolah Balai Rong Seri Istana yang mana memberi pilihan kepada pengunjung untuk makan dengan cara bersila di mana makanan akan di hidangkan di atas alas makan yang dipanggil "seproh" oleh orang Kelantan.

dewan-makan-bersila-baloh-jembal

kelebihan-makan-sambil-duduk

Selain dari dua ruangan makan ni, mereka juga ada menyediakan meja makan di ruangan antara dewan makan dan bahagian bawah (ruangan terbuka) untuk menampung pelanggan yang datang.

ruang-makan-outdoor

ruang-makan-outdoor

Apa yang tersirat di sebalik nama Baloh Jembal?

Mengikut pada kata-kata pemilik asalnya, Baloh Jembal mempunyai maksud yang mendalam dengan hubungan Rakyat dengan Raja (pemerintah). Baloh dikenali sebagai rumah kecil atau tempat simpanan padi (rezeki) bagi rakyat-rakyat pada dahulu kala. Ianya menjadi simbol kepada kegigihan dalam bekerja dengan penuh berperancangan. Manakala Jembal bula merujuk kepada keturunan diraja di Kelantan yang mana ianya menyifatkan tentang pemimpin yang menjaga budi pekerti, adat budaya dan berusaha dalam mendidik rakyat sebaiknya.

NASI ULAM BUDU

nasi-ulam-budu-murah-di-kelantan

Menu utama yang paling mendapat sambutan di Baloh Jembal adalah set Nasi Ulam Budu yang hanya berharga RM 57 sahaja. Set ini adalah hidangan untuk 4 - 6 orang makan. Berikut merupakan menu yang ada dalam set Nasi Ulam Budu ni.

  • Nasi Putih
  • Patin Tempoyak
  • Keli Goreng 
  • Ayam Goreng
  • Sayur Lemak
  • Singgan Ikan Ayo (tongkol)
  • Sambal Belacan
  • Ulam + Budu + Ikan Bakar Tawar
  • Buah-Buahan 
  • Air Jug (sirap/Tea O Beng)

Murah bukan? Kami sendiri pun terkejut dengan harga yang diorang tawarkan untuk set makanan macam ni. Untuk Nasi Ulam Budu ni, korang boleh oder secara ala carte juga tau. Jadi kalau datang sorang pun tak adalah membazir sangat nak oder yang set kan? Antara menu lain yang boleh korang oder adalah seperti berikut.

  • Asam Pedas Keladi
  • Acar Pisang
  • Jeruk Maman
Selain dari menu Nasi Ulam Budu seperti yang admin listkan kat atas, mereka juga ada menawarkan masakan panas dan western. Untuk hidangan panas dan western ni, ianya hanya available selepas waktu asar.

MASAKAN PANAS:

  • Nasi Ayam Penyet : RM10
  • Nasi Keli Penyet : RM10
  • Pelbagai Nasi Goreng : RM7
  • Pelbagai Kuay Teow/ Mee/ Bihun : RM8

WESTERN:

  • Chicken Chop : RM10
  • Lamb Chop : RM17
  • Spaghetti Bolognaise : RM10
  • Spaghetti Carbonara : RM10
  • Spaghetti Aglio Olio : RM10
  • Nugget : RM4
  • Sosej : RM4
  • French Fries : RM4

Siapa sangka restoran segah ini menyediakan pelbagai jenis makanan dengan harga yang sangat murah! Saya sendiri pun tak sangka! Jadi kalau korang teringin nak makan di dalam rumah kampung zaman-zaman dahulu, boleh lah datang ke sini. 

Alamat : D'Istana Baloh Jembal
(waze : D' Istana Baloh Jembal)

Waktu Operasi :
Sabtu - Khamis (12 t/hari - 11 mlm) & Jumaat (3 ptg - 11 mlm)

Post a Comment

1 Comments

  1. Entri yang sangat menarik.
    Jika ada kesempatan saya ingin datang ke Baloh Jembal.
    Memang nampak unik!

    ReplyDelete